Selasa, 28 April 2015

TAHNIAH KEPADA PENERIMA MANIKAYU DUA BUTIR PPMD SUNGAI BESAR

Seramai enam orang  pemimpin dari Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) Daerah Sungai Besar adalah antara 38 orang pemimpin pengakap di negeri Selangor yang dikalungkan dengan Manikayu Dua Butir dalam Majlis Penganugerahan Manikayu Dua Butir PPM Negeri Selangor di Mutiara Semenyih Training Village and Eco Resort, Jalan Sungai Lalang, Semenyih baru-baru ini.

Istiadat pengalungan manikayu dua butir  ini disempurnakan oleh Tuan Haji Ishak bin Mohd Jonid, Pesuruhjaya Latihan Negara merangkap Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor. Penerima Manikayu Dua Butir (Unit Pengakap Remaja) ialah Idi Johan bin Mohd Zohdi, Khairil Haizid bin Kamal, Azura binti Jamaluddin, Suhana binti Shabingin dan Norsaffrina binti Mohd Noh serta Mazzaid bin Mazelan bagi unit Pengakap Kanak-kanak. Penganugerahan Manikayu Dua Butir ini adalah pengiktirafan sebagai pemimpin bertauliah dan juga sebagai satu amanah kepada pemimpin tersebut untuk terus berkhidmat dan berbakti serta memimpin ahli pengakap menjadi seorang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara sebagaimana yang terkandung dalam persetiaan dan unsang-undang Pengakap.

Turut menyaksikan majlis tersebut adalah Tan Sri Dato' Seri Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh, Ketua Pengakap Negara yang kemudiaannya merasmikan Majlis Penutupan Ujian Pentaraf Pengakap Raja PPM Negeri Selangor 2015.


Tiada ulasan: