TAHNIAH KEPADA PENERIMA MANIKAYU DUA BUTIR PPMD SUNGAI BESAR

Seramai enam orang  pemimpin dari Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) Daerah Sungai Besar adalah antara 38 orang pemimpin pengakap di negeri Selangor yang dikalungkan dengan Manikayu Dua Butir dalam Majlis Penganugerahan Manikayu Dua Butir PPM Negeri Selangor di Mutiara Semenyih Training Village and Eco Resort, Jalan Sungai Lalang, Semenyih baru-baru ini.

Istiadat pengalungan manikayu dua butir  ini disempurnakan oleh Tuan Haji Ishak bin Mohd Jonid, Pesuruhjaya Latihan Negara merangkap Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor. Penerima Manikayu Dua Butir (Unit Pengakap Remaja) ialah Idi Johan bin Mohd Zohdi, Khairil Haizid bin Kamal, Azura binti Jamaluddin, Suhana binti Shabingin dan Norsaffrina binti Mohd Noh serta Mazzaid bin Mazelan bagi unit Pengakap Kanak-kanak. Penganugerahan Manikayu Dua Butir ini adalah pengiktirafan sebagai pemimpin bertauliah dan juga sebagai satu amanah kepada pemimpin tersebut untuk terus berkhidmat dan berbakti serta memimpin ahli pengakap menjadi seorang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara sebagaimana yang terkandung dalam persetiaan dan unsang-undang Pengakap.

Turut menyaksikan majlis tersebut adalah Tan Sri Dato' Seri Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh, Ketua Pengakap Negara yang kemudiaannya merasmikan Majlis Penutupan Ujian Pentaraf Pengakap Raja PPM Negeri Selangor 2015.


MESYUARAT AJK PELAKSANA TUGAS-TUGAS KHAS

21hb April 2015 telah berlangsungnya mesyuarat AJK Pelaksana aktiviti daerah.Mesyuarat telah diadakan di Miziah Food Corner dan dihadiri oleh Pesuruhjaya Daerah Tuan Jamali Jaruti serta beberapa Penolong Pesuruhjaya Daerah dan Pemimpin.

Antara agenda yang telah dibincangkan ialah :
*Perkhemahan Pengakap wanita Kebangsaan
*Perkhemahan buku log
*Aktiviti Kelana dan lain-lain 





TUGASAN KHAS KELANA DAERAH (LDK) KURSUS MANIKAYU MUDA PERINGKAT DUA (2)

Pada 15 April yang lalu ahli pengakap sekolah (unit muda) Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar telah menjalani beberapa latihan bersiri antaranya kawad kaki , ikatan , dan taklimat khas berkaitan pengakap.Tugasan ini dilakukan oleh beberapa orang unit Kelana dan pemimpin sekolah telah yang mengambil Kursus Manikayu Muda.Program ini dikenali sebagai Latiahan Dalam Kumpulan (LDK) peringkat dua (2) Kursus Pengenalan Manikayu Muda.

Gambar sekitar berlangsungnya aktiviti  





MAJLIS HI TEA PENGAKAP KELANA DAERAH

Pada 12 April 2015 yang lepas telah berlangsungnya majlis hi tea anjuran Pengakap Kelana daerah Sungai Besar dan majlis mesyuarat agung kali ke-2 2015.Majlis telah dihadiri seramai 90 org ahli pengakap berdaftar daerah Sungai Besar dari unit Kelana serta Pemimpin.Majlis telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar Selangor sekitar jam 2.00 hingga 6.00 petang.

Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Rosman bin Mohamad selaku Penolong Ketua Pesuruhjaya Negeri Selangor Tugas Khas(unit kelana) dan dihadiri tetamu khas dari Sekretariat Kelana Selangor.



 Sesi bergambar bersama semua ahli dan pemimpin yang hadir


                       Sesi bergambar bersama Tuan Rosman dan Sekretariat Kelana Selangor


Sesi bergambar bersama Pemimpin Daerah Sungai Besar


Ahli Jawatankuasa Baru 2015 Sekretariat Kelana Daerah Sungai Besar

*Sekalung tahniah dan jutaan terima kasih atas kehadiran Pemimpin dan ahli kerana menjayakan program ini.