Khamis, 3 November 2016

ALHAMDULILLAH... JOTA KE-59 & JOTI KE-20 2016 TERLAKSANA DENGAN JAYANYA... SYABAS!!!

Assalamualaikum Wrt. Wbt. dan Salam Pengakap!.

Alhamdulillah. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas segala kerjasama dan komitmen semua pihak, terutama sekali Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sungai Besar, Penolong-Penolong Pesuruhjaya Daerah, Pemimpin-Pemimpin Kumpulan Sekolah PPM Daerah Sungai Besar dan Sabak Bernam serta AJK Pelaksana yang telah bertungkus lumus menjayakan Perkhemahan Jamboree On The Air (JOTA) Ke-59 & Jamboree On The Internet (JOTI) Ke-20.

Program yang telah dijalankan dijalankan pada 14 - 16 Oktober 2016 bertempat di SMK Sungai Besar, Selangor ini telah mendapat penyertaan kehadiran seramai 212 orang ahli pengakap dari pelbagai peringkat dan kumpulan. Berikut merupakan statistik penyertaan kehadiran secara keseluruhan:

BIL.
NAMA SEKOLAH/
KUMPULAN
PEMIMPIN
PENGAKAP
AHLI
PENGAKAP
JUMLAH
1.      
SK Parit 4
1
2
3
2.      
SK Sungai Limau
9
10
19
3.      
SK Seri Bahagia
-
11
11
4.      
SK Tebok Jawa
1
8
9
5.      
SK Khir Johari
5
8
13
6.      
SK Bagan Terap
-
2
2
7.      
SK Sungai Haji Dorani
1
2
3
8.      
SMK Sungai Besar
3
16
19
9.      
SMKA Tun Rahah
-
12
12
10.   
SMK Ungku Aziz
-
8
8
11.   
Kolej Tingkatan Enam
Tunku Abdul Rahman Putra
-
65
65
12.   
Ahli Jawatankuasa Program
28
20
48
Jumlah Keseluruhan
212

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada YB Tuan Budiman bin Mohd Zohdi, Ahli Parlimen Sungai Besar. Turut hadir mengiringi beliau dalam majlis perasmian yang telah diadakan sekitar jam 10.30 pagi, pada hari Sabtu ialah Tuan Jamali Bin Jaruti, Pesuruhjaya Pengakap daerah Sungai Besar. Wakil daripada Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum SMK Sungai Besar juga turut hadir dalam majlis perasmian ini.





Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang perkhemahan ini. Antaranya adalah;

1) Taklimat JOTA-JOTI

  • Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Hussairy (9W2VVH). Beliau telah memberikan penerangan secara menyeluruh tentang JOTA-JOTI.




2) Semaphore
  • Aktiviti ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Cik Nazurah bersama-sama ahli Sekretariat Pengakap Kelana Daerah (SPKD) Sungai Besar.
  • Aktiviti ini dilakukan untuk mengirim berita menggunakan isyarat bendera semaphore dengan kiraan seminima 25 perkataan seminit.




3) Pameran Radio Amatur & Mini Kuiz RAE
  • Peserta mendapatkan pelbagai info berkaitan Radio Amatur dalam pameran yang dijalankan. Sejurus selepas itu, para peserta diminta untuk menjawab mini kuiz Radio Amateur Examination (RAE) berdasarkan info yang diperolehi. Peserta yang menjawab dengan tepat akan memperolehi hadiah.




4) Morse Code
  • Aktiviti Morse Cord (CW) adalah sebahagian aktiviti yang turut dilaksanakan. Operator stesen yang bertugas bagi aktiviti ini adalah Encik Mohammad Nasruddin (9M2NAS) dan dibantu oleh Encik Mazzaid (9W2VZD). Aktiviti ini melibatkan kemahiran untuk mengirim berita menggunakan Morse Kod berbentuk bunyi dengan kelajuan 15 perkataan seminit.





5) Komunikasi Radio Amatur (HF/VHF/SIMPLEX)
  • Para peserta tidak ketinggalan mencuba peralatan Radio Amatur (HF) untuk berkomunikasi dengan stesen JOTA  Malaysia mahupun luar Negara. Operator bertugas dalam aktiviti pangkalan ini adalah Encik Hussairy (9W2VVH), Encik Najib (9W2VNN). Puan Azura (9W2VVQ) dan Puan Azaliati (9W2WZQ) juga turut membantu para peserta dalam komunikasi radio di pangkalan ini.




  • Pendedahan awal untuk para peserta mencuma komunikasi Radio Amatur (VHF Repeater) dan komunikasi Radio Amatur (VHF Simplex). Melalui perhubungan komunikasi ini, para peserta dapat mencuba untuk berbual dengan mana-mana stesen individu dalam Malaysia melalui Repeater. Selain itu, para peserta juga dapat berkomunikasi antara peserta lain dalam stesen ini melalui komunikasi simplex.




6) Kerohanian
  • Aktiviti kerohanian yang meliputi solat magrib dan isyak berjemaah, bacaan yasin serta tazkirah yang telah disampaikan oleh Ustaz Bohari Khalid, Guru Tahfiz Kodriah Parit Changkat, Sungai Besar.


7) Malam Kebudayaan
  • Malam kebudayaan diadakan sebagai aktiviti sampingan kepada semua peserta mahupun AJK yang bertugas.


Sesi bergambar bersama Tuan Budiman bin Mohd Zohdi, 
Ahli Parlimen Sungai Besar



SEKIAN... JUMPA LAGI TAHUN HADAPAN...

78 & 88

Laporan disediakan oleh:

Mazzaid M. | 9W2VZD
Station Manager 9M4CSB 
Merangkap ADC Pentadbiran dan ICT
Persekutuan Pengakap Malaysia 
Daerah Sungai Besar