SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA PENERIMA ANUGERAH MANIKAYU (PENGAKAP MUDA)

Assalamualaikum Wrt. Wbt dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah.. Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah perkenanNya PPMD Sungai Besar telah berjaya melahirkan lagi 4 orang pemimpin yang berkelayakan untuk menerima Anugerah Manikayu bagi Unit Pengakap Muda.

Dalam kesempatan Majlis Perasmian Penutup Perkhemahan Ujian Pentarafan Pengakap Raja Negeri Selangor pada 20 Mac 2017 yang lalu telah menyaksikan 2 orang pemimpin dari PPMD Sungai Besar tampil ke pentas bagi menerima Anugerah Manikayu berkenaan yang telah disampaikan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor, Tuan Haji Ishak Bin Mohd Jonid.

Penerima Pertama: Encik Mohammad Hafizzudin Bin Misry,
Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah (Pembangunan Pengakap)
Penerima Kedua: Encik Mazzaid Bin Mazelan,
Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah (Pentadbiran & ICT)

2 orang lagi pemimpin PPMD Sungai Besar yang tidak dapat hadir ke majlis penganugerahan ini turut menerima Anugerah Manikayu bagi Unit Pengakap Muda. Beliau ialah;
  1. Puan Ruzaimah Binti Sadikin, SMK Sungai Besar
  2. Encik Norman Zaidi Bin Jalin, Peket 20, Sungai Besar

Dikesempatan masa yang ada selepas majlis penyampaian Anugerah Manikayu, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sungai Besar, Tuan Jamali Bin Jaruti merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kepada semua penerima Anugerah Manikayu pada tahun ini. Dengan harapan ianya akan dijadikan pembakar semangat kepada pemimpin-pemimpin lain untuk turut melayakkan diri memlilik anugerah kepimpinan berkenaan. Bagi pihak PPMD Sungai Besar sekali merakamkan ucapan SYABAS & TAHNIAH.

Bergambar kenangan bersama Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sungai Besar,
Encik Jamali Bin Jaruti


Sekian.

73 de ADC Pentadbiran & ICT
PPMD Sungai Besar

Tiada ulasan: