SAMBUTAN 10 TAHUN KELAB RADIO AMATUR PENGAKAP SUNGAI BESAR (KERAP)

Sempena sambutan 10 Tahun Kelab Radio Amatur Pengakap Sungai Besar, beberapa aktiviti akan dijalankan pada 19 - 20 September 2015. Lokasi program di Balairaya Kampung Tebuk Haji Yusof, Sungai Besar, Selangor.

Antara program yang dirancang seperti berikut:

1. Majlis Hi-Tea Sambutan 10 Tahun Kelab Radio Amatur Pengakap Sungai Besar
    Tarikh : 19 September 2015
    Masa : 9.00 pagi

2. Field Day & DXing (Menghubungi stesen radio amatur di seluruh dunia menggunakan radio HF)
    Tarikh/Masa : 19 September 2015, Jam 9.00 pagi - 20 September 2015, Jam 5.00 petang.

3. Eyeball (Rakan-rakan radio amatur dan individu yang berminat)
    Tarikh : 19 September 2015
    Masa : 9.00 malam

4. Kursus Pengenalan Radio Amatur. (Terbuka kepada masyarakat setempat)
    Tarikh : 19 September 2015
    Masa : 3.00 - 5.00 petang

Sebelum itu, permohonan KERAP untuk mendapatkan special callsign 9M10CSB sempena 10 Tahun Kelab Radio Amatur Pengakap Sungai Besar (KERAP) telah diluluskan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada 28 Julai 2015. Special callsign ini sah digunakan selama 3 bulan bermula 1 Ogos 2015 sehingga 31 Oktober 2015
  

Tiada ulasan: