UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK (PKK)
PPM Daerah Sungai Besar & PPM Daerah Sabak Bernam
Tarikh : 25 hingga 27 Mac 2011
Tempat : Kem Sri Lang, SPBI Sabak Bernam
Lapor Diri : Jam 3.00 petang 25 Mac 2011
Sumbangan Penyertaan : RM 35.00/peserta
Pertanyaan/maklumat lanjut
: Tuan Mohd Ali b. Shamsudin (Ketua Kursus) 013-6790393
: Tuan Jamali b. Jaruti (Pen. Ketua Kursus) 013-3986317
Keperluan Peserta Kursus
a. Alat tulis, buku log
b. Khemah/kanvas/tikar
c. Pakaian – Uniform/sukan/ibadah
d. Alatan mandi
e. Ubat-ubatan persendirian
f. Pinggan, cawan, sudu, garfu
g. Tali pengakap
h. Peralatan lain yang difikirkan perlu.
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
Penerima Bagi PPM Daerah Sungai Besar, Selangor.
Tarikh : 20 Februari 2011
Tempat : Dewan PPD Hulu Langat
Senarai Penerima Tahun 2008
* Pingat Perkhidmatan Baik
- Jamali bin Jaruti (DC PPMD Sungai Besar)
- Mohd Hussairy bin Sidek (ADC - Perhubungan)
- Ramli bin Bayok (ADC - Sumber Dewasa & Latihan)
* Pingat Perkhidmatan Lama
- Jamali bin Jaruti (DC PPMD Sungai Besar)
Senarai Penerima Tahun 2009
* Pingat Perkhidmatan Baik
- Ahmad Januri bin Jamil (Ketua Unit - Pengakap Kelana)
* Pingat Perkhidmatan Lama
- Sulaiman bin Akub (ADC - Tugas-tugas Khas)
- Jamaron bin Mat Kunting (Kumpulan 11)
* Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara
- Ahmad Januri bin Jamil (Ketua Unit - Pengakap Kelana)
- Sulaiman bin Akub (ADC - Tugas-tugas Khas)
- Saipullah bin Kassim (ADC - Kerohanian)
Senarai Penerima Tahun 2010
* Pingat Perkhidmatan Gemilang
- YB Noriah binti Kasnon (YDP Majlis PPMD Sungai Besar)
- Akan menerima pingat di Istana Negara pada Mac nanti.
* Pingat Perkhidmatan Baik
- Ahmad Pauzi bin Abd. Hamid (ADC - Tugas-tugas Khas)
- Mohdmad Selamat bin Shahid (ADC - Tugas-tugas Khas)
- Khairul Azman bin Abd. Hamid (ADC - Program)
Tahniah diucapkan kepada penerima-penerima Bintang & Pingat PPM...
KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU (PENERANGAN)
PPM DAERAH SUNGAI BESAR
BERSAMA PPM DAERAH SABAK BERNAM
Dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) Daerah Sungai Besar dan PPM Daerah Sabak Bernam akan menganjurkan Kursus Kepimpinan Manikayu (Penerangan) kepada para pemimpin pengakap di daerah ini.
Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pemimpin pengakap berkenaan pengurusan dan aktiviti pengakap mengikut unit pengakap seperti Unit Pengakap Kanak-Kanak, Unit Pengakap Muda, Unit Pengakap Remaja dan Unit Pengakap Kelana. Kursus ini adalah pra-syarat kepada pemimpin pengakap untuk mengikuti kursus kepimpinan seterusnya (pengkhususan mengikut unit pengakap).
Tarikh : 23 FEBUARI 2011
Hari : Rabu
Tempat : Pusat Kegiatan Guru (PKG) Sungai Besar
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Sumbangan penyertaan : RM 10.00 / seorang
Borang pencalonan penyertaan telah dihantar ke kumpulan/sekolah melalui PPD Sabak Bernam. Sehubungan dengan itu, pemimpin/penolong pemimpin yang berminat menyertai kursus tersebut boleh mendaftar melalui GPK Kokurikulum sekolah masing-masing.
Borang pencalonan hendaklah dikembalikan kepada Pesuruhjaya Daerah sebelum/pada 9 Februari 2011 (Rabu) secara:
a. Serahan tangan kepada :
En. Jamali Jaruti,
Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sungai Besar
D/A SMK Sungai Besar, Selangor
b. Faksimili 03-32244818 (U.P. En Jamali Jaruti)
c. Scan/Imbas borang pencalonan dalam format jpg dan email ke ppmsungaibesar@gmail.com
Pertanyaan/Maklumat lanjut sila berhubung dengan En. Jamali Jaruti, DC PPM Daerah Sungai Besar.
Sekian. Terima kasih
PPM DAERAH SUNGAI BESAR
Merujuk kepada keputusan Mesyuarat Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Malaysia PPM-2 ( /20) bertarikh 1 April 2010 , semua pembaharuan pendaftaran kumpulan dan yuran keahlian pengakap perlu melalui Persekutuan Pengakap negeri.
Kadar bayaran pendaftaran kumpulan dan yuran keahlian pengakap bagi tahun 2011 yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Pengakap
a. Kumpulan RM 10.00
b. Ahli Pengakap Kanak-kanak, Muda dan Remaja RM 3.00
c. Ahli Pengakap Kelana RM 5.00
d. Pemimpin, Penolong Pemimpin dan Ahli Biasa RM 5.00
Mohon pemimpin kumpulan pengakap sekolah untuk melengkapkan borang-borang pendaftaran tersebut. Setiap kumpulan pengakap mestilah menyediakan perkara berikut :
i. 2 salinan Borang PPM 1(A) – Hard Copy (Disahkan oleh kuasa penganjur kumpulan)
ii. 2 Salinan Borang PPM 1(B) – Hard Copy (Disahkan oleh kuasa penganjur kumpulan)
iii. 1 Salinan Borang PPM 1(A) – Soft Copy format Excel
iv. 1 Salinan Borang PPM 1(B) – Soft Copy format Excel
v. Salinan Slip Bank – Akaun Majlis Pengakap Negeri Selangor (Maybank 014020416589)
Semua perkara di atas hendaklah diserahkan kepada PPM Daerah Sungai Besar ( Penolong Pesuruhjaya Daerah – Pentadbiran & IT) sebelum atau pada 7 Mac 2011. Sehubungan dengan itu, satu kaunter penerimaan pendaftaran keahlian pengakap 2011 akan dibuka pada :
Tarikh : 7 Mac 2011
Hari : Isnin
Masa : 3.00 – 5.30 petang
Tempat : Pusat Kegiatan Guru (PKG) Sungai Besar.
Sebarang pertanyaan berkenaan pendaftaran keahlian 2011 boleh berhubung terus dengan En. Jamali Jaruti, Pesuruhjaya Pengakap Daerah (013-3986317) atau En. Azmiudin Md. Nordin, Penolong Pesuruhjaya Daerah – Pentadbiran & IT (012-2384572).
PPM DAERAH SUNGAI BESAR KALI PERTAMA 2011

19 Januari 2011 (Rabu): Mesyuarat Pemimpin Pengakap Daerah Sungai Besar, Selangor telah diadakan di PKG Sungai Besar. Kehadiran pemimpin-pemimpin pengakap yang bernaung di bawah pengakap Sungai Besar amat menggalakkan. Mesyuarat ini berlangsung dari pukul 2.30 petang hingga 5.00 petang.
Pelbagai perkara telah diincangkan. Antaranya ialah proses pendaftaran, program latihan dan sebagainya.

PPM DAERAH SUNGAI BESAR KALI PERTAMA 2011
Tarikh : 19 Januari 2010
Masa : 2.45 petang
Tempat : Pusat Kegiatan Guru (PKG) Sungai Besar
Kehadiran : Majlis Pengurusan ( DC/ADC/Ketua Unit)
Majlis Pemimpin (Semua Pemimpin Kumpulan Pengakap)
Agenda :
- Memperbaharui Persetiaan Pengakap
- Bacaan Doa
- Laporan 2010- ADC/Ketua Unit/Pemimpin Kumpulan
- Pendaftaran Keahlian 2011
- Perancangan Aktiviti 2011
- Jamuan ringan
- Bersurai
53rd World Scout JOTA, 2010

Logo Stesen JOTA Selangor 1 - 9M4SJB

Logo JOTA Pengakap Dunia oleh Radio Scouting WOSM
more info WORLD SCOUT JOTA pse click here: http://scout.org/en/information_events/events/jota/the_53rd_jota_2010
PPM Daerah Sungai Besar melalui Kelab Radio Amatur Pengakap Sungai Besar (KERAP) merancang untuk menyertai Jota Pengakap Dunia Ke-53 kali ini.
Callsign : 9M4SJB
Tarikh aktiviti : 16 - 17 Oktober 2010
Tempat : SMK Dato' Mustaffa, Pasir Panjang, Sekinchan, Selangor
Sasaran : Pengakap Kanak-kanak/Muda/Remaja/Kelana/Pemimpin/Individu berminat...
Maklumat lanjut sila ke : www.9m4csb.blogspot.com
Sebarang pertanyaan sila hubungi :
En. Mohd Hussairy Sidek (019-2585759)
ADC Perhubungan
Merangkap Pengurus Stesen JOTA Selangor 1 - 9M4SJB
www.qrz.com/db/9m4sjb
Tarikh : 25 September 2010
Masa :
8.00 pagi
- Dicadangkan Rumah ADC Ahmad Pauzi 9W2APH
Pergerakan Baraan :
- Dari Sekinchan ke Sungai Besar
Penutup Baraan ke :
- 2.00 petang
- Rumah Terbuka YB Noriah bt Kasnon
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Merangkap YDP Majlis PPM Daerah Sungai Besar
Lokasi : Dewan Seri Bernam, Sungai Besar.
** Sila hubungi ADC Perhubungan : Mohd Hussairy 9W2VVH (019-2585759) untuk maklumat lanjut.
Aktiviti :
JAMBOREE DI UDARA RANTAU ASIA PASIFIK KE-6
Tarikh : 6 - 8 Ogos 2010
Lokasi : SBPI Sabak Bernam
Pengelola JOTA Selangor 1 - 9M4SJB :
Kelab Radio Amatur Pengakap Sungai Besar (KERAP) 9M4CSB
Terima kasih SINAR HARIAN. 73

Stesyen JOTA Asia Pasifik 2010

Persembahan Aktiviti Malam Kebudayaan Pengakap

Riang Ria Pengakap - Pengakap Kelana

Majlis Penutupan Program oleh wakil PPD Sabak Bernam

Aksi sesudah program... berkemas dan bergerak pulang.
SALAM PENGAKAP
Sedikit paparan dari JK Dokumentasi ( ADC Pentadbiran & ICT )
Program Kemporee Pengakap Daerah Sungai Besar & Sabak Bernam ,
Jamboree On The Air ( JOTA ) Asia Pasifik 2010
6 - 8 OGOS 2010 bertempat di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi , Sabak Bernam Selangor DE.
DVD gambar akan diuruskan dan akan diedar ke sekolah - sekolah yang menyertai selewat - lewatnya 2 minggu kemudian , kepada peserta - peserta yang ingin mendapatkan DVD tersebut, sila hubungi ADC Pentadbiran & ICT .

