![]() |
Ujian Sikap Pengakap Remaja kepada Calon-Calon Pengakap Raja PPM Daerah Sungai Besar & Sabak Bernam pada 2-4 Mac 2018 bertempat di Kem Sri Lang, SBPI Sabak Bernam
|
UJIAN SIKAP PENGAKAP REMAJA DAERAH SABAK BERNAM
TAHNIAH & SYABAS KEPADA TN. MOHD HUSSAIRY SIDEK
TAKLIMAT PENDAFTARAN KEAHLIAN TAHUNAN PPM DAN TAKLIMAT MODUL PELAKSANAAN SKIM LENCANA PKK, PM, PR DAERAH SABAK BERNAM TAKLIMAT PENDAFTARAN KEAHLIAN TAHUNAN PPM DAN TAKLIMAT MODUL PELAKSANAAN SKIM LENCANA PKK, PM, PR DAERAH SABAK BERNAM
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PPM DAERAH SUNGAI BESAR 2018-2019
PENDAFTARAN KEAHLIAN TAHUNAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA (PPM) TAHUN 2018
Pendaftaran keahlian tahunan PPM adalah termaktub dalam Akta Parlimen
No.38, Tahun 1968 dengan Pindaan-pindaan No.143, Tahun 1974 dan No.409, Tahun
1989 dan Dasar Peraturan-Peraturan Persekutuan Pengakap Malaysia seperti
berikut:
Perkara 44 Seksyen VII
Bancian tahunan dan pendaftaran semula semua kumpulan dan
Persekutuan-Persekutuan Tempatan adalah dijalankan pada tiap-tiap tahun.
Perkara 46 Seksyen VII
Penyata banci dan pendaftaran semula yang lengkap bagi semua kumpulan dan
Persekutuan-Persekutuan Tempatan mestilah dihantar ke ibu pejabat sebelum 31
Januari tiap-tiap tahun.
Perkara 47 Seksyen VII
Kegagalan menghantar banci dan pendaftaran semula bagaimana dikehendaki
dalam Peraturan 46 akan menyebabkan kumpulan-kumpulan yang berkenaan dengan
sendirinya dipotong daripada pendaftaran, dan bagi sesuatu Persekutuan Tempatan
yang gagal menghantar penyata-penyata bagi kumpulan-kumpulannya, Persekutuan
Tempatan itu akan dengan sendirinya dipotong daripada pendaftaran. Dalam semua
perkara di atas, semua Tauliah, Sijil dan Surat Perlantikan,Lencana-lencana,
wang dan harta hendaklah dengan tiada berlengah lagi diserahkan kepada
Pesuruhjaya Daerah dan Pegawai-Pegawai Majlis Pengakap Negeri dan
Pegawai-Pegawai Persekutuan Tempatan, dan kepada Pesuruhjaya Negeri dan
pegawai-pegawai Majlis Pengakap Negeri kiranya Persekutuan-Persekutuan Tempatan
yang dimansuhkan. Mulai daripada 1 Mac pada tiap-tiap tahun semua kumpulan yang
telah dipotong pendaftaran dan semua ahli dalam kumpulan-kumpulan itu tidak
lagi menjadi ahli Persekutuan, dan tindakan akan diambil mengikut
perbekalan-perbekalan yang tersebut dalam Akta (Perbadanan) Persekutuan
Pengakap Malaysia 1968 bekenaan perkara-perkara mengenai mereka dan tidak
menjadi ahli Persekutuan.
Kadar bayaran pendaftaran
kumpulan dan yuran keahlian pengakap yang baharu bagi tahun 2018 yang telah
ditetapkan oleh PPM adalah seperti berikut:
BIL.
|
PENDAFTARAN KEAHLIAN
|
YURAN (RM)
|
1.
|
Kumpulan Baharu
|
RM 10.00
|
2.
|
Pengakap Kanak-kanak / Muda / Remaja
|
RM 7.00
|
3.
|
Pengakap Kelana / Pemimpin, Pen. Pemimpin
|
RM 10.00
|
4.
|
Pesuruhjaya / Pen. Pesuruhjaya / Ahli Biasa
|
RM 10.00
|
Sehubungan itu, untuk memastikan proses
membaharui pendaftaran kumpulan dan yuran keahlian bagi tahun 2018 berjalan
lancar, pihak tuan diminta menggunakan Borang PPM 1(A) dan PPM 1(B) dalam format excel yang boleh di muat turun di:
- Blog rasmi PPM Sungai Besar http://ppmsungaibesar.blogspot.com
- atau SMS “Borang PPM1A/1B” dan “alamat email pemimpin kumpulan” ke 013-2371955.
Seterusnya, pemimpin
kumpulan hendaklah mengikut langkah-langkah berikut:
- Pembaharuan pendaftaran keahlian pemimpin, ahli pengakap dan ahli biasa kumpulan hendaklah dibuat menggunakan ‘‘sheet’ Borang PPM 1(A). Sila tambah baris sekiranya baris yang disediakan tidak mencukupi. Pindahkan perangkaan keahlian ke borang kawalan ‘sheet’ Borang PPM 1(B).
- Softcopy Borang PPM 1(A) dan Borang PPM 1(B) hendaklah dihantar ke alamat email ppmsungaibesar@gmail.com
- Bayaran pendaftaran hendaklah dimasukkan terus ke akaun Majlis Pengakap Negeri Selangor - Maybank: 014020416589. Sila sertakan salinan slip bank sebagai bukti bayaran untuk rujukan.
- Cetak dua (2) salinan Borang PPM 1(A) dan dua (2) salinan Borang PPM 1(B). Borang yang telah lengkap dan disahkan oleh kuasa penganjur hendaklah di hantar melalui serahan tangan kepada Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sungai Besar sebelum atau pada 28 Februari 2018 (Rabu) jam 5.00 petang.
- PPM Daerah Sungai Besar akan mengeluarkan resit penerimaan pembayaran kepada kumpulan yang telah menjelaskan yuran pendaftaran keahlian 2018.
BIL.
|
NAMA PEGAWAI
|
NO. TELEFON
|
1.
|
Encik
Jamali bin Jaruti
Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sungai Besar
|
013-3986317
|
2.
|
Encik
Mazzaid bin Mazelan
Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah
(Pentadbiran dan ICT)
|
013-2371955
|
3.
|
Encik
Mohammad Hafizzudin bin Misry
Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah
(Tugas Khas Pembangunan Pengakap)
|
012-3699267
|
73 de ADC Pentadbiran & ICT
PPMD Sungai Besar
MAJLIS IFTAR MAJLIS PENGAKAP NEGERI SELANGOR DAN MESYUARAT PESURUHJAYA PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI SELANGOR.
Assalamualaikum Wrt. Wbt.
Salam Perpaduan..
Salam Pengakap..
PPM Negeri Selangor dengan sukacintanya menjemput tuan/puan ASC, DC, ADC Latihan dan ADC Program setiap daerah untuk hadir ke program Majlis Iftar Majlis Pengakap Negeri Selangor dan Mesyuarat Pesuruhjaya PPM Negeri Selangor pada ketetapan berikut:
Salam Perpaduan..
Salam Pengakap..
PPM Negeri Selangor dengan sukacintanya menjemput tuan/puan ASC, DC, ADC Latihan dan ADC Program setiap daerah untuk hadir ke program Majlis Iftar Majlis Pengakap Negeri Selangor dan Mesyuarat Pesuruhjaya PPM Negeri Selangor pada ketetapan berikut:
Tarikh:
17 Jun 2017
Hari;
Sabtu
Tempat:
Hotel APPS Kuala Selangor
Agenda:
3.00 ptg: Mesyuarat Pesuruhjaya, Latihan dan Program Negeri Selangor
6.00 ptg: Majlis Iftar
Tuan/Puan adalah dijemput hadir. Sila rujuk surat jemputan program.
Sekian.
73 de ADC (Pentadbiran & ICT)
PPM Daerah Sungai Besar
Sekian.
73 de ADC (Pentadbiran & ICT)
PPM Daerah Sungai Besar
KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT 1 (UNIT KELANA)
Assalamualaikum Wrt. Wbt...
Salam Perpaduan...
Salam Sehati Sejiwa...
Salam Pengakap...
Sukacita dimaklumkan bahawa PPM Daerah Sungai Besar dengan kerjasama Pasukan Latihan Negeri Selangor akan menganjurkan KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT 1 (UNIT KELANA) pada ketetapan yang berikut:
Tarikh:
12 - 14 Mei 2017
Hari:
Jumaat, Sabtu & Ahad
Tempat:
Kolej Tingkatan Enam Tunku Abdul Rahman Putra (KiSTARP), Sabak Bernam
Kumpulan Sasaran:
Pemimpin-Pemimpin Pengakap & Ahli Pengakap Kelana
Bayaran Penyertaan:
RM50.00 )
Tuan/Puan yang berminat boleh menghubungi Ketua Kursus, Encik Mohd Hussairy Bin Sidek di talian 019-2585759.
Sekian.
73 de ADC (Pentadbiran & ICT)Sekian.
PPM Daerah Sungai Besar
JAMBOREE DI UDARA (JOTA) PENGAKAP PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-6 2017
Assalamualaikum Wrt... Wbt...
Salam Perpaduan...
Salam Sehati Sejiwa...
Sukacita dimaklumkan bahawa PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA (PPM) DAERAH SUNGAI BESAR dengan kerjasama PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SUNGAI BESAR, PPM NEGERI SELANGOR & PEJABAT AHLI PARLIMEN SUNGAI BESAR akan menganjurkan JAMBOREE DI UDARA (JOTA) PENGAKAP PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-6 STESEN INDUK NEGERI SELANGOR pada ketetapan yang berikut:
Tarikh:
20 Mei 2017
Hari:
Sabtu
Masa:
8.00 pg - 5.00 ptg
Tempat:
SMK Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan.
Yuran:
RM10.00 (Sijil, Lencana & Pengurusan)
Kumpulan Sasaran:
Pemimpin-Pemimpin Pengakap & Ahli Pengakap
Tuan/Puan yang berminat boleh menghubungi Pengurus Stesen JOTA 9M4CSB, Encik Mazzaid bin Mazelan di talian 013-2371955.
PPM Daerah Sungai Besar
BASIC AMATEUR'S RADIO COURSE FOR SCOUTS (BARACS)
Assalamualaikum Wrt. Wbt...
Salam Perpaduan...
Salam Sehati Sejiwa...
Salam Pengakap...
Sukacita dimaklumkan bahawa PPM NEGERI SELANGOR dengan kerjasama MALAYSIA AMATEUR'S RADIO TRANSMIT SOCIETY (MARTS) akan menganjurkan BASIC AMATEUR'S RADIO COURSE FOR SCOUTS (BARACS) pada ketetapan yang berikut:
Tarikh:
12 - 14 Mei 2017
Hari:
Jumaat, Sabtu & Ahad
Tempat:
Mutiara Semenyih Traning Village & Eco Resort, Semenyih, Selangor (MSTVER)
Kumpulan Sasaran:
Pemimpin-Pemimpin Pengakap & Ahli Pengakap Kelana
Bayaran Penyertaan:
RM70.00 (Makan minum & penginapan)
Tarikh Tutup Penyertaan:
Tarikh Tutup Penyertaan:
25 April 2017
Tuan/Puan yang berminat boleh menghubungi Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sungai Besar, Encik Jamali bin Jaruti.
Sekian.
73 de ADC (Pentadbiran & ICT)Sekian.
PPM Daerah Sungai Besar
BENGKEL "SCOUT OF THE WORLD AWARD DISCOVERY (SWA)"
Assalamualaikum Wrt. Wbt dan Salam Sejahtera.
PPM Negeri Selangor akan menganjurkan program "Scout Of The World Award Discovery (SWA)" pada ketetapan yang berikut:
Tarikh:
5 hingga 7 Mei 2017
Tempat:
Dewan Orang Ramai, Taman Malawati Jaya, Kuala Selangor, Selangor
Sumbangan Penyertaan:
RM 130.00 (Kit, Makan, Sijil & Pengurusan)
Sasaran Penyertaan:
Ahli-Ahli Pengakap Berumur 16 - 24 Tahun. Terhad 100 orang.
Tarikh Tutup Penyertaan:
28 April 2017
Jika berminat untuk sertai, sila hubungi Pesuruhjaya Daerah, ADC Remaja & ADC Kelana PPM Daerah Sungai Besar.
Berikut disertakan Surat Pelepasan JPN.
Sekian.
Berikut disertakan Surat Pelepasan JPN.
Sekian.
Mazzaid M.
ADC Pentadbiran & ICT
PPMD Sungai Besar
KURSUS MANIKAYU PERINGKAT 3 PPM NEGERI SELANGOR 2017
Assalamualaikum Wrt. Wbt. dan Salam Pengakap.
Berikut merupakan makluman awal berkaitan tarikh-tarikh perlaksanaan Kursus Manikayu Peringkat 3 bagi Unit Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda dan Pengakap Kelana yang akan dianjurkan oleh PPM Negeri Selangor;
Unit PM & PK:
KMK P3 (1) - 11 hingga 13 Ogos 2017
KMK P3 (2) - 22 hingga 25 September 2017
Unit PKK:
KMK P3 (1) - 11 hingga 13 Ogos 2017
KMK P3 (2) - 23 hingga 25 September 2017
Tempat:
MUTIARA SEMENYIH TRANING VILLAGE & ECO RESORT (MSTVER)
Pemimpin yang telah memiliki sijil KMK Peringkat 1 dalam unit-unit PKK, PM & PK digalakkan HADIR dan sila ambil maklum berkenaan tarikh berkenaan.
Sekian.
Mazzaid M.
ADC Pentadbiran & ICT
PPM Daerah Sungai Besar
KMK P3 (1) - 11 hingga 13 Ogos 2017
KMK P3 (2) - 22 hingga 25 September 2017
Unit PKK:
KMK P3 (1) - 11 hingga 13 Ogos 2017
KMK P3 (2) - 23 hingga 25 September 2017
Tempat:
MUTIARA SEMENYIH TRANING VILLAGE & ECO RESORT (MSTVER)
Pemimpin yang telah memiliki sijil KMK Peringkat 1 dalam unit-unit PKK, PM & PK digalakkan HADIR dan sila ambil maklum berkenaan tarikh berkenaan.
Sekian.
Mazzaid M.
ADC Pentadbiran & ICT
PPM Daerah Sungai Besar
STATISTIK KESELURUHAN PENDAFTARAN KEAHLIAN PPM DAERAH SUNGAI BESAR 2017
Assalamualaikum Wrt. Wbt dan Salam Sejahtera.
Berikut dikemukakan Statistik Keseluruhan Pendaftaran Keahlian PPM Daerah Sungai Besar bagi Tahun 2017:
Untuk mengetahuhui maklumat penuh Keseluruhan Pendaftaran Keahlian PPM
Daerah Sungai Besar bagi Tahun 2017, sila rujuk LAPORAN RASMI ini.
Sekian.
73 de ADC (Pentadbiran & ICT)
PPMD Sungai Besar
SIARAN DAN JEMPUTAN KURSUS MANIKAYU PERINGKAT 1 PPM NEGERI SELANGOR 2017
Assalamualaikum Wrt. Wbt dan Salam Pengakap.
PPM Negeri Selangor berbesar hati menjemput tuan/puan untuk menyertai Kursus Manikayu Peringkat 1 mengikut unit (PKK, PM & PK) yang akan diadakan pada 7 - 9 April 2017. Berikut merupakan beberapa lokasi yang telah dimuktamadkan untuk pelaksanaan kursus berkenaan:
- Mutiara Semenyih Traning Village & Eco Resort, Semenyih
- Sekolah Sri Kuala Lumpur
- SMK Sultan Abdul Aziz, Kuala Selangor
- SMK Seri Kundang, Gombak
Sekian.
73 de ADC Pentadbiran & ICT
PPMD Sungai Besar
SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA PENERIMA ANUGERAH MANIKAYU (PENGAKAP MUDA)
Assalamualaikum Wrt. Wbt dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah.. Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah perkenanNya PPMD Sungai Besar telah berjaya melahirkan lagi 4 orang pemimpin yang berkelayakan untuk menerima Anugerah Manikayu bagi Unit Pengakap Muda.
Dalam kesempatan Majlis Perasmian Penutup Perkhemahan Ujian Pentarafan Pengakap Raja Negeri Selangor pada 20 Mac 2017 yang lalu telah menyaksikan 2 orang pemimpin dari PPMD Sungai Besar tampil ke pentas bagi menerima Anugerah Manikayu berkenaan yang telah disampaikan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor, Tuan Haji Ishak Bin Mohd Jonid.
| Penerima Pertama: Encik Mohammad Hafizzudin Bin Misry, Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah (Pembangunan Pengakap) |
| Penerima Kedua: Encik Mazzaid Bin Mazelan, Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah (Pentadbiran & ICT) |
2 orang lagi pemimpin PPMD Sungai Besar yang tidak dapat hadir ke majlis penganugerahan ini turut menerima Anugerah Manikayu bagi Unit Pengakap Muda. Beliau ialah;
- Puan Ruzaimah Binti Sadikin, SMK Sungai Besar
- Encik Norman Zaidi Bin Jalin, Peket 20, Sungai Besar
Dikesempatan masa yang ada selepas majlis penyampaian Anugerah Manikayu, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sungai Besar, Tuan Jamali Bin Jaruti merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kepada semua penerima Anugerah Manikayu pada tahun ini. Dengan harapan ianya akan dijadikan pembakar semangat kepada pemimpin-pemimpin lain untuk turut melayakkan diri memlilik anugerah kepimpinan berkenaan. Bagi pihak PPMD Sungai Besar sekali merakamkan ucapan SYABAS & TAHNIAH.
| Bergambar kenangan bersama Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sungai Besar, Encik Jamali Bin Jaruti |
Sekian.
73 de ADC Pentadbiran & ICT
PPMD Sungai Besar
Langgan:
Catatan (Atom)








