HAIQAL.. CALON TUNGGAL PENGAKAP RAJA 2017 PPMD SUNGAI BESAR

Assalamualaikum Wrt. Wbt dan Salam Pengakap.

Pada 17 hingga 20 Mac 2017 yang lalu bertempat di Mutiara Semenyih Traning Village & Eco Resort, Semenyih telah menyaksikan seorang wakil tunggal Calon Pengakap Raja dari PPMD Sungai Besar iaitu Saudara Muhamad Haiqal Aiman Bin Ramli. Beliau merupakan seorang pelajar dari SMK Sungai Besar dan juga merupakan anak sulong kepada Encik Ramli Bin Bayok, Penolong Pesuruhjaya Pengakap (Perhubungan) Daerah Sungai Besar.

Mesra dengan lebih dikenali dengan pangilan Haiqal, beliau telah dilatih oleh Pemimpin SMK Sungai Besar iaitu Encik Khairul Azman bin Abdul Hamid yang juga merupakan Penolong Pesuruhjaya Pengakap (Latihan dan Sumber Dewasa) Daerah Sungai Besar.

Haiqal merupakan salah seorang Calon Pengakap Raja yang LULUS Ujian Sikap Pengakap Raja Negeri Selangor daripada 283 orang calon. Berikut merupakan keputusan rasmi Calon Pengakap Raja yang LULUS dan layak untuk hadir ke Ujian Penarafan Pengakap Raja Negeri Selangor 2017.


Haiqal berjaya dalam Ujian Bushmentong dengan kepantasan masa bawa 15 minit seperti yang telah ditetapkan oleh pihak Pentarafan Pengakap Raja Negeri Selangor.


Haiqal bergambar kenangan dengan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sungai Besar, Encik Jamali Bin Jaruti selepas majlis perasmian penutup Ujian Penarafan Pengakap Raja Negeri Selangor 2017.

Syabas & Tahniah. Semoga PPMD Sungai Besar dapat melahirkan seberapa banyak lagi Calon-calon Pengakap Raja.

73 de ADC Pentadbiran & ICT
PPMD Sungai Besar

Tiada ulasan: