JAMBORI DI UDARA PENGAKAP DUNIA KE-52
52nd World Scout JOTA

Stesen JOTA PPM Daerah Sungai Besar
Callsign : 9M4SJB
Tarikh : 17 - 18 Oktober 2009
Lokasi : S.M.K. Dato' Mustaffa, Pasir Panjang, Selangor


Jambori Di Udara/Jamboree On The Air - JOTA - adalah aktiviti tahunan ahli pengakap dari seluruh dunia dapat berhubung melalui Radio Amateur atau Ham Radio. Melalui JOTA ini ahli pengakap dapat bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman. Sejak tahun 1958, iaitu apabila JOTA pertama diadakan dan sehingga kini, berjuta ahli pengakap dari seluruh dunia telah dapat berhubung dan berkenalan melalui aktiviti ini, Ahli pengakap yang mengambil bahagian dalam JOTA dapat berhubung tanpa mengira umur, bilangan peserta dan sebagainya. Pada kebiasaannya stesen radio dikendalikan oleh pengendali yang berlesen. Kebanyakkan pemimpin pengakap telah memiliki lesen dan mempunyai stesen radio masing-masing. Pada lazimnya JOTA akan diadakan pada minggu ketiga bulan Oktober setiap tahun JOTA akan bermula pada pagi hari Sabtu sehingga malam hari Ahad.

Kini, JOTA Pengakap Dunia masuk tahun ke-52. Sempena itu, PPM Sungai Besar, turut merancang bagi memeriahkan JOTA kali ini. Penyertaan adalah terbuka kepada semua ahli pengakap. Pemimpin dan peserta diharap dapat datang pada masa yang ditetapkan supaya aktiviti JOTA dapat dijalankan seperti yang dirancang.

Maklumat lanjut sila hubungi :
Mohd Hussairy Sidek (9W2VVH) - 0192585759
Penolong Pesuruhjaya Daerah (Perhubungan)
PPM Daerah Sungai Besar
MAJLIS MESRA RAKYAT & BERBUKA PUASA BERSAMA
Bersama
Y.B. Noriah Bintin Kasnon
(Merangkap YDP Majlis PPM Daerah Sungai Besar)

YB Puan Noriah Kasnon menyampaikan ucapan semasa majlis tersebut


Antara yang hadir: Jamali Jaruti (DC Sungai Besar),
Ramli Bayok (ADC Latihan), Ahmad Pauzi Abdul Hamid (ADC Tugas Khas),
Mohd Hussairy Sidek (ADC Perhubungan) dan
Hafizzudin (Kelana A Sg Besar) - Tiada dalam gambar kerana jadi kameramen...