Kadar bayaran pendaftaran kumpulan dan yuran keahlian pengakap yang baharu bagi tahun 2021 yang telah ditetapkan oleh PPM adalah seperti berikut:
BIL. |
PENDAFTARAN
KEAHLIAN |
YURAN
(RM) |
1. |
Pengakap Lebah / Kanak
- Kanak / Muda / Remaja |
RM 7.00 |
2. |
Pengakap Kelana /
Pemimpin / Pen. Pemimpin / Pesuruhjaya / Pen. Pesuruhjaya / Ahli Biasa /
Persaudaraan B-P / Persaudaraan Pengakap Raja |
RM 10.00 |
3. |
Kumpulan Baru |
RM 50.00 |
4. |
Kumpulan Baru
IPTA/IPTS |
RM 100.00 |
5. |
Salinan Sijil
Kumpulan |
RM 20.00 |
Sehubungan itu, untuk memastikan proses membaharui pendaftaran kumpulan dan yuran keahlian bagi tahun 2021 berjalan lancar, pihak tuan diminta menggunakan Borang PPM 1(A) dan PPM 1(B) 2021 dalam format excel yang boleh di muat turun di melalui link berikut: muat turun di sini.
Seterusnya, pemimpin kumpulan hendaklah mengikut langkah-langkah berikut:
- Pembaharuan pendaftaran keahlian pemimpin, ahli pengakap dan ahli biasa kumpulan hendaklah dibuat menggunakan ‘‘sheet’ Borang PPM 1(A). Sila tambah baris sekiranya baris yang disediakan tidak mencukupi. Pindahkan perangkaan keahlian ke borang kawalan ‘sheet’ Borang PPM 1(B).
- Softcopy Borang PPM 1(A) dan Borang PPM 1(B) 2021 hendaklah dihantar ke alamat email ppmsungaibesar@gmail.com
- Bayaran pendaftaran hendaklah dimasukkan terus ke akaun Majlis Pengakap Negeri Selangor - Maybank: 014020416589. Sila sertakan salinan slip bank sebagai bukti bayaran untuk rujukan.
- Cetak dua (2) salinan Borang PPM 1(A) dan dua (2) salinan Borang PPM 1(B). Borang yang telah lengkap dan disahkan oleh kuasa penganjur hendaklah di hantar melalui serahan tangan kepada Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sungai Besar sebelum atau pada 31 Mac 2021 (Rabu) jam 5.00 petang.
- PPM Daerah Sungai Besar akan mengeluarkan resit penerimaan pembayaran kepada kumpulan yang telah menjelaskan yuran pendaftaran keahlian 2021.
- Pegawai-pegawai yang boleh dihubungi bagi urusan pendaftaran keahlian PPM bagi tahun 2021:
BIL. | NAMA PEGAWAI | NO. TELEFON |
1. | En. Jamali bin Jaruti Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sungai Besar | 013-3986317 |
2. | En. Mazzaid bin Mazelan Penolong Pesuruhjaya Daerah Sungai Besar (Pengurusan & Pentadbiran) | 013-2371955 |
Sila klik link berikut untuk memuat turun:
Sila klik link berikut untuk memuat turun: