Untuk makluman pihak
tuan, pendaftaran keahlian tahunan PPM adalah termaktub dalam Akta Parlimen
No.38, Tahun 1968 dengan Pindaan-pindaan No.143, Tahun 1974 dan No.409, Tahun
1989 dan Dasar Peraturan-Peraturan Persekutuan Pengakap Malaysia seperti
berikut:
Perkara 44 Seksyen VII
Bancian tahunan
dan pendaftaran semula semua kumpulan dan Persekutuan-Persekutuan Tempatan
adalah dijalankan pada tiap-tiap tahun.
Perkara 46 Seksyen VII
Penyata
banci dan pendaftaran semula yang lengkap bagi semua kumpulan dan
Persekutuan-Persekutuan Tempatan mestilah dihantar ke ibu pejabat sebelum 31
Januari tiap-tiap tahun.
Perkara 47 Seksyen VII
Kegagalan
menghantar banci dan pendaftaran semula bagaimana dikehendaki dalam Peraturan
46 akan menyebabkan kumpulan-kumpulan yang berkenaan dengan sendirinya dipotong
daripada pendaftaran, dan bagi sesuatu Persekutuan Tempatan yang gagal
menghantar penyata-penyata bagi kumpulan-kumpulannya, Persekutuan Tempatan itu
akan dengan sendirinya dipotong daripada pendaftaran. Dalam semua perkara di
atas, semua Tauliah, Sijil dan Surat Perlantikan,Lencana-lencana, wang dan
harta hendaklah dengan tiada berlengah lagi diserahkan kepada Pesuruhjaya
Daerah dan Pegawai-Pegawai Majlis Pengakap Negeri dan Pegawai-Pegawai
Persekutuan Tempatan, dan kepada Pesuruhjaya Negeri dan pegawai-pegawai Majlis
Pengakap Negeri kiranya Persekutuan-Persekutuan Tempatan yang dimansuhkan.
Mulai daripada 1 Mac pada tiap-tiap tahun semua kumpulan yang telah dipotong
pendaftaran dan semua ahli dalam kumpulan-kumpulan itu tidak lagi menjadi ahli
Persekutuan, dan tindakan akan diambil mengikut perbekalan-perbekalan yang
tersebut dalam Akta (Perbadanan) Persekutuan Pengakap Malaysia 1968 bekenaan
perkara-perkara mengenai mereka dan tidak menjadi ahli Persekutuan.
Kadar bayaran pendaftaran kumpulan dan
yuran keahlian pengakap bagi tahun 2017 yang telah ditetapkan oleh PPM adalah
seperti berikut:
BIL.
|
PENDAFTARAN KEAHLIAN
|
YURAN (RM)
|
1.
|
Kumpulan Baharu
|
RM 10.00
|
2.
|
Ahli Pengakap Kanak-kanak, Muda dan Remaja
|
RM 3.00
|
3.
|
Ahli Pengakap Kelana
|
RM 5.00
|
4.
|
Pemimpin, Penolong Pemimpin dan Ahli Biasa
|
RM 5.00
|
Sehubungan itu, untuk memastikan proses
membaharui pendaftaran kumpulan dan yuran keahlian bagi tahun 2017 berjalan
lancar, pihak tuan diminta menggunakan Borang PPM 1(A) dan PPM 1(B) dalam format excel yang boleh di muat turun di:
- Borang PPM 1(A) dan PPM 1(B)
- atau SMS “Borang PPM1A/1B” dan “alamat email pemimpin kumpulan” ke 013-2371955.
- Pembaharuan pendaftaran keahlian pemimpin, ahli pengakap dan ahli biasa kumpulan hendaklah dibuat menggunakan ‘‘sheet’ Borang PPM 1(A). Sila tambah baris sekiranya baris yang disediakan tidak mencukupi.
- Pindahkan perangkaan keahlian ke borang kawalan ‘sheet’ Borang PPM 1(B).
- Cetak dua (2) salinan Borang PPM 1(A) dan dua (2) salinan Borang PPM 1(B). Borang yang telah lengkap dan disahkan oleh kuasa penganjur hendaklah di hantar melalui serahan tangan kepada Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sungai Besar sebelum atau pada 31 Januari 2017 (Selasa) jam 5.00 petang.
- Softcopy Borang PPM 1(A) dan Borang PPM 1(B) hendaklah dihantar ke alamat email ppmsungaibesar@gmail.com ATAU burn dalam CD/Save dalam peranti simpanan data dan diserahkan bersama salinan Borang PPM 1(A) dan PPM 1(B) kepada Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sungai Besar.
- Bayaran pendaftaran hendaklah dimasukkan terus ke akaun Majlis Pengakap Negeri Selangor - Maybank: 014020416589. Sila sertakan salinan slip bank sebagai bukti bayaran untuk rujukan.
- PPM Daerah Sungai Besar akan mengeluarkan resit penerimaan pembayaran kepada kumpulan yang telah menjelaskan yuran pendaftaran keahlian 2017.
- Pegawai-pegawai yang boleh dihubungi bagi urusan pendaftaran keahlian PPM bagi tahun 2017:
BIL.
|
NAMA PEGAWAI
|
NO. TELEFON
|
1.
|
Encik
Jamali bin Jaruti
Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sungai Besar
|
013-3986317
|
2.
|
Encik
Mazzaid bin Mazelan
Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah
(Pentadbiran dan ICT)
|
013-2371955
|
3.
|
Encik
Mohammad Hafizzudin bin Misry
Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah
Tugas Khas (Pembangunan Pengakap)
|
012-3699267
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan