Jumaat, 28 Januari 2011

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU (PENERANGAN)
PPM DAERAH SUNGAI BESAR

BERSAMA PPM DAERAH SABAK BERNAM

Dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) Daerah Sungai Besar dan PPM Daerah Sabak Bernam akan menganjurkan Kursus Kepimpinan Manikayu (Penerangan) kepada para pemimpin pengakap di daerah ini.

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pemimpin pengakap berkenaan pengurusan dan aktiviti pengakap mengikut unit pengakap seperti Unit Pengakap Kanak-Kanak, Unit Pengakap Muda, Unit Pengakap Remaja dan Unit Pengakap Kelana. Kursus ini adalah pra-syarat kepada pemimpin pengakap untuk mengikuti kursus kepimpinan seterusnya (pengkhususan mengikut unit pengakap).

Butiran Kursus Kepimpinan Manikayu (Penerangan) adalah seperti berikut :

Tarikh : 23 FEBUARI 2011

Hari : Rabu

Tempat : Pusat Kegiatan Guru (PKG) Sungai Besar

Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Sumbangan penyertaan : RM 10.00 / seorang

Borang pencalonan penyertaan telah dihantar ke kumpulan/sekolah melalui PPD Sabak Bernam. Sehubungan dengan itu, pemimpin/penolong pemimpin yang berminat menyertai kursus tersebut boleh mendaftar melalui GPK Kokurikulum sekolah masing-masing.

Borang pencalonan hendaklah dikembalikan kepada Pesuruhjaya Daerah sebelum/pada 9 Februari 2011 (Rabu) secara:

a. Serahan tangan kepada :

En. Jamali Jaruti,

Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sungai Besar

D/A SMK Sungai Besar, Selangor

b. Faksimili 03-32244818 (U.P. En Jamali Jaruti)

c. Scan/Imbas borang pencalonan dalam format jpg dan email ke ppmsungaibesar@gmail.com

Pertanyaan/Maklumat lanjut sila berhubung dengan En. Jamali Jaruti, DC PPM Daerah Sungai Besar.

Sekian. Terima kasih

Isnin, 24 Januari 2011

PENDAFTARAN KEAHLIAN PENGAKAP 2011
PPM DAERAH SUNGAI BESAR


Merujuk kepada keputusan Mesyuarat Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Malaysia PPM-2 ( /20) bertarikh 1 April 2010 , semua pembaharuan pendaftaran kumpulan dan yuran keahlian pengakap perlu melalui Persekutuan Pengakap negeri.

Kadar bayaran pendaftaran kumpulan dan yuran keahlian pengakap bagi tahun 2011 yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia adalah seperti berikut:

a. Kumpulan RM 10.00

b. Ahli Pengakap Kanak-kanak, Muda dan Remaja RM 3.00

c. Ahli Pengakap Kelana RM 5.00

d. Pemimpin, Penolong Pemimpin dan Ahli Biasa RM 5.00

Mohon pemimpin kumpulan pengakap sekolah untuk melengkapkan borang-borang pendaftaran tersebut. Setiap kumpulan pengakap mestilah menyediakan perkara berikut :

i. 2 salinan Borang PPM 1(A) – Hard Copy (Disahkan oleh kuasa penganjur kumpulan)

ii. 2 Salinan Borang PPM 1(B) – Hard Copy (Disahkan oleh kuasa penganjur kumpulan)

iii. 1 Salinan Borang PPM 1(A) – Soft Copy format Excel

iv. 1 Salinan Borang PPM 1(B) – Soft Copy format Excel

v. Salinan Slip Bank – Akaun Majlis Pengakap Negeri Selangor (Maybank 014020416589)

Semua perkara di atas hendaklah diserahkan kepada PPM Daerah Sungai Besar ( Penolong Pesuruhjaya Daerah – Pentadbiran & IT) sebelum atau pada 7 Mac 2011. Sehubungan dengan itu, satu kaunter penerimaan pendaftaran keahlian pengakap 2011 akan dibuka pada :

Tarikh : 7 Mac 2011

Hari : Isnin

Masa : 3.00 – 5.30 petang

Tempat : Pusat Kegiatan Guru (PKG) Sungai Besar.

Sebarang pertanyaan berkenaan pendaftaran keahlian 2011 boleh berhubung terus dengan En. Jamali Jaruti, Pesuruhjaya Pengakap Daerah (013-3986317) atau En. Azmiudin Md. Nordin, Penolong Pesuruhjaya Daerah – Pentadbiran & IT (012-2384572).

Rabu, 19 Januari 2011

MESYUARAT MAJLIS PENGURUSAN DAN MAJLIS PEMIMPIN
PPM DAERAH SUNGAI BESAR KALI PERTAMA 2011



19 Januari 2011 (Rabu): Mesyuarat Pemimpin Pengakap Daerah Sungai Besar, Selangor telah diadakan di PKG Sungai Besar. Kehadiran pemimpin-pemimpin pengakap yang bernaung di bawah pengakap Sungai Besar amat menggalakkan. Mesyuarat ini berlangsung dari pukul 2.30 petang hingga 5.00 petang.

Pelbagai perkara telah diincangkan. Antaranya ialah proses pendaftaran, program latihan dan sebagainya.

Dipetik daripada Blog Cikgu Zainon, Pemimpin Kumpulan SK Seri Makmur
http://www.zainonabidin.blogspot.com/

Sabtu, 15 Januari 2011

MESYUARAT MAJLIS PENGURUSAN & PEMIMPIN
PPM DAERAH SUNGAI BESAR KALI PERTAMA 2011


Tarikh : 19 Januari 2010
Masa : 2.45 petang
Tempat : Pusat Kegiatan Guru (PKG) Sungai Besar
Kehadiran : Majlis Pengurusan ( DC/ADC/Ketua Unit)
Majlis Pemimpin (Semua Pemimpin Kumpulan Pengakap)
Agenda :
- Memperbaharui Persetiaan Pengakap
- Bacaan Doa
- Laporan 2010- ADC/Ketua Unit/Pemimpin Kumpulan
- Pendaftaran Keahlian 2011
- Perancangan Aktiviti 2011
- Jamuan ringan
- Bersurai
Stesen 9M4SJB dalam Akhbar Sinar

Aktiviti : JOTA Pengakap Dunia Ke-53, 2010
QTH : SMK Dato Mustaffa, Pasir Panjang, Sekinchan, Selangor


Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan
JOTA Pengakap Dunia Ke-53, 2010.
Jumpa lagi JOTA yang akan datang. 73