SEMPENA 100 TAHUN KEPENGAKAPAN DI MALAYSIA
SALAM PENGAKAP !
JEMPUTAN KE PERHIMPUNAN RAKSAKSA PENGAKAP SEMPENA 100 TAHUN KEPENGAKAPAN DI MALAYSIA.
HARI - SABTU
TARIKH - 25 APRIL 2009
TEMPAT - STADIUM NEGARA, JALAN HANG JEBAT, KUALA LUMPUR
MASA : SEBELUM 8.00 PAGI.
ABD. RAHIM
RUMAH B-PKL
017-6156880
Persekutuan Pengakap Malaysia dan KELKOM akan menganjurkan Kursus Induksi Radio Amatur di Kem Pengakap Bagan Lalang, Sepang, Selangor.
Tarikh : 13 -15 Mac 2009
Tempat : Beach Camp, Bagan Lalang, Sepang, Selangor
Penyertaan : Pengakap (13-17 Tahun), Kelana dan Pemimpin Pengakap
Yuran Penyertaan :
RM 60 - Makan dan minum sepanjang kursus.
Sila bawa khemah sendiri.
Surat berkenaan kursus boleh dimuat turun melalui link berikut : Kursus Induksi Radio Amatur.
Berminat, sila hubungi :
Mr. Abdul Rahim bin Abdul Hamid
03-20780836 / 017-6156880
Mr. Najib Hussin 017-7000756
Sumber : http://www.malaysiascout.org/portal/news.php
PENGAKAP KELANA SELANGOR
Dengan hormat dan sukacitanya Seketeriat Pengakap Kelana Selangor akan mengadakan ekplorasi kem dan gotong-royong pada butiran berikut:-
Masa: 0800 (sabtu) - 1700 (ahad)
Tarikh: 21 /03/09 - 22/03/09
Lokasi: Kem Temasya Rimba Templer, Rawang.
Bayaran: RM10 setiap peserta (termasuk makan+BBQ)
Sehubungan dengan itu, diminta peserta membawa peralatan gotong royong seperti parang, mesin rumput, gergaji rantai, tukul, cangkul, penyodok dan lain-lain peralatan yang difikirkan perlu. Bayaran RM10 hanya untuk sumbangan makanan dan BBQ para peserta dan perbelanjaan lain program akan ditanggung oleh Majlis Pengakap Negeri Selangor.
Surat jemputan program telah dihantar kepada semua Pesuruhjaya Daerah dan sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Pengarah Program En.Haffiz Hamdan di talian 012-2621154 atau berhubung terus dengan Penolong Pesuruhjaya Negeri (Tugas Khas - Kelana) En. Mohd Fadzil Mohd Yusof merangkap Pengerusi Seketeriat Pengakap Kelana Negeri Selangor di talian 012-3035531.
Blog Seketeriat Kelana Selangor telah beroperasi dia alamat http://kelanaselangor.blogspot.com/ dan boleh dihubungi di alamat kelanaselangor@gmail.com untuk sebarang pertanyaan dan permakluman. Diharap pihak tuan dapat memaklumkan program ini kepada pasukan-pasukan kelana di daerah tuan dan surat jemputan program ada dilampirkan bersama.
Harap maklum dan terima kasih.
KHAIRUL FAIZAL HJ. RAMLI
Setiausaha
Seketeriat Pengakap Kelana Negeri Selangor
http://kelanaselangor.blogspot.com/
kelanaselangor@gmail.com
Surat Jemputan program boleh didownload dari link berikut:
http://docs.google.com/gview?a=v&attid=0.1&thid
=11fdc95441918e1f&mt=application%2Fpdf
PPM Daerah Sungai Besar
Kemas kini : 22 JAN 2009
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Salam Pengakap !
Bermula pada tahun 2009 ni, PPM telah memperkenalkan sistem baru untuk pembaharuan pendaftaran ahli pengakap. Dengan pengunaan perisian dan penghantaran maklumat secara elektronik, sistem ini dapat memudahkan pengeluaran Kad Keahlian baru dan pengumpulan maklumat ahli.
Semua maklumat dan borang-borang pendaftaran boleh didapati seperti berikut :-
Kunjungi Laman Web PPM : http://www.malaysiascout.org/
Kemudian Klik : www.myscout.com.my/daftar untuk muat turun borang-borang berkaitan.
Borang yang lengkap hendaklah dihantar ke e-mail: daftar@scouts.my (Bagi Kumpulan Pengakap di PPM Daerah Sungai Besar, sila cc ke e-mail: ppmsungaibesar@gmail.com)
Bayaran pendaftaran ke Akaun Maybank 5140 3901 4506 atas nama
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA.
Slip bank perlu dihantar(scan) ke email daftar@scouts.my atau faks PPM - 03 20709057
Surat rasmi dari PPM dan No Akaun Maybank boleh dimuat turun melalui link berikut :
Muka surat 1: http://mail.google.com/mail/?ui=2&ik=eaec3cd21c&view=att&th=11ef7e5d06a64e7e&attid=0.1&disp=inline&zw
Muka surat 2 : http://mail.google.com/mail/?ui=2&ik=eaec3cd21c&view=att&th=11ef7e5d06a64e7e&attid=0.2&disp=inline&zw
Sekian. Terima kasih.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
1. Jamalu Jaruti (Pesuruhjaya Daerah) 013-33986317
2. Mohd Hussairy (ADC Perhubungan) 019-2585759
Sumber :
ABD. RAHIM BIN ABD HAMID
Penolong Setiausaha Eksekutif ( Program )
Persekutuan Pengakap Malaysia
AKTIVITI
====================================
PAMERAN DAN DEMO RADIO AMATUR
(Oleh Kelab Radio Amatur Pengakap Sungai Besar - KERAP)
Tarikh :
22 FEBRUARI 2009
Tempat :
D' MARA Sungai Besar
Masa :
8.00 Pagi
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi ADC Perhubungan - Mohd Hussairy 019-2585759
=========================================
SEKITAR AKTIVITI
PPM DAERAH SUNGAI BESAR
=========================================
PROGRAM REMAJA DALAM KOMUNITI
Anjuran Bersama
Jabatan Belia dan Sukan Sabak Bernam
JKKKP Kampung Sungai Limau
PPM Daerah Sungai Besar
29 November 2008
Balai Raya Kampung Sungai Limau, Sungai Besar
Gambar Aktiviti boleh dilihat di
http://9w2aph-myhamradio.blogspot.com/
2008/11/sekitar-program-remaja-bersama-komuniti.html
JAMBORI DI UDARA PENGAKAP DUNIA KE-51
51st World Scout JOTA
Tempat : SMK Seri Bedena, Sungai Besar, Selangor
Callsign : 9M1CSB
Keratan Akhbar Sinar Harian Edisi Sinar @ Selangor & KL
1 November 2008, ms S21
KURSUS KEBOMBAAN NEGERI SELANGOR
Foto Kenangan Kontingen PPM Daerah Sungai Besar
Anjuran : PPM Negeri Selangor
dengan kerjasama
Jabatan Bomba dan Penyelamat
JK Pelaksana : PPM Daerah Sungai Besar
Tarikh : 2 - 4 Mei 2008
Tempat : Pusat Kokurikulum Daerah Sabak Bernam
TAHNIAH kepada semua jawatankuasa pelaksana
dan pesertayang telah menjayakan kursus tersebut.

"Kemahiran ikatan perlu dimiliki oleh setiap ahli pengakap"
PERKHEMAHAN DAN PELARASAN
LENCANA PENGAKAP 2008
Anjuran : Pengakap Kumpulan 21 SK Seri Sekinchan
Tarikh : 5 dan 6 April 2008
Tempat : SK Seri Sekinchan
Tahniah kerana berjaya menjalankan perkhemahan tersebut dengan jayanya.
PEGAWAI TEKNIK UNIT BADAN BERUNIFORM
DAERAH SABAK BERNAM
ANJURAN
PEJABAT PELAJARAN DAERAH SABAK BERNAM
DENGAN KERJASAMA
PPM DAERAH SUNGAI BESAR
Tarikh : 27 Feb 2008
Tempat : Bilik Mesyuarat SPPK, PPD Sabak Bernam
Masa : 8.00 Pagi
PERKHEMAHAN LENCANA PENGEMBARAAN
PENGAKAP REMAJA
NEGERI SELANGOR
2008
Tarikh : 1 - 4 Mac 2008
Tempat : Kem Tekali, Pusat Kokurikulum Negeri Selangor
Hulu Langat, Selangor
Nota : Gambar akan dmasukkan apabila webmaster menerima bahan tersebut. Terima kasih.
=============================================

Jamboree Di Udara ke-50
50th Jamboree On The Air (JOTA)
BERITA LANJUT sila lawat
http://www.9m4csb.blogspot.com/
Laporan Penuh JOTA Ke-50
http://home.tiscali.nl/worldscout/Jota/library/wjr07.pdf
============================================

DC Jamali s
edang menyampaikan sidang semasaKursus Manikayu 2 Pengakap Remaja (PR 029)
Di Kem Semenyih, 24 - 26 April 2006

Y.B. Pn Noriah bt Kasnon mempengerusikan
Mesyuarat Majlis PPM Daerah 2006
pada 26 Mac 2006 di D'Muara Marine Park Sungai Haji Dorani

Gambar kenangan bersama Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor
selepas Mesyuarat Majlis Pemimpin dan Majlis Pengurusan PPM Sungai Besar
pada 13 Mac 2006 Di Pusat Kegiatan Guru Sungai Besar

ADC Jamaron mengetuai Persetiaan Pengakap semasa
Mesyuarat Majlis Pengurusan PMM Daerah Sungai Besar Kali Ke-2
pada 7 Feb 2006 di Bilik Mesyuarat Majlis Belia Selangor Daerah Sabak Bernam

YB Dato Menteri Besar Selangor sedang QSO menggunakan alat
Radio Amatur stesen 9M4CSB
selepas merasmikan JOTA Negeri Selangor 2005
pada 15 Oktober 2005 di Desa Seaview Resort, Sekinchan, Selangor
2007 - 2008
PENASIHAT :
En. Jamali Jaruti
Pesuruhjaya Daerah PPM Sungai Besar
YANG DIPERTUA :
Y.B. Pn. Noriah binti Kasnon
Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan Malaysia
merangkap Ahli Parlimen Sg. Besar
TIMBALAN YDP :
En. Muslimin bin Yahya
Kaunselor Pendidikan Daerah, PPD Sabak Bernam
SETIAUSAHA KEHORMAT :
En. Mohd Hafiz bin Ahmad
Pengerusi Kelab Rakan Muda Parlimen Sg Besar
PENOLONG SETIAUSAHA KEHORMAT:
En. Abd. Hamid bin Hassan
Pengetua SMK Dato’ Mustaffa, Pasir Panjang.
BENDAHARI KEHORMAT :
Pn. Zaharah binti Mohd Arrif
Penyelia Sekolah Rendah, PPD Sabak Bernam
AHLI JAWATANKUASA
: En. Zakaria bin Kamaruddin * —Guru Besar SK Sg Leman
: Pn. Normadiah binti Ahmad—GPK Kurikulum SK Seri Bahagia
: En. Jelani bin Kamar * —GPK Kokurikulum SK Sungai Nibong
: Pn Kalsom bin Ideris—GPK Kokurikulum SK Pt 4 Sungai Hj Dorani
: En. Muhamad Khalid bin Sulong—GPK Hem SK Tok Khalifah
: En. Mohd Hussairy bin Sidek—ADC Perhubungan
: En. Khairul Azman bin Abdul Hamid—ADC Program
: En. Ahmad Januri bin Mohd Jamil—Ketua Unit Pengakap Kelana
: En. Ramli bin Bayok—ADC Latihan dan Sumber Dewasa
: En. Sulaiman bin Akub—Ketua Unit Pengakap Muda
PEMERIKSA KIRA-KIRA
: Pn. Hjh Zainah binti Zakaria * —Guru Besar SK Sungai Nibong
: Pn. Hjh Norlala binti Mohd Amin ** —GPK Kokurikulum SMK Sungai Besar
NOTA :
Majlis PPM Sungai Besar di atas berkuatkuasa sehingga satu mesyuarat agung terkini dijalankan.
* Telah bersara mulai 2009
** Guru Akademik Tingkatan 6 mulai 2010
Kemas kini pada 23 Dis. 2009
************************************************************
MAJLIS PENGURUSAN PPM SUNGAI BESAR
PESURUHJAYA DAERAH
: En. Jamali bin Jaruti - SMK Sungai Besar
PENOLONG-PENOLONG PESURUHJAYA DAERAH
PENTADBIRAN & ICT
: Azmiudin bin Md Nordin - SK Parit 4
LATIHAN & SUMBER DEWASA
: Ramli bin Bayok - SK Sungai Limau
PROGRAM
: Khairul Azman bin Abd. Hamid - SMK Sungai Besar
KEROHANIAN
: Saipullah bin Kassim - SK Sungai Haji Dorani
PERHUBUNGAN
: Mohd Hussairy Bin Sidek - SMK Sungai Besar
BIRO WANITA
: Norhayati bt Mohd Sodikin
TUGAS KHAS 1 (Protokol)
: Sulaiman bin Akub - SMK Dato' Mustaffa
TUGAS KHAS 2 (Dokumentasi)
: Ahmad Pauzi bin Abd. Hamid - SK Seri Sekinchan
TUGAS KHAS 3
: Mohamad Selamat bin Shahid - SJKC Yoke Kuan, Sekinchan
KETUA-KETUA UNIT
UNIT PENGAKAP KELANA
: Ahmad Januri bin Mohd Jamil - Pasir Panjang
UNIT PENGAKAP REMAJA
: Khairul Azman bin Abd. Hamid - SMK Sungai Besar
UNIT PENGAKAP MUDA
: Sulaiman bin Akub - SMK Dato’ Mustaffa
UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK
: Mohamad Nasimussobah bin A. Beni - SK Tok Khalifah
UNIT PENGAKAP KHAS
: Zanariah bt Mokhtar - SMK Sungai Besar
Sejarah Pengakap kawasan Sungai Besar bermula dari penubuhan awal Pengakap Sabak Bernam. Ini disebabkan proses perbandaran Daerah Sabak Bernam pada masa itu berpusat di Sabak Bernam dan seterusnya berkembang ke Sungai Air Tawar dan Parit Bharu.
Menurut catatan sejarah oleh Ybhg. Dato’ Haji Mohd Yusof bin Abd. Latif – Mantan ADUN Sabak, sekolah yang mula menubuhkan pergerakan Pengakap ialah :
- Sekolah Melayu Sabak Bernam
- Sekolah Melayu BNO (Sekarang SK Sekendi)
- Sekolah Melayu Sungai Air Tawar
- Sekolah Melayu Kampong Bharu
Di Sungai Besar apabila Sekolah-sekolah Rakyat diambil alih oleh Jabatan Pelajaran Selangor, barulah tertubuh pergerakan Pengakap iaitu di:
- Sekolah Melayu Sungai Besar (Sekarang SK Seri Makmur)
- Sekolah Melayu Sungai Haji Dorani
- Sekolah Melayu Parit 4
- Sekolah Melayu Simpang Lima
Pada tahun 1975 apabila Sekinchan dimasukkan ke dalam Daerah Sabak Bernam, maka pentadbiran pergerakan Pengakap dipecahkan kepada dua kawasan iaitu kawasan Sungai Besar dan kawasan Sabak Bernam.
Sekolah-sekolah yang termasuk dalam kawasan Sungai Besar bermula dari SK Pancang Bedena, SK Parit 6, SK Tok Khalifah, SK Binjai Jaya membawa ke Sekinchan manakala kawasan Sabak Bernam bermula dari SK Lubuk Pusing, SK Bagan Terap, SMK Bagan Terap, SK Tun Dr. Ismail membawa ke utara, Parit Bharu dan Sungai Air Tawar.
Pengerusi PPM Sungai Besar : Ybhg. Dato’ Hj. Mohd Ghazali bin Kantan (masa itu ADUN Sg. Besar) dari tahun 1975 – 1985. Tahun 1986 hingga Julai 2005 dipimpin oleh Ybhg. Dato’ Hj. Mahbud bin Hj. Hashim (dulu Ahli Parlimen Sabak Bernam). Mulai Ogos 2005, Y.B. Puan Noriah binti Kasnon, Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Sungai Besar dipilih sebagai Yang Di Pertua Majlis PPM Daerah Sungai Besar.
Pesuruhjaya Daerah : Ybhg. Dato’ Saidin bin Adam (ketika itu Guru Besar SK Parit 9) sebagai Pesuruhjaya Daerah Sungai Besar pertama. Pesuruhjaya Daerah kedua ialah En. Haron bin Hj. Mohd Radzi (Awal 1980, ketika itu Guru Besar SK Sungai Haji Dorani dan kemudian Guru Besar SK Seri Utama) awal tahun 1980 sehingga 1999. Mulai tahun 2000 hingga 31 Disember 2004., jawatan ini disandang oleh En. Md Arrif bin Hairoman sebagai Pesuruhjaya Daerah Sungai Besar ketiga. Beliau pernah bertugas di SMK Sungai Besar, SMK Dato’ Mustaffa dan pada 2003 bertugas di SK Tun Dr. Ismail sebagai GPK 1 dan kemudian berpindah SK Puncak Alam 2 mulai 20 Januari 2005. Kini Beliau memegang jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Negeri (Setiausaha Program).
Berikutan itu, PPM Negeri Selangor telah melantik Encik Jamali bin Jaruti sebagai Pesuruhjaya Daerah yang keempat, berkuatkuasa mulai 1 Februari 2006. Beliau merupakan Pemimpin Kumpulan Ke-14 SMJK Yoke Kuan, Sekinchan. Sebelum itu, beliau pernah berkhidmat di SMK Dato' Mustaffa dan di Jerantut, Pahang.
Kemas kini Pada : 4 Feb 2008
PPM DAERAH SUNGAI BESAR

