SEJARAH PENGAKAP DI SUNGAI BESAR

Sejarah Pengakap kawasan Sungai Besar bermula dari penubuhan awal Pengakap Sabak Bernam. Ini disebabkan proses perbandaran Daerah Sabak Bernam pada masa itu berpusat di Sabak Bernam dan seterusnya berkembang ke Sungai Air Tawar dan Parit Bharu.
Menurut catatan sejarah oleh Ybhg. Dato’ Haji Mohd Yusof bin Abd. Latif – Mantan ADUN Sabak, sekolah yang mula menubuhkan pergerakan Pengakap ialah :

- Sekolah Melayu Sabak Bernam
- Sekolah Melayu BNO (Sekarang SK Sekendi)
- Sekolah Melayu Sungai Air Tawar
- Sekolah Melayu Kampong Bharu

Di Sungai Besar apabila Sekolah-sekolah Rakyat diambil alih oleh Jabatan Pelajaran Selangor, barulah tertubuh pergerakan Pengakap iaitu di:

- Sekolah Melayu Sungai Besar (Sekarang SK Seri Makmur)
- Sekolah Melayu Sungai Haji Dorani
- Sekolah Melayu Parit 4
- Sekolah Melayu Simpang Lima

Pada tahun 1975 apabila Sekinchan dimasukkan ke dalam Daerah Sabak Bernam, maka pentadbiran pergerakan Pengakap dipecahkan kepada dua kawasan iaitu kawasan Sungai Besar dan kawasan Sabak Bernam.

Sekolah-sekolah yang termasuk dalam kawasan Sungai Besar bermula dari SK Pancang Bedena, SK Parit 6, SK Tok Khalifah, SK Binjai Jaya membawa ke Sekinchan manakala kawasan Sabak Bernam bermula dari SK Lubuk Pusing, SK Bagan Terap, SMK Bagan Terap, SK Tun Dr. Ismail membawa ke utara, Parit Bharu dan Sungai Air Tawar.

Pengerusi PPM Sungai Besar : Ybhg. Dato’ Hj. Mohd Ghazali bin Kantan (masa itu ADUN Sg. Besar) dari tahun 1975 – 1985. Tahun 1986 hingga Julai 2005 dipimpin oleh Ybhg. Dato’ Hj. Mahbud bin Hj. Hashim (dulu Ahli Parlimen Sabak Bernam). Mulai Ogos 2005, Y.B. Puan Noriah binti Kasnon, Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Sungai Besar dipilih sebagai Yang Di Pertua Majlis PPM Daerah Sungai Besar.

Pesuruhjaya Daerah : Ybhg. Dato’ Saidin bin Adam (ketika itu Guru Besar SK Parit 9) sebagai Pesuruhjaya Daerah Sungai Besar pertama. Pesuruhjaya Daerah kedua ialah En. Haron bin Hj. Mohd Radzi (Awal 1980, ketika itu Guru Besar SK Sungai Haji Dorani dan kemudian Guru Besar SK Seri Utama) awal tahun 1980 sehingga 1999. Mulai tahun 2000 hingga 31 Disember 2004., jawatan ini disandang oleh En. Md Arrif bin Hairoman sebagai Pesuruhjaya Daerah Sungai Besar ketiga. Beliau pernah bertugas di SMK Sungai Besar, SMK Dato’ Mustaffa dan pada 2003 bertugas di SK Tun Dr. Ismail sebagai GPK 1 dan kemudian berpindah SK Puncak Alam 2 mulai 20 Januari 2005. Kini Beliau memegang jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Negeri (Setiausaha Program).

Berikutan itu, PPM Negeri Selangor telah melantik Encik Jamali bin Jaruti sebagai Pesuruhjaya Daerah yang keempat, berkuatkuasa mulai 1 Februari 2006. Beliau merupakan Pemimpin Kumpulan Ke-14 SMJK Yoke Kuan, Sekinchan. Sebelum itu, beliau pernah berkhidmat di SMK Dato' Mustaffa dan di Jerantut, Pahang.

Kemas kini Pada : 4 Feb 2008



KUMPULAN PENGAKAP
PPM DAERAH SUNGAI BESAR


2 ulasan:

engkutuah berkata...

Assalamualaikum saya Engku Tuah Engku Senin dari Muar, Boleh saya dapatkan nama dan no telefon 2 orang pelajar dari daerah tuan yang mengikuti jambori sempadan 2008. lawati atau hubungisaya di engkutuah@yahoo.com / 017-6406936 / 012-3573735

CLUB DE LOS CARMELOS berkata...

EXCELLENT BLOG