MESYUARAT PENYELARASAN & PERSEDIAAN JOTA KE-59 & JOTI KE-20 PERINGKAT DUNIA 2016 (9M4CSB)


Assalamualaikum Wrt. Wbt. & Salam Pengakap.

Mengambil kesempatan cuti pada malam awal Muharram tempoh hari pada Ahad, 2 Oktober 2016, Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Sungai Besar mengambil kesempatan mengadakan "eyeball" bagi membincangkan dengan lebih lanjut perjalanan Program Perkhemahan Jamboree On The Air (JOTA) Ke-59 dan Jamboree On The Internet (JOTI) Ke-20 Peringkat Dunia yang akan dilaksanakan serenta di seluruh dunia pada 14-16 Oktober 2016 nanti.

Mempengerusikan mesyuarat pada eyeball ini adalah Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sungai Besar, Tuan Jamali Bin Jaruti (9W2JGB). Turut hadir pada sesi perbincangan ini adalah Penolong-Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah yang terdiri daripada Encik Saifullah (9W2SBK), Encik Hafizzudin (9W2VND) dan Encik Mazzaid (9W2VZD). Tidak lupa juga yang hadir adalah Encik Naqib selaku Pengerusi sekretariat Pengakap Kelana Daerah Sungai Besar, Barisan Kelana Kanan, dan ahli pengakap kelana yang terdiri daripada ahli Sekretariat Pengakap Kelana Daerah Sungai Besar. 

Sesi perbincangan ini diadalakan adalah bertujuan untuk membincangkan dengan lebih lanjut senarai Ahli Jawatankuasa Pelaksana, Tentatif Program dan Implikasi Kewangan bagi penganjuran program. Di samping beberapa perkara berbangkit yang turut dibincangkan untuk persediaan awal program.

Sekian, laporan.

73 de ADC Pentadbiran & IT
PPMD Sungai Besar

Tiada ulasan: