PENDAFTARAN KEAHLIAN TAHUNAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA (PPM) 2020


Kadar bayaran pendaftaran kumpulan dan yuran keahlian pengakap yang baharu bagi tahun 2020 yang telah ditetapkan oleh PPM adalah seperti berikut:

BIL.
PENDAFTARAN KEAHLIAN
YURAN (RM)
1.     
Kumpulan Baharu
RM 10.00
2.     
Pengakap Lebah / Kanak - Kanak / Muda / Remaja
RM 7.00
3.     
Pengakap Kelana / Pemimpin / Pen. Pemimpin
RM 10.00
4.     
Pesuruhjaya / Pen. Pesuruhjaya / Ahli Biasa
RM 10.00

Sehubungan itu, untuk memastikan proses membaharui pendaftaran kumpulan dan yuran keahlian bagi tahun 2020 berjalan lancar, pihak tuan diminta menggunakan Borang PPM 1(A) dan  PPM 1(B) 2020 dalam format excel yang boleh di muat turun di melalui link berikut: muat turun di sini.

 Seterusnya, pemimpin kumpulan hendaklah mengikut langkah-langkah berikut:
  • Pembaharuan pendaftaran keahlian  pemimpin, ahli pengakap dan ahli biasa kumpulan hendaklah dibuat menggunakan ‘‘sheet’ Borang PPM 1(A). Sila tambah baris sekiranya baris yang disediakan tidak mencukupi. Pindahkan perangkaan keahlian ke borang kawalan ‘sheet’ Borang PPM 1(B).
  • Bayaran pendaftaran hendaklah dimasukkan terus ke akaun Majlis Pengakap Negeri Selangor - Maybank: 014020416589. Sila sertakan salinan slip bank sebagai bukti bayaran untuk rujukan.
  • Cetak dua (2) salinan Borang PPM 1(A) dan dua (2) salinan Borang PPM 1(B). Borang yang telah lengkap dan disahkan oleh kuasa penganjur hendaklah di hantar melalui serahan tangan kepada Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sungai Besar sebelum atau pada 13 Mac 2020 (Jumaat) jam 5.00 petang.
  • PPM Daerah Sungai Besar akan mengeluarkan resit penerimaan pembayaran kepada kumpulan yang telah menjelaskan yuran pendaftaran keahlian 2020.
  • Pegawai-pegawai yang boleh dihubungi bagi urusan pendaftaran keahlian PPM bagi tahun 2020:
BIL.
NAMA PEGAWAI
NO. TELEFON
1.     
En. Jamali bin Jaruti
Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sungai Besar
013-3986317
2.     
En. Mazzaid bin Mazelan
Penolong Pesuruhjaya Daerah Sungai Besar (Pengurusan & Pentadbiran)
013-2371955

Sila klik link berikut untuk memuat turun:


Sila klik link berikut untuk memuat turun:

Tiada ulasan: