PENDAFTARAN KEAHLIAN PENGAKAP 2015

Pendaftaran Tahunan Keahlian PPM adalah termaktub dalam Akta Parlimen No.38, Tahun 1968 dengan Pindaan-pindaan No.143, Tahun 1974 dan No.409, Tahun 1989 dan Dasar Peraturan-Peraturan Persekutuan Pengakap Malaysia seperti berikut:


Perkara 44 Seksyen VII
Bancian tahunan dan pendaftaran semula semua kumpulan dan Persekutuan-Persekutuan Tempatan adalah dijalankan pada tiap-tiap tahun.

Perkara 46 Seksyen VII
Penyata banci dan pendaftaran semula yang lengkap bagi semua kumpulan dan Persekutuan-Persekutuan Tempatan mestilah dihantar ke ibu pejabat sebelum 31 Januari tiap-tiap tahun.

Perkara 47 Seksyen VII
Kegagalan menghantar banci dan pendaftaran semula bagaimana dikehendaki dalam Peraturan 46 akan menyebabkan kumpulan-kumpulan yang berkenaan dengan sendirinya dipotong daripada pendaftaran, dan bagi sesuatu Persekutuan Tempatan yang gagal menghantar penyata-penyata bagi kumpulan-kumpulannya, Persekutuan Tempatan itu akan dengan sendirinya dipotong daripada pendaftaran. Dalam semua perkara di atas, semua Tauliah, Sijil dan Surat Perlantikan,Lencana-lencana, wang dan harta hendaklah dengan tiada berlengah lagi diserahkan kepada Pesuruhjaya Daerah dan Pegawai-pegawai Majlis Pengakap Negeri dan pegawai-pegawai Persekutuan Tempatan, dan kepada Pesuruhjaya Negeri dan pegawai-pegawai Majlis Pengakap Negeri kiranya Persekutuan-Persekutuan Tempatan yang dimansuhkan. Mulai daripada 1 Mac pada tiap-tiap tahun semua kumpulan yang telah dipotong pendaftaran dan semua ahli dalam kumpulan-kumpulan itu tidak lagi menjadi ahli Persekutuan, dan tindakan akan diambil mengikut perbekalan-perbekalan yang tersebut dalam Akta (Perbadanan) Persekutuan Pengakap Malaysia 1968 bekenaan perkara-perkara mengenai mereka dan tidak menjadi ahli Persekutuan.

Kadar bayaran pendaftaran kumpulan dan yuran keahlian pengakap bagi tahun 2015 yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia adalah seperti berikut:
a.      Kumpulan: RM 10.00
b.      Ahli Pengakap Kanak-kanak, Muda dan Remaja: RM   3.00
c.      Ahli Pengakap Kelana : RM   5.00
d.      Pemimpin, Penolong Pemimpin dan Ahli Biasa: RM   5.00         

Sehubungan dengan itu, bagi memastikan proses pembaharuan pendaftaran kumpulan dan yuran keahlian tahun 2015 berjalan lancar, pihak tuan diminta menggunakan Borang PPM 1(A) dan  PPM 1(B) dalam format excel yang boleh didapati:
i. Muat turun di link berikut : https://www.dropbox.com/s/uc16r6kmezcgks0/Borang%20PPM%201A%20dan%20PPM%201B%202015.xls?dl=0

ii. 
atau SMS "Borang PPM1A/1B" dan "alamat email pemimpin" ke 019-2585759.

Seterusnya, pemimpin kumpulan hendaklah mengikut langkah-langkah berikut :-
i.      Pembaharuan pendaftaran keahlian  pemimpin, ahli pengakap dan ahli biasa kumpulan hendaklah dibuat menggunakan 'sheet' Borang PPM 1(A). Sila tambah baris sekiranya baris yang disediakan tidak mencukupi.

ii.     Pindahkan perangkaan keahlian ke borang kawalan ‘sheet’ Borang PPM 1(B).

iii.    Cetak dan hantarkan  2 salinan Borang PPM1(A) dan 2 salinan Borang PPM1(B).  Borang yang telah dicetak dan disahkan oleh kuasa penganjur boleh dihantar  pada 21 Januari 2015 (Rabu – Jam 2.45 petang) semasa Mesyuarat Majlis Pengurusan PPM Daerah Sungai Besar Kali Pertama Tahun 2015.

iv. Soft Copy Borang PPM 1(A) dan Borang PPM 1(B) hendaklah dihantar ke alamat email ppmsungaibesar@gmail.com

v.   
Bayaran pendaftaran hendaklah dimasukkan terus ke akaun Majlis Pengakap Negeri Selangor - Maybank : 014020416589.  Sila sertakan salinan slip bank sebagai tanda bayaran untuk rujukan.

vii.     PPM daerah akan mengeluarkan resit penerimaan pembayaran kepada kumpulan yang telah menjelaskan yuran pendaftaran keahlian 2015.

viii.    Pegawai yang boleh dihubungi bagi urusan pendaftaran keahlian PPM 2015:
- En. Jamali b. Jaruti 013-3986317 (Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sungai Besar)
- En. Mohd Hussairy b. Sidek 019-2585759 (ADC Perhubungan)

Tiada ulasan: