PENDAFTARAN KEAHLIAN PENGAKAP 2012
PPM DAERAH SUNGAI BESAR


Perhatian kepada semua pemimpin kumpulan Pengakap PPM Daerah Sungai Besar,

Seperti tahun 2011, semua pembaharuan pendaftaran kumpulan dan yuran keahlian pengakap perlu melalui Persekutuan Pengakap negeri.

Kadar bayaran pendaftaran kumpulan dan yuran keahlian pengakap bagi tahun 2012 yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia adalah seperti berikut:
a. Kumpulan RM 10.00
b. Ahli Pengakap Kanak-kanak, Muda dan Remaja RM 3.00
c. Ahli Pengakap Kelana RM 5.00
d. Pemimpin, Penolong Pemimpin dan Ahli Biasa RM 5.00

Mohon pemimpin kumpulan pengakap sekolah untuk melengkapkan borang-borang pendaftaran tersebut. Setiap kumpulan pengakap mestilah menyediakan perkara berikut :
i. 2 salinan Borang PPM 1(A) – Hard Copy (Disahkan oleh kuasa penganjur kumpulan)
[Downdload Borang PPM 1-A]
ii. 2 Salinan Borang PPM 1(B) – Hard Copy (Disahkan oleh kuasa penganjur kumpulan)
[Download Borang PPM 1-B]
iii. 1 Salinan Borang PPM 1(A) – Soft Copy format Excel
iv. 1 Salinan Borang PPM 1(B) – Soft Copy format Excel
v. Salinan Slip Bank – Akaun Majlis Pengakap Negeri Selangor (Maybank 014020416589)

Semua perkara di atas hendaklah diserahkan kepada PPM Daerah Sungai Besar ( Penolong Pesuruhjaya Daerah – Pentadbiran & IT) pada 29 Februari 2012 semasa Mesyuarat Pemimpin PPM Daerah Saungai Besar Pertama 2012 pada 29 Feb. 2012 (Rabu) Masa : 2.45 petang – 5.00 petang di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Sungai Besar.

Sebarang pertanyaan berkenaan pendaftaran keahlian 2011 boleh berhubung terus dengan En. Jamali Jaruti, Pesuruhjaya Pengakap Daerah (013-3986317) atau En. Azmiudin Md. Nordin, Penolong Pesuruhjaya Daerah – Pentadbiran & IT (012-2384572).

Tiada ulasan: