Ahad, 4 Ogos 2013

Pertandingan Melukis Poster Keselamatan PPM 2013

PERTANDINGAN MELUKIS POSTER KESELAMATAN
PERINGKAT KEBANGSAAN
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA 2013
1 OGOS HINGGA 30 SEPTEMBER 2013

Pengenalan
Pertandingan ini bertujuan mencungkil bakat melukis di kalangan warga Persekutuan Pengakap Malaysia meliputi Pemimpin, Pengakap Kelana, Pengakap Remaja, Pengakap Muda dan Pengakap Kanak-Kanak, di mana poster yang dipilih sebagai pemenang akan dijadikan poster keselamatan rasmi PPM oleh Jawatankuasa Pengurusan Risiko bagi mempromosikan sekaligus memartabatkan aspek pengurusan risiko di kalangan warga Pengakap di Malaysia.

Tema
Tema pertandingan ini ialah aspek-aspek keselamatan di dalam aktiviti kepengakapan seperti perkhemahan, berenang, ekspedisi, berbasikal, berkayak dan sebagainya.

Kategori dan Hadiah
Hadiah disediakan bagi Tempat Pertama/Kedua/Ketiga/Saguhati(10 orang)

-A-
Pemimpin & Pengakap Kelana
RM1000/RM750/RM500/RM150

-B-
Pengakap Remaja
RM800/RM500/RM300/RM100

-C-
Pengakap Muda
RM800/RM500/RM300/RM100

-D-
Pengakap Kanak-Kanak
RM600/RM400/RM250/RM100

HURAIAN KATEGORI
1. Pemimpin Pengakap – Individu yang mempunyai tauliah sebagai Pemimpin Pengakap
2. Pengakap Kelana – Ahli Pengakap yang telah berdaftar sebagai Ahli Kelana (lepasan SPM)
3. Pengakap Remaja – Ahli Pengakap di tingkatan menengah atas (tingkatan 4 dan 5)
4. Pengakap Muda – Ahli Pengakap di tingkatan menengah bawah (tingkatan 1, 2 dan 3)
5. Pengakap Kanak-kanak – Ahli Pengakap di sekolah rendah

Syarat-Syarat Pertandingan
1. Pertandingan ini adalah terbuka kepada warga Pengakap dari seluruh negara yang berdaftar dengan Persekutuan Pengakap Malaysia bagi tahun 2013
2. Terdapat empat (4) kategori yang dipertandingkan iaitu Kategori A - Pemimpin/Pengakap Kelana, Kategori B - Pengakap Remaja, Kategori C - Pengakap Muda dan Kategori D - Pengakap Kanak-Kanak
3. Poster yang dihasilkan hendaklah bertemakan aspek-aspek keselamatan dalam aktiviti kepengakapan seperti perkhemahan, berenang, ekspedisi, berbasikal, berkayak dan sebagainya.
4. Setiap poster hendaklah turut disertakan dengan ayat tema (caption) yang dapat menyampaikan mesej keselamatan
5. Setiap penyertaan hendaklah dilukis di atas kertas lukisan bersaiz A3 (297 x 420mm)
6. Genre lukisan adalah terbuka sama ada menggunakan pensil warna, krayon atau warna air
7. Semua poster yang dihantar untuk memasuki pertandingan ini adalah hak milik mutlak Jawatankuasa Pengurusan Risiko PPM dan akan digunakan sebagai poster keselamatan untuk mempromosikan elemen pengurusan risiko di kalangan ahli-ahli Pengakap di seluruh negara
8. Setiap peserta hanya boleh menghantar hanya SATU penyertaan sahaja.
9. Peserta Unit Kanak-Kanak, Muda dan Remaja yang menyertai pertandingan ini boleh dipertimbangkan oleh Pemimpin masing-masing untuk dianugerahkan Lencana berkaitan seni lukis yang bersesuaian mengikut skim latihan masing-masing.
10. Semua peserta yang menghantar penyertaan akan diberikan sijil penyertaan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia. Peserta yang menang tempat pertama, kedua dan ketiga akan mendapat sijil khas tambahan.
11. Semua keputusan adalah muktamad. Sebarang bantahan, pertikaian dan surat-menyurat tidak akan dilayan
12. Untuk sebarang pertanyaan berkenaan pertandingan ini, boleh menghubungi Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia di talian 03 – 2078 0836.
13. Semua hasil karya hendaklah dihantar sebelum 30 September 2013 kepada:

Sekretariat Pertandingan Melukis Poster Keselamatan
Peringkat Kebangsaan PPM 2013
d/a Persekutuan Pengakap Malaysia,
Rumah B-P, Jalan Hang Jebat,
50150 Kuala Lumpur

Tiada ulasan: