Isnin, 14 Disember 2015

PENDAFTARAN KEAHLIAN TAHUNAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA (PPM) TAHUN 2016



Pendaftaran keahlian tahunan PPM adalah termaktub dalam Akta Parlimen No.38, Tahun 1968 dengan Pindaan-pindaan No.143, Tahun 1974 dan No.409, Tahun 1989 dan Dasar Peraturan-Peraturan Persekutuan Pengakap Malaysia seperti berikut:

Perkara 44 Seksyen VII

Bancian tahunan dan pendaftaran semula semua kumpulan dan Persekutuan-Persekutuan Tempatan adalah dijalankan pada tiap-tiap tahun.
Perkara 46 Seksyen VII

Penyata banci dan pendaftaran semula yang lengkap bagi semua kumpulan dan Persekutuan-Persekutuan Tempatan mestilah dihantar ke ibu pejabat sebelum 31 Januari tiap-tiap tahun.

Perkara 47 Seksyen VII

Kegagalan menghantar banci dan pendaftaran semula bagaimana dikehendaki dalam Peraturan 46 akan menyebabkan kumpulan-kumpulan yang berkenaan dengan sendirinya dipotong daripada pendaftaran, dan bagi sesuatu Persekutuan Tempatan yang gagal menghantar penyata-penyata bagi kumpulan-kumpulannya, Persekutuan Tempatan itu akan dengan sendirinya dipotong daripada pendaftaran. Dalam semua perkara di atas, semua Tauliah, Sijil dan Surat Perlantikan,Lencana-lencana, wang dan harta hendaklah dengan tiada berlengah lagi diserahkan kepada Pesuruhjaya Daerah dan Pegawai-Pegawai Majlis Pengakap Negeri dan Pegawai-Pegawai Persekutuan Tempatan, dan kepada Pesuruhjaya Negeri dan pegawai-pegawai Majlis Pengakap Negeri kiranya Persekutuan-Persekutuan Tempatan yang dimansuhkan. Mulai daripada 1 Mac pada tiap-tiap tahun semua kumpulan yang telah dipotong pendaftaran dan semua ahli dalam kumpulan-kumpulan itu tidak lagi menjadi ahli Persekutuan, dan tindakan akan diambil mengikut perbekalan-perbekalan yang tersebut dalam Akta (Perbadanan) Persekutuan Pengakap Malaysia 1968 bekenaan perkara-perkara mengenai mereka dan tidak menjadi ahli Persekutuan.

Kadar bayaran pendaftaran kumpulan dan yuran keahlian pengakap bagi tahun 2016 yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) adalah seperti berikut:

BIL.
PENDAFTARAN KEAHLIAN
YURAN (RM)
1.     
Kumpulan
RM 10.00
2.     
Ahli Pengakap Kanak-kanak, Muda dan Remaja
RM 3.00
3.     
Ahli Pengakap Kelana
RM 5.00
4.     
Pemimpin, Penolong Pemimpin dan Ahli Biasa
RM 5.00

Untuk memastikan proses membaharui pendaftaran kumpulan dan yuran keahlian bagi tahun 2015 berjalan lancar, pihak tuan diminta menggunakan Borang PPM 1(A) dan  PPM 1(B) dalam format excel yang boleh di muat turun di:

i.          Borang PPM 1(A) dan PPM 1(B)
               
ii.      Atau SMS/Whatsapp “Borang PPM1A/1B” dan “alamat email pemimpin kumpulan” ke 013-2371955.

Seterusnya, pemimpin kumpulan hendaklah mengikut langkah-langkah berikut:

i.        Pembaharuan pendaftaran keahlian  pemimpin, ahli pengakap dan ahli biasa kumpulan hendaklah dibuat menggunakan ‘‘sheet’ Borang PPM 1(A). Sila tambah baris sekiranya baris yang disediakan tidak mencukupi.

ii.         Pindahkan perangkaan keahlian ke borang kawalan ‘sheet’ Borang PPM 1(B).

iii.       Cetak dua (2) salinan Borang PPM 1(A) dan dua (2) salinan Borang PPM 1(B). Borang yang telah lengkap dan disahkan oleh kuasa penganjur hendaklah di hantar melalui serahan tangan kepada Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sungai Besar sebelum atau pada 29 Januari 2016 (Jumaat) jam 5.00 petang.

iv.      Softcopy Borang PPM 1(A) dan Borang PPM 1(B) hendaklah dihantar ke alamat email ppmsungaibesar@gmail.com  ATAU burn dalam CD/Save dalam peranti simpanan data dan diserahkan bersama salinan Borang PPM 1(A) dan PPM 1(B) kepada Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sungai Besar.

v.        Bayaran pendaftaran hendaklah dimasukkan terus ke akaun Majlis Pengakap Negeri Selangor - Maybank: 014020416589.  Sila sertakan salinan slip bank sebagai bukti bayaran untuk rujukan.

vi.       PPM Daerah Sungai Besar akan mengeluarkan resit penerimaan pembayaran kepada kumpulan yang telah menjelaskan yuran pendaftaran keahlian 2016.

vii.     Pegawai-Pegawai yang boleh dihubungi bagi urusan pendaftaran keahlian PPM bagi tahun 2016:

BIL.
NAMA PEGAWAI
NO. TELEFON
1.     
Encik Jamali Bin Jaruti
Pesuruhjaya Pengakap Daerah
013-3986317
2.     
Encik Mazzaid Bin Mazelan
Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah
(Pentadbiran dan IT)
013-2371955
3.     
Encik Mohammad Hafizzudin Bin Misry
Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah
(Tugas-Tugas Khas 3)
019-3728847

Tiada ulasan: