PPM DAERAH SUNGAI BESAR
Tarikh : 20 Feb 2011
Tempat : Dewan Utama PPD Hulu Langat, Kajang, Selangor

Dari kiri :
Mohd Selamat, Khairul Azman, Ramli, Mohd Hussairy, Jamaron, Jamali, Saipullah, Ahmad Pauzi, Sulaiman & Ahmad Januri.
KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU (PENERANGAN)
PPM DAERAH SUNGAI BESAR
BERSAMA PPM DAERAH SABAK BERNAM
Dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) Daerah Sungai Besar dan PPM Daerah Sabak Bernam akan menganjurkan Kursus Kepimpinan Manikayu (Penerangan) kepada para pemimpin pengakap di daerah ini.
Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pemimpin pengakap berkenaan pengurusan dan aktiviti pengakap mengikut unit pengakap seperti Unit Pengakap Kanak-Kanak, Unit Pengakap Muda, Unit Pengakap Remaja dan Unit Pengakap Kelana. Kursus ini adalah pra-syarat kepada pemimpin pengakap untuk mengikuti kursus kepimpinan seterusnya (pengkhususan mengikut unit pengakap).
Tarikh : 23 FEBUARI 2011
Hari : Rabu
Tempat : Pusat Kegiatan Guru (PKG) Sungai Besar
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Sumbangan penyertaan : RM 10.00 / seorang
Borang pencalonan penyertaan telah dihantar ke kumpulan/sekolah melalui PPD Sabak Bernam. Sehubungan dengan itu, pemimpin/penolong pemimpin yang berminat menyertai kursus tersebut boleh mendaftar melalui GPK Kokurikulum sekolah masing-masing.
Borang pencalonan hendaklah dikembalikan kepada Pesuruhjaya Daerah sebelum/pada 9 Februari 2011 (Rabu) secara:
a. Serahan tangan kepada :
En. Jamali Jaruti,
Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sungai Besar
D/A SMK Sungai Besar, Selangor
b. Faksimili 03-32244818 (U.P. En Jamali Jaruti)
c. Scan/Imbas borang pencalonan dalam format jpg dan email ke ppmsungaibesar@gmail.com
Pertanyaan/Maklumat lanjut sila berhubung dengan En. Jamali Jaruti, DC PPM Daerah Sungai Besar.
Sekian. Terima kasih
Merujuk kepada keputusan Mesyuarat Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Malaysia PPM-2 ( /20) bertarikh 1 April 2010 , semua pembaharuan pendaftaran kumpulan dan yuran keahlian pengakap perlu melalui Persekutuan Pengakap negeri.
Kadar bayaran pendaftaran kumpulan dan yuran keahlian pengakap bagi tahun 2011 yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Pengakap
a. Kumpulan RM 10.00
b. Ahli Pengakap Kanak-kanak, Muda dan Remaja RM 3.00
c. Ahli Pengakap Kelana RM 5.00
d. Pemimpin, Penolong Pemimpin dan Ahli Biasa RM 5.00
Mohon pemimpin kumpulan pengakap sekolah untuk melengkapkan borang-borang pendaftaran tersebut. Setiap kumpulan pengakap mestilah menyediakan perkara berikut :
i. 2 salinan Borang PPM 1(A) – Hard Copy (Disahkan oleh kuasa penganjur kumpulan)
ii. 2 Salinan Borang PPM 1(B) – Hard Copy (Disahkan oleh kuasa penganjur kumpulan)
iii. 1 Salinan Borang PPM 1(A) – Soft Copy format Excel
iv. 1 Salinan Borang PPM 1(B) – Soft Copy format Excel
v. Salinan Slip Bank – Akaun Majlis Pengakap Negeri Selangor (Maybank 014020416589)
Semua perkara di atas hendaklah diserahkan kepada PPM Daerah Sungai Besar ( Penolong Pesuruhjaya Daerah – Pentadbiran & IT) sebelum atau pada 7 Mac 2011. Sehubungan dengan itu, satu kaunter penerimaan pendaftaran keahlian pengakap 2011 akan dibuka pada :
Tarikh : 7 Mac 2011
Hari : Isnin
Masa : 3.00 – 5.30 petang
Tempat : Pusat Kegiatan Guru (PKG) Sungai Besar.
Sebarang pertanyaan berkenaan pendaftaran keahlian 2011 boleh berhubung terus dengan En. Jamali Jaruti, Pesuruhjaya Pengakap Daerah (013-3986317) atau En. Azmiudin Md. Nordin, Penolong Pesuruhjaya Daerah – Pentadbiran & IT (012-2384572).









Tarikh : 6 - 8 Ogos 2010
Tempat : SMK Sungai Besar, Selangor ***
*** Info terkini : Lokasi aktiviti bertukar ke SBPI Sabak Bernam, Sungai Lang, Sabak Bernam
*** Diputuskan dalam Mesyuarat JK Pelaksana pada 4 Ogos 2010.
Maklumat lanjut, sila hubungi DC dan ADC Program PPM Sungai Besar/PPM Sabak Bernam