KEMPOREE DAERAH 2010
PPM SUNGAI BESAR - PPM SABAK BERNAM
& JOTA ASIA PASIFIK KE-6

Tarikh : 6 - 8 Ogos 2010
Tempat : SMK Sungai Besar, Selangor ***
*** Info terkini : Lokasi aktiviti bertukar ke SBPI Sabak Bernam, Sungai Lang, Sabak Bernam
*** Diputuskan dalam Mesyuarat JK Pelaksana pada 4 Ogos 2010.


Maklumat lanjut, sila hubungi DC dan ADC Program PPM Sungai Besar/PPM Sabak Bernam

Enter frame...
Kursus Ketua - Ketua Patrol Dan Pemimpin Pengakap Rendah & Menengah Bagi PPM Sungai Besar Di Kilang Kayu Sankey & Dowells , Pasir Panjang Sekinchan Selangor pada 30 APRIL - 2 MEI 2010.
PROGRAM VIGIL dan ISTIADAT PERLANTIKAN KELANA
PPM DAERAH SUNGAI BESAR 2010

Tarikh :
27 - 28 MEI 2010

Tempat :
SMK Seri Bedena, Sungai Besar

Anjuran :
Krew Kelana A Sungai Besar
Dengan Kerjasama PPM Daerah Sungai Besar

Maklumat lanjut sila hubungi :
Ahmad Januri b Jamil 019-3622872
Ketua Unit Pengakap Kelana PPM Daerah Sungai Besar

Mazzaid b Mazelan 013-2371955
Penyelaras Aktiviti Program Vigil dan Perlantikan Pengakap Kelana

DSC_0485 by Esad99.
Epolet Pengakap Kelana
KAUNTER PENDAFTARAN TAHUNAN 2010
PPM DAERAH SUNGAI BESAR


Tarikh : 12 Mac 2010
Tempat : Pusat Kegiatan Guru (PKG) Sungai Besar
Masa : 8.30 pagi - 12.30 tgh / 3.00 ptg - 5.00 ptg
Objektif : Menyemak dan mengumpulkan pendaftaran kumpulan-kumpulan pengakap di PPM Daerah Sungai Besar

Perkara yang perlu dibawa :
1. Borang pendaftaran (hard copy dan soft copy)
2. Slip bank pembayaran

Maklumat lanjut sila hubungi :
1. Tuan Jamali Jaruti (DC)
2. Khairul Azman Abdul Hamid (ADC Program)
PENDAFTARAN KEAHLIAN TAHUNAN 2010

Maklumat terkini, pendaftaran keahlian 2010 melalui PPM Negeri Selangor.
Bagi memudahkan urusan tersebut, dalam mesyuarat Majlis Pengurusan PPM Daerah Sungai Besar pada 3 Feb 2010 telah membuat keputusan bahawa Pendaftaran Keahlian bagi tahun 2010 diuruskan melalui PPM Daerah Sungai Besar dan PPM Daerah Sungai Besar akan menguruskan pendaftaran tersebut kepada PPM Negeri Selangor.

borang-borang pendaftaran boleh didapati di link berikut : www.myscout.com.my/daftar untuk muat turun borang-borang berkaitan.

Borang yang lengkap (soft copy dan hard copy) hendaklah dihantar Pengakap di PPM Daerah Sungai Besar (U.P. ADC Pentadbiran) pada atau sebelum 12 Mac 2010.

Bayaran pendaftaran ke Akaun CIMB : 1213-0008696-05-8 atas nama PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH SUNGAI BESAR.

Sekian. Terima kasih.Sebarang pertanyaan, sila hubungi : Tuan Jamali Jaruti (Pesuruhjaya Daerah) 013-33986317
SEKITAR MAJLIS BERSAMA
KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGARA

Turut hadir di Majlis Tersebut dari PPM Daerah Sungai Besar :
1. Jamali Jaruti - Pesuruhjaya Daerah
2. Khairul Azman Abdul Hamid - ADC Program
3. Ramli Bayok - ADC Latihan & Sumber Dewasa
4. Ahmad Pauzi Abdul Hamid - ADC Tugas Khas (Dokumentasi)
5. Ahmad Januri Jamil - Ketua Unit Pengakap Kelana
6. Sulaiman Akub - Ketua Unit Pengakap Muda
7. Mohd Hussairy Sidek - ADC Perhubungan

8. Saipullah Kassim - ADC Kerohanian

MAJLIS BERSAMA KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGARA

Tarikh : 24 Januari 2010
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Kem Ulu Semenyih, Hulu Langat, Selangor
Kehadiran : SC, ASC, DC, ADC, Ahli Pasukan Latihan Negeri, PPM Negeri Selangor
Pakaian : Uniform No. 3

Sumber :
ASC PPM Negeri Selangor (Latihan)
PROGRAM PERBENGKELAN PENGAKAP RAJA
PPM NEGERI SELANGOR 2010

Tarikh Program : 29 - 31 Januari 2010
Tempat : D'Muara Resort Sungai Haji Dorani, Sungai Besar, Selangor

Tarikh Taklimat Program : 23 Januari 2010
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Pejabat Ahli Parlimen Sungai Besar, Sekinchan.
(Bersebelahan Hotel Habour View Sekinchan)

Maklumat lanjut sila hubungi:
En. Jamali Jaruti, DC PPM Daerah Sungai Besar.
Program Hi-Tea Pengakap Kelana Negeri Selangor 2010

Dengan hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Seketeriat Pengakap Kelana Negeri Selangor menjemput semua Pengakap Kelana Negeri Selangor ke Program Hi-Tea Kelana Negeri Selangor pada butiran berikut:-

Masa: 2.00 petang
Tarikh: 30 januari 2010
Lokasi: Kem Pengakap Dato' Seri Dr. Hj. Shafie Salleh, Bagan Lalang
Sumbangan: RM5.00 seorang
Surat Siaran: dilampirkan bersama atau muat turun disini

Surat siaran program telah dihantar kepada semua Pesuruhjaya Daerah dan sila sahkan jumlah kehadiran kepada En. Sahrom Jaafar di talian 0173882374 atau 0166076460 atau email ke kelanaselangor@gmail.com untuk persediaan program sebelum 23 Januari 2010.

Sehubungan dengan itu satu mesyuarat persediaan program peringkat jawatankuasa seketeriat akan diadakan pada 10.00 pagi , 17 Januari 2010 di Kem Templer. Semua AJK Seketeriat adalah diwajibkan hadir.

Harap maklum

KHAIRUL FAIZAL HJ. RAMLI
Setiausaha Seketeriat Pengakap Kelana Negeri Selangor
http://kelanaselangor.blogspot.com/

NOTA :
Ahli Pengakap Kelana Sungai Besar yang berminat sila hubungi Pemimpin Kelana atau Pesuruhjaya Daerah untuk pengesahan penyertaan.

Sumber : Email diterima oleh
Mohd Hussairy Sidek, ADC Perhubungan
PPM Daerah Sungai Besar


Sekitar JOTA Pengakap Dunia 2009

Sungai Besar - PPM Daerah Sungai Besar telah menyertai Jota Pengakap Dunia Ke-52/52nd World Scout JOTA pada 11 - 18 Oktober 2009 bertempat di SMK Dato' Mustaffa, Pasir Panjang, Sekinchan, Selangor. Seramai 60 orang ahli pengakap dan unit-unit beruniform lain dari sekolah tersebut menyertai JOTA kali ini. Turut hadir 10 orang pengakap kelanasiswa dari Politeknik Sultan Azlan Syah, Tanjung Malim. Stesen JOTA PPM Daerah Sungai Besar ini menggunakan special event callsign 9M4SJB. En. Ibrahim Kadri 9M2IBR bertindak sebagai Station Master dan Mohd Hussairy Sidek 9W2VVH sebagai Station Manager. Baca selanjutnya/Read more...

JAMBORI DI UDARA PENGAKAP DUNIA KE-52
52nd World Scout JOTA

Stesen JOTA PPM Daerah Sungai Besar
Callsign : 9M4SJB
Tarikh : 17 - 18 Oktober 2009
Lokasi : S.M.K. Dato' Mustaffa, Pasir Panjang, Selangor


Jambori Di Udara/Jamboree On The Air - JOTA - adalah aktiviti tahunan ahli pengakap dari seluruh dunia dapat berhubung melalui Radio Amateur atau Ham Radio. Melalui JOTA ini ahli pengakap dapat bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman. Sejak tahun 1958, iaitu apabila JOTA pertama diadakan dan sehingga kini, berjuta ahli pengakap dari seluruh dunia telah dapat berhubung dan berkenalan melalui aktiviti ini, Ahli pengakap yang mengambil bahagian dalam JOTA dapat berhubung tanpa mengira umur, bilangan peserta dan sebagainya. Pada kebiasaannya stesen radio dikendalikan oleh pengendali yang berlesen. Kebanyakkan pemimpin pengakap telah memiliki lesen dan mempunyai stesen radio masing-masing. Pada lazimnya JOTA akan diadakan pada minggu ketiga bulan Oktober setiap tahun JOTA akan bermula pada pagi hari Sabtu sehingga malam hari Ahad.

Kini, JOTA Pengakap Dunia masuk tahun ke-52. Sempena itu, PPM Sungai Besar, turut merancang bagi memeriahkan JOTA kali ini. Penyertaan adalah terbuka kepada semua ahli pengakap. Pemimpin dan peserta diharap dapat datang pada masa yang ditetapkan supaya aktiviti JOTA dapat dijalankan seperti yang dirancang.

Maklumat lanjut sila hubungi :
Mohd Hussairy Sidek (9W2VVH) - 0192585759
Penolong Pesuruhjaya Daerah (Perhubungan)
PPM Daerah Sungai Besar
MAJLIS MESRA RAKYAT & BERBUKA PUASA BERSAMA
Bersama
Y.B. Noriah Bintin Kasnon
(Merangkap YDP Majlis PPM Daerah Sungai Besar)

YB Puan Noriah Kasnon menyampaikan ucapan semasa majlis tersebut


Antara yang hadir: Jamali Jaruti (DC Sungai Besar),
Ramli Bayok (ADC Latihan), Ahmad Pauzi Abdul Hamid (ADC Tugas Khas),
Mohd Hussairy Sidek (ADC Perhubungan) dan
Hafizzudin (Kelana A Sg Besar) - Tiada dalam gambar kerana jadi kameramen...

MAKLUMAT AKTIVITI DARI IBU PEJABAT PPM


SALAM PENGAKAP !

PROGRAM - KELAS PERSEDIAAN PEPERIKSAAN RADIO AMATUR

TARIKH : 20-21 JUN 2009

TEMPAT : RUMAH B-P, JALAN HANG JEBAT, KUALA LUMPUR

ANJURAN : KREW KELANA KOMUNIKASI , IBU-PEJABAT PPM

BAYARAN : RM 30.00 ( TERMASUK MAKANAN / MINUMAN / PENGINAPAN )

PENDAFTARAN : 09.00 PAGI ( 20 JUN 2009-SABTU )

BERMINAT : HUBUNGI CIK YUSRA' ADILAH HAMZAH 013-3254672 UNTUK MAKLUMAT PENDAFTARAN DAN MAKLUMAT LANJUT.

ABD. RAHIM
RUMAH B-P
KL
017 6156880

==============================================

SALAM PENGAKAP !

UNTUK SEMUA AHLI KELANA DAN PEMIMPIN BERUMUR 17 1/2 TAHUN KEATAS......BERSEDIA UNTUK CABARAN -CABARAN EXTREME...

JEMPUTAN KE MOOT KELANA 1 MALAYSIA ANJURAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA.

TARIKH :- 23 HINGGA 27 JULAI 2009

LAPUR DIRI :- 3.00 PETANG 23 JULAI ( ( KHAMIS )

TEMPAT :- KEM TENGKU MAHKOTA, BANDAR TUN RAZAK, JENGKA, PAHANG

BAYARAN :- RM100 SAHAJA ( MELIPUTI MAKAN MINUM / KIT MOOT DAN LAWATAN SEHARI KE TAMAN NEGARA PAHANG.)AKTIVITI :- PROJEK PIONEERING, PROGRAM EXTREME DAN UJIAN LENCANA SKIM PENGAKAP KELANA MALAYSIA.

PERALATAN :- BAWA KHEMAH SENDIRI DAN PERALATAN KERJA.

" 1 MALAYSIA, SATU DUNIA, SATU PERSETIAAN"

RAHIM HAMID
RUMAH B-P
KL.
0176156880
KURSUS KETUA PATROL
PENGAKAP MUDA/REMAJA


Tarikh : 19 - 21 JUN 2009

Tempat : Pasir Panjang

Maklumat Lanjut :
Hubungi DC : Jamali Jaruti 013-3986317
JOTA MALAYSIA KEDUA 2009

PPM Sungai Besar melalui Kelab Radio Amatur Pengakap Sungai Besar (KERAP) akan menyertai JOTA MALAYSIA KEDUA yang berlangsung pada 16 - 17 Mei 2009. Stesen JOTA Sungai Besar 9M1CSB hanya beroperasi pada 16 Mei sahaja. Diharapkan agar program ini mendapat sambutan daripada pengakap/kelana/pemimpin di daerah ini.

Maklumat lanjut seperti berikut :

Tarikh : 16 MEI 2009
Hari : Sabtu
Tempat : SK Parit 4 Sungai Besar
Penyertaan : Ahli/Kelana/Pemimpin Pengakap (Unit beruniform lain dialu-alukan)


Nota :
Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan JOTA Malaysia Kedua ini.
Sila lawat link berikut untuk laporan dan keratan akhbar berkenaan program tersebut :
http://jota9m4csb.blogspot.com/2009/05/jota-malaysia-kedua-2009.html