Jumaat, 7 Oktober 2016

SIARAN PERTANDINGAN MELUKIS POSTER KESELAMATAN PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KEEMPAT PPM 2016

Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) Daerah Sungai Besar mengambil langkah proaktif untuk membuat sebaran maklumat berkaitan,

Pertandingan Melukis Poster Keselamatan 
Peringkat Kebangsaan Kali Keempat 
Persekutuan Pengakap Malaysia 2016

Kepada kumpulan pengakap sekolah yang berdaftar dengan PPM di bawah pentadbiran PPM Daerah Sungai Besar yang ingin menyertai, boleh rujuk surat siaran dan maklumat lanjut berkaitan pertandingan berkenaan.


Sekian. Siaran Hebahan.

73 De ADC Pentadbiran & IT
PPM Daerah Sungai Besar

SYABAS & TAHNIAH TN. KHAIRUL AZMAN BIN ABD. HAMID



Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) Daerah Sungai Besar merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada:

Encik Khairul Azman Bin Abd Hamid
Penolong Pesuruhjaya Pengakap (Program)
Daerah Sungai Besar

kerana telah menerima

Anugerah Pengurusan Kokurikulum (Guru)
Pasukan Beruniform
SMK Sungai Besar 2016

Syabas dan Tahniah.

Sekian, laporan..

73 De ADC Pentadbiran & IT
PPM Daerah Sungai Besar

T-SHIRT KHAS SEMPENA JAMBOREE ON THE AIR (JOTA) KE-59 & JAMBOREE ON THE INTERNET (JOTI) KE-20 PERINGKAT DUNIA


JAMBOREE ON THE AIR (JOTA) KE-59 & JAMBOREE ON THE INTERNET (JOTI) KE-20 PERINGKAT DUNIA 2016


Masanya akan tiba...

Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) Daerah Sungai Besar dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam akan menganjurkan:

Perkhemahan Jamboree On The Air (JOTA) Ke-59 & Jamboree On The Internet (JOTI) Ke-20 Peringkat Dunia

14 - 16 Oktober 2016
Jumaat, Sabtu & Ahad
SMK Sungai Besar, Selangor 
GPS: 3.677656, 100.992325

Station Master: 9M2NAS (Nas)
Station Manager: 9W2VZD (Zaid)

Yuran Penyertaan:
RM 5.00 - Pemimpin/Petugas/Urus Setia
RM 10.00 - Ahli Pengakap

Nak miliki lencana khas JOTA? RM5.00 je tau.. hihihi

Sekian, makluman..

73 de ADC Pentadbiran & IT
PPMD Sungai Besar

MESYUARAT PENYELARASAN & PERSEDIAAN JOTA KE-59 & JOTI KE-20 PERINGKAT DUNIA 2016 (9M4CSB)


Assalamualaikum Wrt. Wbt. & Salam Pengakap.

Mengambil kesempatan cuti pada malam awal Muharram tempoh hari pada Ahad, 2 Oktober 2016, Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Sungai Besar mengambil kesempatan mengadakan "eyeball" bagi membincangkan dengan lebih lanjut perjalanan Program Perkhemahan Jamboree On The Air (JOTA) Ke-59 dan Jamboree On The Internet (JOTI) Ke-20 Peringkat Dunia yang akan dilaksanakan serenta di seluruh dunia pada 14-16 Oktober 2016 nanti.

Mempengerusikan mesyuarat pada eyeball ini adalah Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sungai Besar, Tuan Jamali Bin Jaruti (9W2JGB). Turut hadir pada sesi perbincangan ini adalah Penolong-Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah yang terdiri daripada Encik Saifullah (9W2SBK), Encik Hafizzudin (9W2VND) dan Encik Mazzaid (9W2VZD). Tidak lupa juga yang hadir adalah Encik Naqib selaku Pengerusi sekretariat Pengakap Kelana Daerah Sungai Besar, Barisan Kelana Kanan, dan ahli pengakap kelana yang terdiri daripada ahli Sekretariat Pengakap Kelana Daerah Sungai Besar. 

Sesi perbincangan ini diadalakan adalah bertujuan untuk membincangkan dengan lebih lanjut senarai Ahli Jawatankuasa Pelaksana, Tentatif Program dan Implikasi Kewangan bagi penganjuran program. Di samping beberapa perkara berbangkit yang turut dibincangkan untuk persediaan awal program.

Sekian, laporan.

73 de ADC Pentadbiran & IT
PPMD Sungai Besar