PENDAFTARAN KEAHLIAN TAHUNAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA (PPM) DAERAH SUNGAI BESAR TAHUN 2024


















Assalamualaikum Wrt. Wbt. dan Pengakap.

Tuan/Puan,

PENDAFTARAN KEAHLIAN TAHUNAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA (PPM) DAERAH SUNGAI BESAR TAHUN 2024

Kadar bayaran pendaftaran kumpulan dan yuran keahlian pengakap bagi tahun 2024 yang telah ditetapkan oleh PPM adalah seperti berikut:

1) Kumpulan Baharu (RM50.00)
2) Pengakap Lebah (Prasekolah), PKK, PM, PR (RM7.00)
3) Pengakap Kelana, Pemimpin, Pen. Pemimpin (RM10.00)
4) DC, ADC, Ahli Biasa (RM10.00)

Bagi memastikan proses membaharui pendaftaran kumpulan dan yuran keahlian bagi tahun 2024 berjalan lancar, Tuan/Puan diminta menggunakan borang-borang yang terkini bagi tahun 2024. Borang-borang boleh dimuat turun (download) melalui link url seperti berikut:

1) Borang PPM 1(A) dan 1(B): https://bit.ly/Borang_1A1B_2024
2) Borang Pendaftaran Ahli Pengakap: https://bit.ly/3yEUfBR
3) Borang Pendaftaran Ahli Dewasa: https://bit.ly/4e2UeYw

Seterusnya, Tuan/Puan hendaklah mengikuti proses pendaftaran keahlian PPM. Sila ikuti proses tersebut disini: https://bit.ly/4597cQI

Tarikh tutup pendaftaran keahlian tahunan PPM tahun 2024 bagi PPM Daerah Sungai Besar adalah ditetapkan sebelum atau pada 26 Jun 2024 (Jumaat) jam 5.00 petang. Urusan pendaftaran keahlian selepas tempoh berkenaan, tidak akan dilayan.

Perhatian dan kerjasama Tuan/Puan berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI KEPENGAKAPAN”

Saya yang menjalankan tugas,

MAZZAID BIN MAZELAN K.B;P.A
ADC (Pendaftaran & Tauliah)
PPM Daerah Sungai Besar
Tarikh: 29 Mei 2024