PENDAFTARAN KEAHLIAN TAHUNAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA (PPM) TAHUN 2016



Pendaftaran keahlian tahunan PPM adalah termaktub dalam Akta Parlimen No.38, Tahun 1968 dengan Pindaan-pindaan No.143, Tahun 1974 dan No.409, Tahun 1989 dan Dasar Peraturan-Peraturan Persekutuan Pengakap Malaysia seperti berikut:

Perkara 44 Seksyen VII

Bancian tahunan dan pendaftaran semula semua kumpulan dan Persekutuan-Persekutuan Tempatan adalah dijalankan pada tiap-tiap tahun.
Perkara 46 Seksyen VII

Penyata banci dan pendaftaran semula yang lengkap bagi semua kumpulan dan Persekutuan-Persekutuan Tempatan mestilah dihantar ke ibu pejabat sebelum 31 Januari tiap-tiap tahun.

Perkara 47 Seksyen VII

Kegagalan menghantar banci dan pendaftaran semula bagaimana dikehendaki dalam Peraturan 46 akan menyebabkan kumpulan-kumpulan yang berkenaan dengan sendirinya dipotong daripada pendaftaran, dan bagi sesuatu Persekutuan Tempatan yang gagal menghantar penyata-penyata bagi kumpulan-kumpulannya, Persekutuan Tempatan itu akan dengan sendirinya dipotong daripada pendaftaran. Dalam semua perkara di atas, semua Tauliah, Sijil dan Surat Perlantikan,Lencana-lencana, wang dan harta hendaklah dengan tiada berlengah lagi diserahkan kepada Pesuruhjaya Daerah dan Pegawai-Pegawai Majlis Pengakap Negeri dan Pegawai-Pegawai Persekutuan Tempatan, dan kepada Pesuruhjaya Negeri dan pegawai-pegawai Majlis Pengakap Negeri kiranya Persekutuan-Persekutuan Tempatan yang dimansuhkan. Mulai daripada 1 Mac pada tiap-tiap tahun semua kumpulan yang telah dipotong pendaftaran dan semua ahli dalam kumpulan-kumpulan itu tidak lagi menjadi ahli Persekutuan, dan tindakan akan diambil mengikut perbekalan-perbekalan yang tersebut dalam Akta (Perbadanan) Persekutuan Pengakap Malaysia 1968 bekenaan perkara-perkara mengenai mereka dan tidak menjadi ahli Persekutuan.

Kadar bayaran pendaftaran kumpulan dan yuran keahlian pengakap bagi tahun 2016 yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) adalah seperti berikut:

BIL.
PENDAFTARAN KEAHLIAN
YURAN (RM)
1.     
Kumpulan
RM 10.00
2.     
Ahli Pengakap Kanak-kanak, Muda dan Remaja
RM 3.00
3.     
Ahli Pengakap Kelana
RM 5.00
4.     
Pemimpin, Penolong Pemimpin dan Ahli Biasa
RM 5.00

Untuk memastikan proses membaharui pendaftaran kumpulan dan yuran keahlian bagi tahun 2015 berjalan lancar, pihak tuan diminta menggunakan Borang PPM 1(A) dan  PPM 1(B) dalam format excel yang boleh di muat turun di:

i.          Borang PPM 1(A) dan PPM 1(B)
               
ii.      Atau SMS/Whatsapp “Borang PPM1A/1B” dan “alamat email pemimpin kumpulan” ke 013-2371955.

Seterusnya, pemimpin kumpulan hendaklah mengikut langkah-langkah berikut:

i.        Pembaharuan pendaftaran keahlian  pemimpin, ahli pengakap dan ahli biasa kumpulan hendaklah dibuat menggunakan ‘‘sheet’ Borang PPM 1(A). Sila tambah baris sekiranya baris yang disediakan tidak mencukupi.

ii.         Pindahkan perangkaan keahlian ke borang kawalan ‘sheet’ Borang PPM 1(B).

iii.       Cetak dua (2) salinan Borang PPM 1(A) dan dua (2) salinan Borang PPM 1(B). Borang yang telah lengkap dan disahkan oleh kuasa penganjur hendaklah di hantar melalui serahan tangan kepada Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sungai Besar sebelum atau pada 29 Januari 2016 (Jumaat) jam 5.00 petang.

iv.      Softcopy Borang PPM 1(A) dan Borang PPM 1(B) hendaklah dihantar ke alamat email ppmsungaibesar@gmail.com  ATAU burn dalam CD/Save dalam peranti simpanan data dan diserahkan bersama salinan Borang PPM 1(A) dan PPM 1(B) kepada Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sungai Besar.

v.        Bayaran pendaftaran hendaklah dimasukkan terus ke akaun Majlis Pengakap Negeri Selangor - Maybank: 014020416589.  Sila sertakan salinan slip bank sebagai bukti bayaran untuk rujukan.

vi.       PPM Daerah Sungai Besar akan mengeluarkan resit penerimaan pembayaran kepada kumpulan yang telah menjelaskan yuran pendaftaran keahlian 2016.

vii.     Pegawai-Pegawai yang boleh dihubungi bagi urusan pendaftaran keahlian PPM bagi tahun 2016:

BIL.
NAMA PEGAWAI
NO. TELEFON
1.     
Encik Jamali Bin Jaruti
Pesuruhjaya Pengakap Daerah
013-3986317
2.     
Encik Mazzaid Bin Mazelan
Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah
(Pentadbiran dan IT)
013-2371955
3.     
Encik Mohammad Hafizzudin Bin Misry
Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah
(Tugas-Tugas Khas 3)
019-3728847

SAMBUTAN 10 TAHUN KELAB RADIO AMATUR PENGAKAP SUNGAI BESAR (KERAP)

Sempena sambutan 10 Tahun Kelab Radio Amatur Pengakap Sungai Besar, beberapa aktiviti akan dijalankan pada 19 - 20 September 2015. Lokasi program di Balairaya Kampung Tebuk Haji Yusof, Sungai Besar, Selangor.

Antara program yang dirancang seperti berikut:

1. Majlis Hi-Tea Sambutan 10 Tahun Kelab Radio Amatur Pengakap Sungai Besar
    Tarikh : 19 September 2015
    Masa : 9.00 pagi

2. Field Day & DXing (Menghubungi stesen radio amatur di seluruh dunia menggunakan radio HF)
    Tarikh/Masa : 19 September 2015, Jam 9.00 pagi - 20 September 2015, Jam 5.00 petang.

3. Eyeball (Rakan-rakan radio amatur dan individu yang berminat)
    Tarikh : 19 September 2015
    Masa : 9.00 malam

4. Kursus Pengenalan Radio Amatur. (Terbuka kepada masyarakat setempat)
    Tarikh : 19 September 2015
    Masa : 3.00 - 5.00 petang

Sebelum itu, permohonan KERAP untuk mendapatkan special callsign 9M10CSB sempena 10 Tahun Kelab Radio Amatur Pengakap Sungai Besar (KERAP) telah diluluskan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada 28 Julai 2015. Special callsign ini sah digunakan selama 3 bulan bermula 1 Ogos 2015 sehingga 31 Oktober 2015
  

SEKITAR AKTIVITI PENGAKAP (September - November 2015)



1. KURSUS PERSEDIAAN ANUGERAH RAMBU PKK & PM
PPM SUNGAI BESAR
PUSAT PERSEDIAAN : SMK SUNGAI BESAR
1. 5 SEP
2. 16 SEP
3. 3-4 OKT (BERKHEMAH)
4. 16-18 OKT (BERKHEMAH)
5. 24 OKT

2. KURSUS LENCANA PERKHIDMATAN PR NEGERI SELANGOR
11-13 SEPT
MSTVER

3. ISTIADAT PENGANUGERAHAN PENGAKAP RAJA PPM NEGERI SELANGOR 2015
13 SEPT
MSTVER

4. LENCANA PENGEMBARAAN PENGAKAP KELANA SG BESAR
19-21 SEP

5. SAMBUTAN 10 TAHUN KERAP @ 9M10CSB
19 – 20 SEP
BALAIRAYA KG TEBUK HAJI YUSOF
- HI-TEA
- FIELD DAY & DXING
- EYEBALL
- KURSUS PENGENALAN RADIO AMATUR

6. 58th WORLD SCOUT JOTA
16-18 OKT
SMK SUNGAI BESAR
JOTA CALLSIGN : 9M10CSB

7. MAJLIS PEMAKAIAN EPOLET PENGAKAP KEPADA PENGAWAI PPD DAERAH SABAK BERNAM

24 OKT
SMK SUNGAI BESAR


8. PERKHEMAHAN ANUGERAH RAMBU PKK & PM
30 OKT – 1 NOV
MSTVER

MESYUARAT MAJLIS PENGURUSAN PPM DAERAH SUNGAI BESAR BIL.2/2015


MESYUARAT MAJLIS PENGURUSAN PPM DAERAH SUNGAI BESAR BIL.2/2015
Tarikh : 19 Ogos 2015
Masa : 2.00 Petang
Tempat : PKG Sungai Besar


Info Aktiviti

1. Perkhemahan Lencana Perkhidmatan
Tarikh : 11 -13 September 2015
Tempat : Mutiara Semenyih Training Village and Eco Resort

2. Perkhemahan Rambu Pengakap Kanak-kanak dan Pengakap Muda
Tarikh : 31 Okt - 2 Nov 2015
Tempat : Mutiara Semenyih Training Village and Eco Resort

3. Majlis Hi-Tea Sambutan 10 Tahun Kelab Radio Amatur Pengakap Sungai Besar dan Majlis Pemakaian Epolet Pengakap Pegawai PDD Sabak Bernam
Tarikh : 19 Sept 2015
Tempat : Balai Raya Kg. Tebuk Haji Yusof, Sg. Besar

4. Field Day, Dxing 9M10CSB dan Eyeball KERAP, ARCONS & VICTORY
Tarikh : 19 - 20 Sept 2015
Tempat : Balai Raya Kg. Tebuk Haji Yusof, Sg. Besar

5. 58th World Scout Jamboree On The Air (JOTA)
Tarikh : 16-18 Oktober 2015
Tempat : SMK Sungai Besar




Semoga Terus Maju! Sekali Berpengakap Selamanya Berpengakap! 

73 de ADC Pentadbiran & IT
PPM Sungai Besar


PERKHEMAHAN KEM LENCANA PERKHIDMATAN NEGERI SELANGOR 2015


Assalamualaikum WBT dan Salam Pengakap.

Untuk makluman dan hebahan bersama, PPM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) akan menganjurkan PERKHEMAHAN KEM LENCANA PERKHIDMATAN NEGERI SELANGOR 2015 seperti ketetapan yang berikut:

Tarikh: 11 hingga 13 September 2015
Hari: Jumaat, Sabtu & Ahad
Tempat: Mutaiara Semenyih Training Village & Eco Resort
Waktu Pendaftaran: 2.30 Petang (Jumaat)
Penutupan: 12.00 Tengahari (Ahad)
Jurulatih: Jurulatih JPAM & Pasukan Latihan Negeri Selangor
Penginapan: Berkhemah mengikut PPM masing-masing
Pengangkutan: Diuruskan sendiri oleh PPM Daerah masing-masing
Sumbangan Penyertaan : RM50.00 Seorang

Kepada pemimpin pengakap Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Sungai Besar yang berminat untuk menghantar penyertaan dari sekolah masing-masing, Tuan/Puan boleh menghubungi terus Encik Khairul Azman bin Abdul Hamid (ADC Program) di talian 013-6370537 atau Encik Mazzaid bin Mazelan (ADC Pentadbiran& IT) di talian 013-2371955.

Maklumat penuh berkaitan program ini boleh dirujuk dalam link berikut:

Ayuh! Sertai bersama! Sekali Berpengakap Terus Berpengakap!

73 De ADC Pentadbiran & IT

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT 3B (PENGAKAP MUDA) PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kuala Selangor akan menganjurkan Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 3B (Pengakap Muda) Persekutuan Pengakap Malaysia seperti ketetapan yang berikut :

Tarikh : 28 Ogos hingga 31 Ogos 2015
Hari : Jumaat, Sabtu, Ahad & Isnin
Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz, Kuala Selangor
Masa : Sepenuh Masa
Sumbangan Penyertaan : RM 50.00 (Bahan Mentah & Bahan)
Masa Pendaftaran : 3.00 hingga 4.00 Petang - 28 Ogos 2015


Kepada pemimpin pengakap Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Sungai Besar yang berminat untuk menyertai, boleh menghubungi terus Encik Mazzaid Bin Mazelan (ADC Pentadbiran & IT) di talian 013-2371955. Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan kursus berkenaan, sila berhubung dengan Encik Nizamuddin Bin Hj. Abdul Majid (Ketua Kursus) di talian 012-6102937.


Sekian, dimaklumkan.

73 de ADC Pentadbiran & IT
PPM Sungai Besar
18/8/2015

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT 3A (PENGAKAP MUDA) PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA


Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kuala Selangor akan menganjurkan Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 3A (Pengakap Muda) Persekutuan Pengakap Malaysia seperti ketetapan yang berikut :

Tarikh : 31 Julai hingga 2 Ogos 2015
Hari : Jumaat, Sabtu & Ahad
Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz, Kuala Selangor
Masa : Sepenuh Masa
Sumbangan Penyertaan : RM 50.00 (Bahan Mentah & Bahan)
Masa Pendaftaran : 3.00 hingga 4.00 Petang - 31 Julai 2015

Kepada pemimpin pengakap Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Sungai Besar yang berminat untuk menyertai, boleh menghubungi terus Encik Mazzaid Bin Mazelan (ADC Pentadbiran & IT) di talian 013-2371955. Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan kursus berkenaan, sila berhubung dengan Encik Nizamuddin Bin Hj. Abdul Majid (Ketua Kursus) di talian 012-6102937.

Sekian, dimaklumkan

73 de ADC Pentadbiran & IT
PPM Sungai Besar

MAJLIS PERSARAAN CIKGU SULAIMAN AKOB


Tarikh majlis persaraan : 30 Jun 2015. Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) Daerah Sungai Besar mengucapkan selamat bersara kepada Cikgu Sulaiman Akob, pemimipin pengakap dari SMK Dato' Mustaffa, Pasir Panjang, Sekinchan, Selangor. Terima kasih atas jasa dan khidmat bakti sepanjang berkhidmat dalam bidang pendidikan dan kepengakapan...

MAJLIS PESURUHJAYA PPM DAERAH SUNGAI BESAR 2015


SENARAI MAJLIS PESURUHJAYA PPMD SUNGAI BESAR 2015

Pesuruhjaya Daerah/DC
 : Tn. Jamali Jaruti
: SMK Sungai Besar

Penolong-penolong Pesuruhjaya Daerah/ADC

ADC Latihan dan Sumber Dewasa
: Ramli Bayok
: PKG Pasir Panjang

ADC Program
: Khairul Azman Abd Hamid
: SMK Sungai Besar

ADC Perhubungan
 : Mohd Hussairy Sidek
: SMK Ungku Aziz

ADC Pentadbiran dan IT
 : Mazzaid Mazelan *
: Jabatan Pendidikan Tinggi KPM Putrajaya

ADC Kerohanian
: Saipulllah Kassim
: SK Sungai Haji Dorani

ADC Biro Wanita
 : Suhana Sabingin *
: SMJK Yoke Kuan

ADC Pengakap Kelana
 : Hassan Basri Kasman *
: SMK Tunku Abdul Rahman Putra

ADC Pengakap Remaja
 : Idi Johan Mohd Zohdi *
: SMK Dato' Mustaffa

ADC Pengakap Muda
 : Khairil Haizit Kamal *
: SMK Dato' Mustaffa

ADC Pengakap Kanak+kanak
: Mohd Selamat b. Shahid
: SJKC Yoke Kuan


ADC Tugas Khas 1
 : Sulaiman Akub *
: SMK Dato' Mustaffa

ADC Tugas Khas 2
: Ahmad Pauzi Abd Hamid
: SK Seri Sekinchan

ADC Tugas Khas 3
:
Mohammad Hafizzudin Misry *


Nota: * Lantikan baru

TAHNIAH KEPADA PENERIMA MANIKAYU DUA BUTIR PPMD SUNGAI BESAR

Seramai enam orang  pemimpin dari Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) Daerah Sungai Besar adalah antara 38 orang pemimpin pengakap di negeri Selangor yang dikalungkan dengan Manikayu Dua Butir dalam Majlis Penganugerahan Manikayu Dua Butir PPM Negeri Selangor di Mutiara Semenyih Training Village and Eco Resort, Jalan Sungai Lalang, Semenyih baru-baru ini.

Istiadat pengalungan manikayu dua butir  ini disempurnakan oleh Tuan Haji Ishak bin Mohd Jonid, Pesuruhjaya Latihan Negara merangkap Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor. Penerima Manikayu Dua Butir (Unit Pengakap Remaja) ialah Idi Johan bin Mohd Zohdi, Khairil Haizid bin Kamal, Azura binti Jamaluddin, Suhana binti Shabingin dan Norsaffrina binti Mohd Noh serta Mazzaid bin Mazelan bagi unit Pengakap Kanak-kanak. Penganugerahan Manikayu Dua Butir ini adalah pengiktirafan sebagai pemimpin bertauliah dan juga sebagai satu amanah kepada pemimpin tersebut untuk terus berkhidmat dan berbakti serta memimpin ahli pengakap menjadi seorang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara sebagaimana yang terkandung dalam persetiaan dan unsang-undang Pengakap.

Turut menyaksikan majlis tersebut adalah Tan Sri Dato' Seri Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh, Ketua Pengakap Negara yang kemudiaannya merasmikan Majlis Penutupan Ujian Pentaraf Pengakap Raja PPM Negeri Selangor 2015.


MESYUARAT AJK PELAKSANA TUGAS-TUGAS KHAS

21hb April 2015 telah berlangsungnya mesyuarat AJK Pelaksana aktiviti daerah.Mesyuarat telah diadakan di Miziah Food Corner dan dihadiri oleh Pesuruhjaya Daerah Tuan Jamali Jaruti serta beberapa Penolong Pesuruhjaya Daerah dan Pemimpin.

Antara agenda yang telah dibincangkan ialah :
*Perkhemahan Pengakap wanita Kebangsaan
*Perkhemahan buku log
*Aktiviti Kelana dan lain-lain