MESYUARAT PASUKAN PENGAKAP KELANA (A) TERBUKA BIL.1/2014 PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA SUNGAI BESAR

Kepada,

SEMUA AHLI PASUKAN KELANA (A) TERBUKA PPM SUNGAI BESAR

Sukacita dimaklumkan bahawa Pasukan Pengakap Kelana (A) Terbuka akan mengadakan mesyuarat seperti ketetapan yang berikut ;

                        Tarikh            : 4 Januari 2013 (Sabtu)
                        Tempat          : Bengkel MPV, SMK Sungai Besar
                        Masa             : 3.00 ptg – 5.30 ptg
                        Pakaian         : Uniform Pengakap / Kemas Berskaf

Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :
                                      i.        Ucapan Aluan Pemangku Pengerusi.
                                    ii.        Pemilihan Ahli Jawatankuasa.
                                   iii.        Perancangan Aktiviti/Takwim Tahunan 2014.
                                   iv.        Perkara Berbangkit.
                                    v.        Hal-hal lain.

Saya mengalu-alukan kehadiran tuan / puan ke mesyuarat tersebut agar objektif dan matlamat yang akan dirancang tercapai. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Encik Mazzaid bin Mazelan ditalian 0132371955 atau Encik Mohammad Hafizzudin bin Misry ditalian 0123699267.

Sekian, terima kasih.

Mazzaid bin Mazelan
(Pemangku Ketua Unit Kelana)
PPM Sungai Besar

9M4CSB bersedia untuk JOTA 2013

9M4CSB JOTA QSL Card 2013
JOTA Pengakap Dunia Ke-56 semakin hampir. Saya percaya, semua stesen JOTA sedang membuat persiapan rapi untuk menjayakan pertemuan pengakap di udara ini. JOTA kali ini dijangka meriah kerana berlangsung serentak di seluruh dunia... bakal mempertemukan ahli pengakap dari merata tempat... suatu keunikan tersendiri dapat berhubung secara langsung... jauh di mata tetapi dekat di telinga! hi hi...


Bagi stesen JOTA PPM Negeri Selangor, QSL Card khas esidi JOTA 2013 telah sedia menanti bagi mengesahkan komunikasi JOTA antara stesen JOTA atau pun stesen individu. Semua QSL yang diterima akan dibalas. QSL hendaklah dihantar kepada 9M4CSB QSL Manager:-
Hussairy 9W2VVH.
No. 36 Jalan PP 2/3, Taman Padu Permai, 45300 Sungai Besar, Selangor.

Berikut info sehingga 17 Oktober 2013 stesen-stesen JOTA di Malaysia yang turut serta memeriakan JOTA tahun ini.

Bil
Negeri
Lokasi
Callsign
1
Ibu Pejabat Kebangsaan
Kem Pengakap Dr Syafie Mohd Salleh, Bagan Lalang.
9M2PPM
2
Selangor
Sek Keb Sg Hj Dorani, Sungai Besar
9M4CSB
3
Perak
Kem Pengakap Kota, Bota.
9M2SLJ
Kerian
9M2MM
4
Pulau Pinang
Bukit Mertajam.
9M2PX
5
Sarawak
Sek Keb Gawang Empili, Simunjan.
9M8WAT
Kolej Tun Datu Tuanku Hj Bujang, Miri.
9M8DB
Dewan Masyarakat Kampung Bahagia Jaya, Sibu.
9M4CSS
6
Pahang
Sek Men Abu Bakar,Temerloh.
9M4CPH
Kuantan.
9M2MWW
7
Sabah
Kota Kinabalu.
9M4CBP
8
Kedah
Sek Mem Keb Lunas, Kulim
9M2DY
Pusat KoKurikulum, Daerah Kota Setar, Alor Setar
9M4CHF
9
Johor
Kulaijaya, Johor Bahru.
9M4CJB
Muar.
9M2DA
Segamat
9M4CMN
10
Melaka
Politeknik Merlimau Melaka
9M2BAL

CQ JOTA CQ JOTA CQ JOTA this is 9M4CSB Selangor JOTA Station...

See you soon 73

Callsign : 9M4CSB - Stesen JOTA Pengakap Negeri Selangor
Tarikh : 19-20 OKT. 2013
Lokasi : SK Sungai Haji Dorani

Sumbangan Penyertaan : 
RM5.00 - Pengurusan/Sijil/Bahan edaran
RM 5.00 - Lencana Khas JOTA
Jumlah = RM10.00

*Makan/minum/pengankutan diuruskan oleh kumpulan/daerah masing-masing


Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi :
1. En. Jamali Jaruti

Koordinator JOTA Pengakap Selangor
(Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sungai Besar) 013-3986317 

2. En. Mohd Hussairy Sidek
Pengurus Stesen JOTA Selangor
( Penolong Pesuruhjaya Daerah - Perhubungan) 019-2585759


al-Fatihah buat Allahyarham Ahmad Januri Jamil

Ahmad Januri (Kiri) dalam satu Program Pengakap Kelana - Virgil

Ahmad Januri bin Jamil - 9W2VJN atau lebih mesra dengan panggilan Wak Jan (Wak Jai di kalangan rakan radio amatur) telah kembali ke Rahmatullah pada hari Rabu 4 September 2013 kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Beliau merupakan pemimpin pengakap Kelana A Daerah Sungai Besar manakala dalam PPM Daedah Sungai Besar, beliau adalah Penolong Pesuruhjaya Daerah - (Kelana Terbuka). Dalam komunikasi radio amatur, beliau adalah pemimpin yang pertama yang memiliki set radio dan semangat tidak mengenal erti putus asa dalam mendapatkan lesen radio amatur menjadi inspirasi kepada rakan pengakap yang lain.

Sehubungan itu, PPM Daerah Sungai Besar akan mengadakan satu Majlis Tahlil Arwah pada

 Tarikh : 14 September 2012 (Sabtu malam Ahad)
 Masa : Selepas Solat Isyak (Sekitar jam 9.00 malam)
 Tempat : Rumah arwah di Jalan Tengah Masjid, Tali Air 10, Pasir Panjang, Sekinchan
 GPS : 3.574075N / 101.072194 E
 Calling FRQ : V24 145.300 MHz

Kehadiran Dato'/Tuan/Puan/Encik/Cik/rakan Pengakap/rakan Radio Amatur/Sanak Saudara, Sahabat handai dan mereka yang mengenali Arwah Ahmad Januri  ke majlis tersebut amat-amat dihargai.

Maklumat lanjut boleh berhubung :
Tuan Jamali Jaruti 9W2JGB/Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sg Besar 013-3986317
En. Mohd Hussairy Sidek 9W2VVH/ADC Perhubungan PPMD Sg Besar 019-2585759

Semoga Allahyarham Ahmad Januri Jamil ditempatkan di kalangan orang yang beriman.


al-Fatihah

Pertandingan Melukis Poster Keselamatan PPM 2013

PERTANDINGAN MELUKIS POSTER KESELAMATAN
PERINGKAT KEBANGSAAN
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA 2013
1 OGOS HINGGA 30 SEPTEMBER 2013

Pengenalan
Pertandingan ini bertujuan mencungkil bakat melukis di kalangan warga Persekutuan Pengakap Malaysia meliputi Pemimpin, Pengakap Kelana, Pengakap Remaja, Pengakap Muda dan Pengakap Kanak-Kanak, di mana poster yang dipilih sebagai pemenang akan dijadikan poster keselamatan rasmi PPM oleh Jawatankuasa Pengurusan Risiko bagi mempromosikan sekaligus memartabatkan aspek pengurusan risiko di kalangan warga Pengakap di Malaysia.

Tema
Tema pertandingan ini ialah aspek-aspek keselamatan di dalam aktiviti kepengakapan seperti perkhemahan, berenang, ekspedisi, berbasikal, berkayak dan sebagainya.

Kategori dan Hadiah
Hadiah disediakan bagi Tempat Pertama/Kedua/Ketiga/Saguhati(10 orang)

-A-
Pemimpin & Pengakap Kelana
RM1000/RM750/RM500/RM150

-B-
Pengakap Remaja
RM800/RM500/RM300/RM100

-C-
Pengakap Muda
RM800/RM500/RM300/RM100

-D-
Pengakap Kanak-Kanak
RM600/RM400/RM250/RM100

HURAIAN KATEGORI
1. Pemimpin Pengakap – Individu yang mempunyai tauliah sebagai Pemimpin Pengakap
2. Pengakap Kelana – Ahli Pengakap yang telah berdaftar sebagai Ahli Kelana (lepasan SPM)
3. Pengakap Remaja – Ahli Pengakap di tingkatan menengah atas (tingkatan 4 dan 5)
4. Pengakap Muda – Ahli Pengakap di tingkatan menengah bawah (tingkatan 1, 2 dan 3)
5. Pengakap Kanak-kanak – Ahli Pengakap di sekolah rendah

Syarat-Syarat Pertandingan
1. Pertandingan ini adalah terbuka kepada warga Pengakap dari seluruh negara yang berdaftar dengan Persekutuan Pengakap Malaysia bagi tahun 2013
2. Terdapat empat (4) kategori yang dipertandingkan iaitu Kategori A - Pemimpin/Pengakap Kelana, Kategori B - Pengakap Remaja, Kategori C - Pengakap Muda dan Kategori D - Pengakap Kanak-Kanak
3. Poster yang dihasilkan hendaklah bertemakan aspek-aspek keselamatan dalam aktiviti kepengakapan seperti perkhemahan, berenang, ekspedisi, berbasikal, berkayak dan sebagainya.
4. Setiap poster hendaklah turut disertakan dengan ayat tema (caption) yang dapat menyampaikan mesej keselamatan
5. Setiap penyertaan hendaklah dilukis di atas kertas lukisan bersaiz A3 (297 x 420mm)
6. Genre lukisan adalah terbuka sama ada menggunakan pensil warna, krayon atau warna air
7. Semua poster yang dihantar untuk memasuki pertandingan ini adalah hak milik mutlak Jawatankuasa Pengurusan Risiko PPM dan akan digunakan sebagai poster keselamatan untuk mempromosikan elemen pengurusan risiko di kalangan ahli-ahli Pengakap di seluruh negara
8. Setiap peserta hanya boleh menghantar hanya SATU penyertaan sahaja.
9. Peserta Unit Kanak-Kanak, Muda dan Remaja yang menyertai pertandingan ini boleh dipertimbangkan oleh Pemimpin masing-masing untuk dianugerahkan Lencana berkaitan seni lukis yang bersesuaian mengikut skim latihan masing-masing.
10. Semua peserta yang menghantar penyertaan akan diberikan sijil penyertaan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia. Peserta yang menang tempat pertama, kedua dan ketiga akan mendapat sijil khas tambahan.
11. Semua keputusan adalah muktamad. Sebarang bantahan, pertikaian dan surat-menyurat tidak akan dilayan
12. Untuk sebarang pertanyaan berkenaan pertandingan ini, boleh menghubungi Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia di talian 03 – 2078 0836.
13. Semua hasil karya hendaklah dihantar sebelum 30 September 2013 kepada:

Sekretariat Pertandingan Melukis Poster Keselamatan
Peringkat Kebangsaan PPM 2013
d/a Persekutuan Pengakap Malaysia,
Rumah B-P, Jalan Hang Jebat,
50150 Kuala Lumpur

SIMPOSIUM SEMPENA 105 TAHUN PENGAKAP DI MALAYSIA

Sukacitanya dimaklumkan, bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia akan mengadakan Simposium Sempena 105 Tahun Pengakap di Malaysia pada tarikh dan tempat yang berikut :

TARIKH : 23 OGOS 2013 ( JUMAAT )
MASA : 8.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN CEMPAKA, PERBADANAN PUTRAJAYA.

Sehubungan dengan ini, Pihak Majlis Pengakap Negeri Selangor menjemput Tuan dan semua Penolong Pesuruhjaya Daerah Tuan untuk menghadiri simposium ini. Tuan juga boleh menjemput sekiranya ada pemimpin kumpulan yang berminat untuk menghadiri simposium ini. Sila lengkapkan senarai penyertaan dalam borang yang disediakan sebelum 5 Ogos untuk tujuan mendapatkan surat pelepasan dari Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. Kerjasama pihak tuan bagi menjayakan program ini sangatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Maklumat yg diperlukan: Nama/No.kp/Sekolah/Jawatan.
Hantar segera kpd DC Jamali segera melalui call/sms 013-3986317 @ email: jamalijaruti@yahoo.com

INFO KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PPM NEGERI SELANGOR 2013

1. Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 1
- Unit Pengakap Muda

  Tarikh : 14-16 Jun 2013
  Tempat : SMK Seksyen 10, Kota Damansara

2. Kursus Kepimpinan ManikayuPeringkat 1
 - Unit Pengakap Kelana

   Tarikh : 14-16 Jun 2013
   Tempat : Kem Rimba Templer, Rawang

1. Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 1
- Unit Pengakap Muda

Tarikh : 28-30 Jun 2013
Tempat : Mutiara Semenyih, Semenyih

Maklumat lanjut sila berhubung dengan Pesuruhjaya Daerah
Tn Jamali Jaruti 0133986317

MESYUARAT MAJLIS PEMIMPIN PENGAKAP KALI PERTAMA PPM DAERAH SUNGAI BESAR 2013

Tarikh : 20 Mac 2013
Masa : 2.45 petang
Tempat : Pusat Kegiatan Guru (PKG) Sungai Besar
Pakaian : Uniform
Perhatian kepada pemimpin kumpulan, sila bawa bersama borang pendaftaran keahlian (hard copy & soft copy), Slip bank pembayaran yuran keahlian dan borang-borang lain yang berkaitan.

PENDAFTARAN KEAHLIAN PENGAKAP 2013

Perhatian kepada semua pemimpin kumpulan Pengakap PPM Daerah Sungai Besar,

Semua pembaharuan pendaftaran kumpulan dan yuran keahlian pengakap perlu melalui Persekutuan Pengakap negeri.

Kadar bayaran pendaftaran kumpulan dan yuran keahlian pengakap bagi tahun 2013 yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia adalah seperti berikut:
a. Kumpulan RM 10.00
b. Ahli Pengakap Kanak-kanak, Muda dan Remaja RM 3.00
c. Ahli Pengakap Kelana RM 5.00
d. Pemimpin, Penolong Pemimpin dan Ahli Biasa RM 5.00

Mohon pemimpin kumpulan pengakap sekolah untuk melengkapkan borang-borang pendaftaran tersebut. Setiap kumpulan pengakap mestilah menyediakan perkara berikut :
i. 2 salinan Borang PPM 1(A) – Hard Copy (Disahkan oleh kuasa penganjur kumpulan)
[Downdload Borang PPM 1-A]
ii. 2 Salinan Borang PPM 1(B) – Hard Copy (Disahkan oleh kuasa penganjur kumpulan)
[Download Borang PPM 1-B]
iii. 1 Salinan Borang PPM 1(A) – Soft Copy format Excel
iv. 1 Salinan Borang PPM 1(B) – Soft Copy format Excel
v. Salinan Slip Bank – Akaun Majlis Pengakap Negeri Selangor (Maybank 014020416589)

Semua perkara di atas hendaklah diserahkan kepada PPM Daerah Sungai Besar ( Penolong Pesuruhjaya Daerah – Pentadbiran & IT) semasa Mesyuarat Pemimpin PPM Daerah Saungai Besar Pertama 2013 pada 20 MAC 2013 (Rabu) Masa : 2.45 petang – 5.00 petang di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Sungai Besar.

Sebarang pertanyaan berkenaan pendaftaran keahlian 2013 boleh berhubung terus dengan En. Jamali Jaruti, Pesuruhjaya Pengakap Daerah (013-3986317) atau En. Azmiudin Md. Nordin, Penolong Pesuruhjaya Daerah – Pentadbiran & IT (012-2384572).