Isnin, 19 Oktober 2009

Sekitar JOTA Pengakap Dunia 2009

Sungai Besar - PPM Daerah Sungai Besar telah menyertai Jota Pengakap Dunia Ke-52/52nd World Scout JOTA pada 11 - 18 Oktober 2009 bertempat di SMK Dato' Mustaffa, Pasir Panjang, Sekinchan, Selangor. Seramai 60 orang ahli pengakap dan unit-unit beruniform lain dari sekolah tersebut menyertai JOTA kali ini. Turut hadir 10 orang pengakap kelanasiswa dari Politeknik Sultan Azlan Syah, Tanjung Malim. Stesen JOTA PPM Daerah Sungai Besar ini menggunakan special event callsign 9M4SJB. En. Ibrahim Kadri 9M2IBR bertindak sebagai Station Master dan Mohd Hussairy Sidek 9W2VVH sebagai Station Manager. Baca selanjutnya/Read more...