PENDAFTARAN KEAHLIAN TAHUNAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA (PPM) DAERAH SUNGAI BESAR TAHUN 2023



Assalamualaikum Wrt. Wbt. dan Pengakap.

Tuan/Puan,

PENDAFTARAN KEAHLIAN TAHUNAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA (PPM) DAERAH SUNGAI BESAR TAHUN 2023

Kadar bayaran pendaftaran kumpulan dan yuran keahlian pengakap bagi tahun 2023 yang telah ditetapkan oleh PPM adalah seperti berikut:

1) Kumpulan Baharu (RM50.00)
2) Pengakap Lebah (Prasekolah), PKK, PM, PR (RM7.00)
3) PK, Pemimpin, Pen. Pemimpin (RM10.00)
4) DC, ADC, Ahli Biasa (RM10.00)

Bagi memastikan proses membaharui pendaftaran kumpulan dan yuran keahlian bagi tahun 2023 berjalan lancar, tuan/puan diminta menggunakan Borang PPM 1(A) dan PPM 1(B) 2023 terkini yang boleh dimuat turun (download) melalui link url seperti berikut: https://bit.ly/Borang_1A_2023

Seterusnya, tuan/puan hendaklah mengikuti proses pendaftaran keahlian PPM. Sila ikuti proses tersebut disini: https://bit.ly/DaftarKeahlianPPM2023

Tarikh tutup pendaftaran keahlian tahunan PPM tahun 2023 bagi PPM Daerah Sungai Besar adalah ditetapkan sebelum atau pada 30 Jun 2023 (Jumaat) jam 5.00 petang. Urusan pendaftaran keahlian selepas tempoh berkenaan, tidak akan dilayan.

Perhatian dan kerjasama tuan/puan berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI KEPENGAKAPAN”

Saya yang menjalankan tugas,

MAZZAID BIN MAZELAN K.B;P.A
ADC (Pendaftaran, Data & Laporan)
PPM Daerah Sungai Besar

Tarikh: 5 Mei 2023