Tuan/Puan,
PENDAFTARAN KEAHLIAN TAHUNAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA (PPM) DAERAH SUNGAI BESAR TAHUN 2026
Kadar bayaran pendaftaran kumpulan dan yuran keahlian pengakap bagi tahun 2026 yang telah ditetapkan oleh PPM adalah seperti berikut:
1) Kumpulan Baharu (RM50.00)
2) Pengakap Lebah (Prasekolah), PKK, PM, PR (RM7.00)
3) Pengakap Kelana (RM10.00)
4) Pemimpin, Pen. Pemimpin, Ahli Majlis Kumpulan, Ahli Biasa (RM30.00)
5) Pesuruhjaya Daerah, Pen. Pesuruhjaya Daerah (RM50.00)
6) Ahli Majlis Daerah (RM100.00)
Bagi memastikan proses membaharui pendaftaran kumpulan dan yuran keahlian bagi tahun 2026 berjalan lancar, Tuan/Puan diminta menggunakan borang-borang yang terkini bagi tahun 2026. Borang-borang boleh dimuat turun (download) melalui link url seperti berikut:
1) Borang PPM 1(A) dan 1(B): https://bit.ly/4tpKK12
2) Borang Pendaftaran Ahli Pengakap: https://bit.ly/3OCJjNx
3) Borang Pendaftaran Ahli Dewasa: https://bit.ly/4vIMqUE
Seterusnya, Tuan/Puan hendaklah mengikuti proses pendaftaran keahlian PPM. Sila ikuti proses tersebut disini: https://bit.ly/4vMrBIg
Tarikh tutup pendaftaran keahlian tahunan PPM tahun 2026 bagi PPM Daerah Sungai Besar adalah ditetapkan sebelum atau pada 31 Mei 2026 (Ahad) jam 5.00 petang. Urusan pendaftaran keahlian selepas tempoh berkenaan, tidak akan dilayan.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berhubung perkara ini, pihak Tuan/Puan boleh menghubungi saya di talian 013-2371955 (Hotline 24 jam).
Perhatian dan kerjasama Tuan/Puan berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI KEPENGAKAPAN”
"TOGETHER WE LEAD"
Saya yang menjalankan tugas,
MAZZAID BIN MAZELAN K.B;P.A
Penolong Pesuruhjaya Daerah (Pendaftaran & Tauliah)
PPM Daerah Sungai Besar
Tarikh: 21 April 2026

Tiada ulasan:
Catat Ulasan