JAMBOREE DI UDARA (JOTA) PENGAKAP DUNIA KE-54, 2011

PPM Negeri Selangor akan mengambil bahagian dalam JOTA Pengakap Dunia Ke-54 yang akan berlangsung pada 14 - 16 Oktober 2011. Sehubungan itu, PPM Negeri Selangor akan membuka 2 stesen JOTA iaitu :




Lencana Khas Stesen JOTA 9M4SJB


Zon Utara :
Stesen JOTA : 9M4SJB
Lokasi : SMK Dato' Mustaffa, Pasir Panjang, Selangor

Zon Selatan :
Stesen JOTA : 9M4SJH
Lokasi : Kem Ulu Semenyeh, Semenyeh, Selangor

Terkini, stesen JOTA Malaysia yang akan mengambil bahagian :
1. 9M4SJR Perlis (Pusat Kokurikulum IPG Kampus Perlis)
2. 9M4SJK Kedah (Kem Pengakap Bukit Payung, Pokok Sena)
3. 9M4SJA Perak (Kompleks Rakan Muda Kamunting, Taiping)
4. 9M4SJB Selangor (SMK Dato' Mustaffa, P. Panjang)
5. 9M4SJH Selangor (Kem Ulu Semenyeh)
6. 9M4SJO N. Sembilan (Kem Pengakap Seremban Timur)
7. 9M4SJN N. Sembilan (Kem Pengakap Bukit Putus)
8. 9M4CPD N. Sembilan (Port Dickson)
9. 9M4SJI Johor (SMK Tenang, Segamat)
10. 9M4SJL Kebangsaan (IPG Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis)


Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
Pesuruhjaya Daerah Sungai Besar - Jamali Jaruti 0133986317
ADC Perhubungan PPM Daerah Sungai Besar - 0192585759
JAMBORI DI UDARA (JOTA) MALAYSIA KE-4 2011



Kelab Radio Amatur Pengakap Sungai Besar (KERAP) PPM Daerah Sungai Besar akan membuka satu stesen JOTA di Sungai Besar sempena Jambori Di Udara (JOTA) Malaysia Ke-4 pada 27 hingg 29 Mei 2011.

Stesen JOTA Negeri Selangor
Callsign :
9M4SJB

Station Master :
Ibrahim 9M2IBR

Station Manager :
Hussairy 9W2VVH

Lokasi :
SMK Sungai Besar, Selangor

Tarikh :
28/5/11 (0800 - 1730 hrs)
29/5/11 (0900 - 1230 hrs)


Maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Pertanyaan juga boleh diajukan kepada ADC Perhubungan - 0192585759.
KURSUS PENOLONG JURULATIH KEBANGSAAN (CALT) 2011
Kota Kinabalu, Sabah.

18 - 23 April 2011



Seramai 59 peserta dari seluruh negara menyertai CALT 2011 dan dijalankan dalam dua kumpulan iaitu CALT Ke-30 dan CALT ke-31. Kontingen Selangor menghantar 17 peserta dan PPM Daerah Sungai Besar diwakili oleh ADC Mohd Hussairy bin Sidek (baris belakang - 4 dari kiri)


KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT 1 (ASAS)
UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK (PKK)
PPM Daerah Sungai Besar & PPM Daerah Sabak Bernam

Tarikh : 25 hingga 27 Mac 2011
Tempat : Kem Sri Lang, SPBI Sabak Bernam
Lapor Diri : Jam 3.00 petang 25 Mac 2011
Sumbangan Penyertaan : RM 35.00/peserta

Pertanyaan/maklumat lanjut
: Tuan Mohd Ali b. Shamsudin (Ketua Kursus) 013-6790393
: Tuan Jamali b. Jaruti (Pen. Ketua Kursus) 013-3986317

Keperluan Peserta Kursus
a. Alat tulis, buku log
b. Khemah/kanvas/tikar
c. Pakaian – Uniform/sukan/ibadah
d. Alatan mandi
e. Ubat-ubatan persendirian
f. Pinggan, cawan, sudu, garfu
g. Tali pengakap
h. Peralatan lain yang difikirkan perlu.
MESYUARAT PEGAWAI KURSUS
Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 1 (Asas) Unit PKK

Tarikh : 22 Mac 2011
Masa : 3.00 petang
Lokasi : Pusat Kegiatan Guru (PKG) Sungai Besar

Perbincangan :
- Prasana Kursus
- Penyertaan
- Pembahagian Tugas Jawatankuasa
- Hal-hal lain.
PENERIMA PINGAT PPM DALAM AKHBAR SINAR HARIAN
edisi Selangor & KL, 26 Feb, 2011

TAHNIAH KEPADA PENERIMA PINGAT & SKKPN
PPM DAERAH SUNGAI BESAR

Tarikh : 20 Feb 2011
Tempat : Dewan Utama PPD Hulu Langat, Kajang, Selangor



Dari kiri :
Mohd Selamat, Khairul Azman, Ramli, Mohd Hussairy, Jamaron, Jamali, Saipullah, Ahmad Pauzi, Sulaiman & Ahmad Januri.
MAJLIS PENGANUGERAHAN BINTANG DAN PINGAT KEBESARAN
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

Penerima Bagi PPM Daerah Sungai Besar, Selangor.

Tarikh : 20 Februari 2011
Tempat : Dewan PPD Hulu Langat

Senarai Penerima Tahun 2008
* Pingat Perkhidmatan Baik
- Jamali bin Jaruti (DC PPMD Sungai Besar)
- Mohd Hussairy bin Sidek (ADC - Perhubungan)
- Ramli bin Bayok (ADC - Sumber Dewasa & Latihan)

* Pingat Perkhidmatan Lama
- Jamali bin Jaruti (DC PPMD Sungai Besar)

Senarai Penerima Tahun 2009
* Pingat Perkhidmatan Baik
- Ahmad Januri bin Jamil (Ketua Unit - Pengakap Kelana)

* Pingat Perkhidmatan Lama
- Sulaiman bin Akub (ADC - Tugas-tugas Khas)
- Jamaron bin Mat Kunting (Kumpulan 11)

* Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara
- Ahmad Januri bin Jamil (Ketua Unit - Pengakap Kelana)
- Sulaiman bin Akub (ADC - Tugas-tugas Khas)
- Saipullah bin Kassim (ADC - Kerohanian)

Senarai Penerima Tahun 2010
* Pingat Perkhidmatan Gemilang
- YB Noriah binti Kasnon (YDP Majlis PPMD Sungai Besar)
- Akan menerima pingat di Istana Negara pada Mac nanti.

* Pingat Perkhidmatan Baik
- Ahmad Pauzi bin Abd. Hamid (ADC - Tugas-tugas Khas)
- Mohdmad Selamat bin Shahid (ADC - Tugas-tugas Khas)
- Khairul Azman bin Abd. Hamid (ADC - Program)

Tahniah diucapkan kepada penerima-penerima Bintang & Pingat PPM...
TAKZIAH

PPM Daerah Sungai Besar mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarhamah Puan Normadiah bt Ahmad (Ahli Majlis PPM Daerah Sungai Besar) yang telah kembali ke rahmatullah pada 21 Januari 2011 yang lalu.

Semoga allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang yang mendapat rahmat Ilahi.

al-Fatihah.

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU (PENERANGAN)
PPM DAERAH SUNGAI BESAR

BERSAMA PPM DAERAH SABAK BERNAM

Dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) Daerah Sungai Besar dan PPM Daerah Sabak Bernam akan menganjurkan Kursus Kepimpinan Manikayu (Penerangan) kepada para pemimpin pengakap di daerah ini.

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pemimpin pengakap berkenaan pengurusan dan aktiviti pengakap mengikut unit pengakap seperti Unit Pengakap Kanak-Kanak, Unit Pengakap Muda, Unit Pengakap Remaja dan Unit Pengakap Kelana. Kursus ini adalah pra-syarat kepada pemimpin pengakap untuk mengikuti kursus kepimpinan seterusnya (pengkhususan mengikut unit pengakap).

Butiran Kursus Kepimpinan Manikayu (Penerangan) adalah seperti berikut :

Tarikh : 23 FEBUARI 2011

Hari : Rabu

Tempat : Pusat Kegiatan Guru (PKG) Sungai Besar

Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Sumbangan penyertaan : RM 10.00 / seorang

Borang pencalonan penyertaan telah dihantar ke kumpulan/sekolah melalui PPD Sabak Bernam. Sehubungan dengan itu, pemimpin/penolong pemimpin yang berminat menyertai kursus tersebut boleh mendaftar melalui GPK Kokurikulum sekolah masing-masing.

Borang pencalonan hendaklah dikembalikan kepada Pesuruhjaya Daerah sebelum/pada 9 Februari 2011 (Rabu) secara:

a. Serahan tangan kepada :

En. Jamali Jaruti,

Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sungai Besar

D/A SMK Sungai Besar, Selangor

b. Faksimili 03-32244818 (U.P. En Jamali Jaruti)

c. Scan/Imbas borang pencalonan dalam format jpg dan email ke ppmsungaibesar@gmail.com

Pertanyaan/Maklumat lanjut sila berhubung dengan En. Jamali Jaruti, DC PPM Daerah Sungai Besar.

Sekian. Terima kasih

PENDAFTARAN KEAHLIAN PENGAKAP 2011
PPM DAERAH SUNGAI BESAR


Merujuk kepada keputusan Mesyuarat Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Malaysia PPM-2 ( /20) bertarikh 1 April 2010 , semua pembaharuan pendaftaran kumpulan dan yuran keahlian pengakap perlu melalui Persekutuan Pengakap negeri.

Kadar bayaran pendaftaran kumpulan dan yuran keahlian pengakap bagi tahun 2011 yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia adalah seperti berikut:

a. Kumpulan RM 10.00

b. Ahli Pengakap Kanak-kanak, Muda dan Remaja RM 3.00

c. Ahli Pengakap Kelana RM 5.00

d. Pemimpin, Penolong Pemimpin dan Ahli Biasa RM 5.00

Mohon pemimpin kumpulan pengakap sekolah untuk melengkapkan borang-borang pendaftaran tersebut. Setiap kumpulan pengakap mestilah menyediakan perkara berikut :

i. 2 salinan Borang PPM 1(A) – Hard Copy (Disahkan oleh kuasa penganjur kumpulan)

ii. 2 Salinan Borang PPM 1(B) – Hard Copy (Disahkan oleh kuasa penganjur kumpulan)

iii. 1 Salinan Borang PPM 1(A) – Soft Copy format Excel

iv. 1 Salinan Borang PPM 1(B) – Soft Copy format Excel

v. Salinan Slip Bank – Akaun Majlis Pengakap Negeri Selangor (Maybank 014020416589)

Semua perkara di atas hendaklah diserahkan kepada PPM Daerah Sungai Besar ( Penolong Pesuruhjaya Daerah – Pentadbiran & IT) sebelum atau pada 7 Mac 2011. Sehubungan dengan itu, satu kaunter penerimaan pendaftaran keahlian pengakap 2011 akan dibuka pada :

Tarikh : 7 Mac 2011

Hari : Isnin

Masa : 3.00 – 5.30 petang

Tempat : Pusat Kegiatan Guru (PKG) Sungai Besar.

Sebarang pertanyaan berkenaan pendaftaran keahlian 2011 boleh berhubung terus dengan En. Jamali Jaruti, Pesuruhjaya Pengakap Daerah (013-3986317) atau En. Azmiudin Md. Nordin, Penolong Pesuruhjaya Daerah – Pentadbiran & IT (012-2384572).

MESYUARAT MAJLIS PENGURUSAN DAN MAJLIS PEMIMPIN
PPM DAERAH SUNGAI BESAR KALI PERTAMA 2011



19 Januari 2011 (Rabu): Mesyuarat Pemimpin Pengakap Daerah Sungai Besar, Selangor telah diadakan di PKG Sungai Besar. Kehadiran pemimpin-pemimpin pengakap yang bernaung di bawah pengakap Sungai Besar amat menggalakkan. Mesyuarat ini berlangsung dari pukul 2.30 petang hingga 5.00 petang.

Pelbagai perkara telah diincangkan. Antaranya ialah proses pendaftaran, program latihan dan sebagainya.

Dipetik daripada Blog Cikgu Zainon, Pemimpin Kumpulan SK Seri Makmur
http://www.zainonabidin.blogspot.com/
MESYUARAT MAJLIS PENGURUSAN & PEMIMPIN
PPM DAERAH SUNGAI BESAR KALI PERTAMA 2011


Tarikh : 19 Januari 2010
Masa : 2.45 petang
Tempat : Pusat Kegiatan Guru (PKG) Sungai Besar
Kehadiran : Majlis Pengurusan ( DC/ADC/Ketua Unit)
Majlis Pemimpin (Semua Pemimpin Kumpulan Pengakap)
Agenda :
- Memperbaharui Persetiaan Pengakap
- Bacaan Doa
- Laporan 2010- ADC/Ketua Unit/Pemimpin Kumpulan
- Pendaftaran Keahlian 2011
- Perancangan Aktiviti 2011
- Jamuan ringan
- Bersurai
Stesen 9M4SJB dalam Akhbar Sinar

Aktiviti : JOTA Pengakap Dunia Ke-53, 2010
QTH : SMK Dato Mustaffa, Pasir Panjang, Sekinchan, Selangor


Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan
JOTA Pengakap Dunia Ke-53, 2010.
Jumpa lagi JOTA yang akan datang. 73