Selasa, 24 Mac 2015

MAJLIS HI TEA PENGAKAP KELANA DAERAH

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Kepada :
 
Pesuruhjaya Daerah,
Semua Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah,
Semua Pemimpin Kumpulan Pengakap Sekolah.
 
Tuan/Puan,
 
JEMPUTAN KE MAJLIS HI TEA PENGAKAP KELANA DAERAH BERSEMPENA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-2 SEKRETARIAT PENGAKAP KELANA DAERAH (SPKD) PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA (PPM) DAERAH SUNGAI BESAR
 
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara diatas.
 
2.        Adalah dengan hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa, Sekretariat Pengakap Kelana Daerah dengan kerjasama PPM Daerah Sungai Besar akan menjalankan Majlis Hi Tea Pengakap Kelana Daerah dan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-2 Sekretariat Pengakap Kelana Daerah (SPKD) Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Sungai Besar pada ketetapan yang berikut :
 
Tarikh            : 12 April 2015 (Ahad)
Masa              : 2.00 Petang – 4.00 Petang
Tempat          : Bilik Persidangan
                         Tingkat 1, Blok Pusat Persediaan Universiti (PPU)
                         SMK Sungai Besar, 45300 Sungai Besar, Selangor.
Pakaian         : Uniform Pengakap
 
3.         Untuk makluman pihak Tuan/Puan, Majlis Hi Tea Pengakap Kelana Daerah ini akan dihadiri oleh pemimpin-pemimpin kumpulan dan semua ahli pengakap kelana sekolah/terbuka yang telah berdaftar di bawah Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Sungai Besar  yang mana lain tujuan utamanya adalah berkonsepkan ramah mesra serta mendekatkan ahli bersama pemimpin kumpulan. Dalam pada masa yang sama juga, SPKD akan menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-2 bagi melantik ahli jawatankuasa yang baru bagi sesi 2015/2016 untuk menerajui kepimpinan SPKD PPM Sungai Besar.
 
 
4.     Oleh yang demikian, dijemput Pesuruhjaya Daerah, semua Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah dan pemimpin kumpulan untuk hadir dalam menjayakan program tersebut. Bersama-sama surat ini disertakan Aturcara Program (Lampiran I) untuk perhatian pihak Tuan/Puan selanjutnya.       
 
Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak Tuan/Puan, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Sekian, terima kasih.
 
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI KEPENGAKAPAN”
“DARI KELANA UNTUK KELANA”

 
Yang benar,

Mazzaid bin Mazelan | 9W2VZD


Lampiran 1


Tiada ulasan: