MAJLIS IFTAR MAJLIS PENGAKAP NEGERI SELANGOR DAN MESYUARAT PESURUHJAYA PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI SELANGOR.

Assalamualaikum Wrt. Wbt.
Salam Perpaduan..
Salam Pengakap..

PPM Negeri Selangor dengan sukacintanya menjemput tuan/puan ASC, DC, ADC Latihan dan ADC Program setiap daerah untuk hadir ke program Majlis Iftar Majlis Pengakap Negeri Selangor dan Mesyuarat Pesuruhjaya PPM Negeri Selangor pada ketetapan berikut:

Tarikh:
17 Jun 2017

Hari;
Sabtu

Tempat:
Hotel APPS Kuala Selangor

Agenda:
3.00 ptg: Mesyuarat Pesuruhjaya, Latihan dan Program Negeri Selangor
6.00 ptg: Majlis Iftar

Tuan/Puan adalah dijemput hadir. Sila rujuk surat jemputan program.

Sekian.

73 de ADC (Pentadbiran & ICT)

PPM Daerah Sungai Besar


KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT 1 (UNIT KELANA)

Assalamualaikum Wrt. Wbt...
Salam Perpaduan...
Salam Sehati Sejiwa...
Salam Pengakap...

Sukacita dimaklumkan bahawa PPM Daerah Sungai Besar dengan kerjasama Pasukan Latihan Negeri Selangor akan menganjurkan KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT 1 (UNIT KELANA) pada ketetapan yang berikut:

Tarikh:
12 - 14 Mei 2017 

Hari:
Jumaat, Sabtu & Ahad

Tempat: 
Kolej Tingkatan Enam Tunku Abdul Rahman Putra (KiSTARP), Sabak Bernam

Kumpulan Sasaran:
Pemimpin-Pemimpin Pengakap & Ahli Pengakap Kelana

Bayaran Penyertaan:
RM50.00 )

Tuan/Puan yang berminat boleh menghubungi Ketua Kursus, Encik Mohd Hussairy Bin Sidek di talian 019-2585759.

Sekian.

73 de ADC (Pentadbiran & ICT)
PPM Daerah Sungai Besar

JAMBOREE DI UDARA (JOTA) PENGAKAP PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-6 2017

Assalamualaikum Wrt... Wbt...
Salam Perpaduan...
Salam Sehati Sejiwa...
Salam Pengakap...


Logo Rasmi 9M4CSB - Stesen Induk Negeri Selangor

Sukacita dimaklumkan bahawa PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA (PPM) DAERAH SUNGAI BESAR dengan kerjasama PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SUNGAI BESAR, PPM NEGERI SELANGOR & PEJABAT AHLI PARLIMEN SUNGAI BESAR akan menganjurkan JAMBOREE DI UDARA (JOTA) PENGAKAP PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-6 STESEN INDUK NEGERI SELANGOR pada ketetapan yang berikut:

Tarikh:
20 Mei 2017 

Hari:
Sabtu

Masa: 
8.00 pg - 5.00 ptg

Tempat: 
SMK Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan.

Yuran: 
RM10.00 (Sijil, Lencana & Pengurusan)

Kumpulan Sasaran:
Pemimpin-Pemimpin Pengakap & Ahli Pengakap 

Tuan/Puan yang berminat boleh menghubungi Pengurus Stesen JOTA 9M4CSB, Encik Mazzaid bin Mazelan di talian 013-2371955.

73 de ADC (Pentadbiran & ICT)
PPM Daerah Sungai Besar

BASIC AMATEUR'S RADIO COURSE FOR SCOUTS (BARACS)

Assalamualaikum Wrt. Wbt...
Salam Perpaduan...
Salam Sehati Sejiwa...
Salam Pengakap...

Sukacita dimaklumkan bahawa PPM NEGERI SELANGOR dengan kerjasama MALAYSIA AMATEUR'S RADIO TRANSMIT SOCIETY (MARTS) akan menganjurkan BASIC AMATEUR'S RADIO COURSE FOR SCOUTS (BARACS) pada ketetapan yang berikut:

Tarikh:
12 - 14 Mei 2017 

Hari:
Jumaat, Sabtu & Ahad

Tempat: 
Mutiara Semenyih Traning Village & Eco Resort, Semenyih, Selangor (MSTVER)

Kumpulan Sasaran:
Pemimpin-Pemimpin Pengakap & Ahli Pengakap Kelana

Bayaran Penyertaan:
RM70.00 (Makan minum & penginapan)

Tarikh Tutup Penyertaan:

25 April 2017


Tuan/Puan yang berminat boleh menghubungi Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sungai Besar, Encik Jamali bin Jaruti.

Sekian.

73 de ADC (Pentadbiran & ICT)
PPM Daerah Sungai Besar

BENGKEL "SCOUT OF THE WORLD AWARD DISCOVERY (SWA)"

Assalamualaikum Wrt. Wbt dan Salam Sejahtera.

PPM Negeri Selangor akan menganjurkan program "Scout Of The World Award Discovery (SWA)" pada ketetapan yang berikut:

Tarikh:
5 hingga 7 Mei 2017

Tempat:
Dewan Orang Ramai, Taman Malawati Jaya, Kuala Selangor, Selangor

Sumbangan Penyertaan:
RM 130.00 (Kit, Makan, Sijil & Pengurusan)

Sasaran Penyertaan:
Ahli-Ahli Pengakap Berumur 16 - 24 Tahun. Terhad 100 orang.

Tarikh Tutup Penyertaan:
28 April 2017

Jika berminat untuk sertai, sila hubungi Pesuruhjaya Daerah, ADC Remaja & ADC Kelana PPM Daerah Sungai Besar.

Berikut disertakan Surat Pelepasan JPN.

Sekian.

Mazzaid M.
ADC Pentadbiran & ICT
PPMD Sungai Besar

KURSUS MANIKAYU PERINGKAT 3 PPM NEGERI SELANGOR 2017

Assalamualaikum Wrt. Wbt. dan Salam Pengakap.

Berikut merupakan makluman awal berkaitan tarikh-tarikh perlaksanaan Kursus Manikayu Peringkat 3 bagi Unit Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda dan Pengakap Kelana yang akan dianjurkan oleh PPM Negeri Selangor;

Unit PM & PK:
KMK P3 (1) - 11 hingga 13 Ogos 2017
KMK P3 (2) - 22 hingga 25 September 2017

Unit PKK:
KMK P3 (1) - 11 hingga 13 Ogos 2017
KMK P3 (2) - 23 hingga 25 September 2017

Tempat:
MUTIARA SEMENYIH TRANING VILLAGE & ECO RESORT (MSTVER)

Pemimpin yang telah memiliki sijil KMK Peringkat 1 dalam unit-unit PKK, PM & PK digalakkan HADIR dan sila ambil maklum berkenaan tarikh berkenaan.

Sekian.

Mazzaid M.
ADC Pentadbiran & ICT
PPM Daerah Sungai Besar

STATISTIK KESELURUHAN PENDAFTARAN KEAHLIAN PPM DAERAH SUNGAI BESAR 2017

Assalamualaikum Wrt. Wbt dan Salam Sejahtera.

Berikut dikemukakan Statistik Keseluruhan Pendaftaran Keahlian PPM Daerah Sungai Besar bagi Tahun 2017:

Untuk mengetahuhui maklumat penuh Keseluruhan Pendaftaran Keahlian PPM 
Daerah Sungai Besar bagi Tahun 2017, sila rujuk LAPORAN RASMI ini.

Sekian.

73 de ADC (Pentadbiran & ICT)
PPMD Sungai Besar

SIARAN DAN JEMPUTAN KURSUS MANIKAYU PERINGKAT 1 PPM NEGERI SELANGOR 2017

Assalamualaikum Wrt. Wbt dan Salam Pengakap.

PPM Negeri Selangor berbesar hati menjemput tuan/puan untuk menyertai Kursus Manikayu Peringkat 1 mengikut unit (PKK, PM & PK) yang akan diadakan pada 7 - 9 April 2017. Berikut merupakan beberapa lokasi yang telah dimuktamadkan untuk pelaksanaan kursus berkenaan:
  1. Mutiara Semenyih Traning Village & Eco Resort, Semenyih
  2. Sekolah Sri Kuala Lumpur
  3. SMK Sultan Abdul Aziz, Kuala Selangor
  4. SMK Seri Kundang, Gombak
Sila rujuk Surat Pelepasan Bertugas dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor untuk menghadiri kursus sekiranya pihak tuan/puan ingin mengikuti kursus berkenaan.

Sekian.

73 de ADC Pentadbiran & ICT
PPMD Sungai Besar

SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA PENERIMA ANUGERAH MANIKAYU (PENGAKAP MUDA)

Assalamualaikum Wrt. Wbt dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah.. Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah perkenanNya PPMD Sungai Besar telah berjaya melahirkan lagi 4 orang pemimpin yang berkelayakan untuk menerima Anugerah Manikayu bagi Unit Pengakap Muda.

Dalam kesempatan Majlis Perasmian Penutup Perkhemahan Ujian Pentarafan Pengakap Raja Negeri Selangor pada 20 Mac 2017 yang lalu telah menyaksikan 2 orang pemimpin dari PPMD Sungai Besar tampil ke pentas bagi menerima Anugerah Manikayu berkenaan yang telah disampaikan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor, Tuan Haji Ishak Bin Mohd Jonid.

Penerima Pertama: Encik Mohammad Hafizzudin Bin Misry,
Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah (Pembangunan Pengakap)
Penerima Kedua: Encik Mazzaid Bin Mazelan,
Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah (Pentadbiran & ICT)

2 orang lagi pemimpin PPMD Sungai Besar yang tidak dapat hadir ke majlis penganugerahan ini turut menerima Anugerah Manikayu bagi Unit Pengakap Muda. Beliau ialah;
  1. Puan Ruzaimah Binti Sadikin, SMK Sungai Besar
  2. Encik Norman Zaidi Bin Jalin, Peket 20, Sungai Besar

Dikesempatan masa yang ada selepas majlis penyampaian Anugerah Manikayu, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sungai Besar, Tuan Jamali Bin Jaruti merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kepada semua penerima Anugerah Manikayu pada tahun ini. Dengan harapan ianya akan dijadikan pembakar semangat kepada pemimpin-pemimpin lain untuk turut melayakkan diri memlilik anugerah kepimpinan berkenaan. Bagi pihak PPMD Sungai Besar sekali merakamkan ucapan SYABAS & TAHNIAH.

Bergambar kenangan bersama Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sungai Besar,
Encik Jamali Bin Jaruti


Sekian.

73 de ADC Pentadbiran & ICT
PPMD Sungai Besar

PENARAF BERTUGAS UJIAN PENTARAFAN PENGAKAP RAJA NEGERI SELANGOR 2017

Assalamualaikum Wrt. Wbt. dan Salam Pengakap.

Daripada 10 orang penaraf PPM Daerah Sungai Besar, Alhamdulillah.. 3 orang penaraf dapat bertugas sempena Perkhemahan Ujian Pentarafan Pengakap Raja Negeri Selangor 2017 yang telag diadakan pada 17 hingga 20 Mac 2017 yang lalu bertempat di Mutiara Semenyih Traning Village & Eco Resort, Semenyih.

Antara penaraf yang bertugas dari PPMD Sungai Besar ialah:
  1. Encik Jamali Bin Jaruti, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sungai Besar
  2. Encik Mazzaid Bin Mazelan, Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah (Pentadbiran & ICT)
  3. Encik Mohammad Hafizzudin Bin Misry, Penolong Pesuruhjaya Pengakap (Pembangunan Pengakap)

Ujian Menghidupkan Api dan Ujian Masakan Rimba

Ujian Kawad Tongkat


Sesi taklimat ringkas dijalankan kepada semua penaraf setiap kali sebelum memulakan ujian.


Ujian Simpulan & Ikatan


Ujian Bushmentong

Syabas dan tahniah kepada semua penaraf yang sanggup bertugas dalam melestarikan kepengakapan Negeri Selangor khususnya. 

Sekian.

73 de ADC Pentadbiran & ICT
PPMD Sungai Besar

HAIQAL.. CALON TUNGGAL PENGAKAP RAJA 2017 PPMD SUNGAI BESAR

Assalamualaikum Wrt. Wbt dan Salam Pengakap.

Pada 17 hingga 20 Mac 2017 yang lalu bertempat di Mutiara Semenyih Traning Village & Eco Resort, Semenyih telah menyaksikan seorang wakil tunggal Calon Pengakap Raja dari PPMD Sungai Besar iaitu Saudara Muhamad Haiqal Aiman Bin Ramli. Beliau merupakan seorang pelajar dari SMK Sungai Besar dan juga merupakan anak sulong kepada Encik Ramli Bin Bayok, Penolong Pesuruhjaya Pengakap (Perhubungan) Daerah Sungai Besar.

Mesra dengan lebih dikenali dengan pangilan Haiqal, beliau telah dilatih oleh Pemimpin SMK Sungai Besar iaitu Encik Khairul Azman bin Abdul Hamid yang juga merupakan Penolong Pesuruhjaya Pengakap (Latihan dan Sumber Dewasa) Daerah Sungai Besar.

Haiqal merupakan salah seorang Calon Pengakap Raja yang LULUS Ujian Sikap Pengakap Raja Negeri Selangor daripada 283 orang calon. Berikut merupakan keputusan rasmi Calon Pengakap Raja yang LULUS dan layak untuk hadir ke Ujian Penarafan Pengakap Raja Negeri Selangor 2017.


Haiqal berjaya dalam Ujian Bushmentong dengan kepantasan masa bawa 15 minit seperti yang telah ditetapkan oleh pihak Pentarafan Pengakap Raja Negeri Selangor.


Haiqal bergambar kenangan dengan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sungai Besar, Encik Jamali Bin Jaruti selepas majlis perasmian penutup Ujian Penarafan Pengakap Raja Negeri Selangor 2017.

Syabas & Tahniah. Semoga PPMD Sungai Besar dapat melahirkan seberapa banyak lagi Calon-calon Pengakap Raja.

73 de ADC Pentadbiran & ICT
PPMD Sungai Besar

PENDAFTARAN KEAHLIAN TAHUNAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA (PPM) TAHUN 2017

Untuk makluman pihak tuan, pendaftaran keahlian tahunan PPM adalah termaktub dalam Akta Parlimen No.38, Tahun 1968 dengan Pindaan-pindaan No.143, Tahun 1974 dan No.409, Tahun 1989 dan Dasar Peraturan-Peraturan Persekutuan Pengakap Malaysia seperti berikut:

Perkara 44 Seksyen VII
Bancian tahunan dan pendaftaran semula semua kumpulan dan Persekutuan-Persekutuan Tempatan adalah dijalankan pada tiap-tiap tahun.

Perkara 46 Seksyen VII
Penyata banci dan pendaftaran semula yang lengkap bagi semua kumpulan dan Persekutuan-Persekutuan Tempatan mestilah dihantar ke ibu pejabat sebelum 31 Januari tiap-tiap tahun.

Perkara 47 Seksyen VII
Kegagalan menghantar banci dan pendaftaran semula bagaimana dikehendaki dalam Peraturan 46 akan menyebabkan kumpulan-kumpulan yang berkenaan dengan sendirinya dipotong daripada pendaftaran, dan bagi sesuatu Persekutuan Tempatan yang gagal menghantar penyata-penyata bagi kumpulan-kumpulannya, Persekutuan Tempatan itu akan dengan sendirinya dipotong daripada pendaftaran. Dalam semua perkara di atas, semua Tauliah, Sijil dan Surat Perlantikan,Lencana-lencana, wang dan harta hendaklah dengan tiada berlengah lagi diserahkan kepada Pesuruhjaya Daerah dan Pegawai-Pegawai Majlis Pengakap Negeri dan Pegawai-Pegawai Persekutuan Tempatan, dan kepada Pesuruhjaya Negeri dan pegawai-pegawai Majlis Pengakap Negeri kiranya Persekutuan-Persekutuan Tempatan yang dimansuhkan. Mulai daripada 1 Mac pada tiap-tiap tahun semua kumpulan yang telah dipotong pendaftaran dan semua ahli dalam kumpulan-kumpulan itu tidak lagi menjadi ahli Persekutuan, dan tindakan akan diambil mengikut perbekalan-perbekalan yang tersebut dalam Akta (Perbadanan) Persekutuan Pengakap Malaysia 1968 bekenaan perkara-perkara mengenai mereka dan tidak menjadi ahli Persekutuan.

Kadar bayaran pendaftaran kumpulan dan yuran keahlian pengakap bagi tahun 2017 yang telah ditetapkan oleh PPM adalah seperti berikut:

BIL.
PENDAFTARAN KEAHLIAN
YURAN (RM)
1.     
Kumpulan Baharu
RM 10.00
2.     
Ahli Pengakap Kanak-kanak, Muda dan Remaja
RM 3.00
3.     
Ahli Pengakap Kelana
RM 5.00
4.     
Pemimpin, Penolong Pemimpin dan Ahli Biasa
RM 5.00

Sehubungan itu, untuk memastikan proses membaharui pendaftaran kumpulan dan yuran keahlian bagi tahun 2017 berjalan lancar, pihak tuan diminta menggunakan Borang PPM 1(A) dan  PPM 1(B) dalam format excel yang boleh di muat turun di:
  1. Borang PPM 1(A) dan PPM 1(B)
  2. atau SMS “Borang PPM1A/1B” dan “alamat email pemimpin kumpulan” ke 013-2371955.
Seterusnya, pemimpin kumpulan hendaklah mengikut langkah-langkah berikut:
  1. Pembaharuan pendaftaran keahlian  pemimpin, ahli pengakap dan ahli biasa kumpulan hendaklah dibuat menggunakan ‘‘sheet’ Borang PPM 1(A). Sila tambah baris sekiranya baris yang disediakan tidak mencukupi.
  2. Pindahkan perangkaan keahlian ke borang kawalan ‘sheet’ Borang PPM 1(B).
  3. Cetak dua (2) salinan Borang PPM 1(A) dan dua (2) salinan Borang PPM 1(B). Borang yang telah lengkap dan disahkan oleh kuasa penganjur hendaklah di hantar melalui serahan tangan kepada Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sungai Besar sebelum atau pada 31 Januari 2017 (Selasa) jam 5.00 petang.
  4. Softcopy Borang PPM 1(A) dan Borang PPM 1(B) hendaklah dihantar ke alamat email ppmsungaibesar@gmail.com  ATAU burn dalam CD/Save dalam peranti simpanan data dan diserahkan bersama salinan Borang PPM 1(A) dan PPM 1(B) kepada Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sungai Besar.
  5. Bayaran pendaftaran hendaklah dimasukkan terus ke akaun Majlis Pengakap Negeri Selangor - Maybank: 014020416589.  Sila sertakan salinan slip bank sebagai bukti bayaran untuk rujukan.
  6. PPM Daerah Sungai Besar akan mengeluarkan resit penerimaan pembayaran kepada kumpulan yang telah menjelaskan yuran pendaftaran keahlian 2017.
  7. Pegawai-pegawai yang boleh dihubungi bagi urusan pendaftaran keahlian PPM bagi tahun 2017:
BIL.
NAMA PEGAWAI
NO. TELEFON
1.     
Encik Jamali bin Jaruti
Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sungai Besar
013-3986317
2.     
Encik Mazzaid bin Mazelan
Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah
(Pentadbiran dan ICT)
013-2371955
3.     
Encik Mohammad Hafizzudin bin Misry
Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah
Tugas Khas (Pembangunan Pengakap)
012-3699267