Khamis, 9 Oktober 2014

9M4SJB @ 57th World Scout JOTA 2014


Sempena 57th World Scout JOTA/18th JOTI, PPM Sungai Besar akan membuka stesen radio dengan speciall callsign 9M4SJB pada 18-19 Oktober 2014 bertempat di SMK Sungai Besar.

Program dijalankan secara:
SEHARI ( Pagi - Petang) pada 18 Okt 2014 / Sabtu
atau
BERKHEMAH ( 2 hari 1 malam) pada 18 - 19 Okt 2014 / Sabtu - Ahad

Sumbangan penyertaan sebanyak RM 5.00/peserta dan peserta boleh membeli lencana khas JOTA/JOTI 9M4SJB dengan harga RM 5.00.

Sehubungan dengan itu, ahli pengakap yang berminat menyertai JOTA/JOTI bolehlah menghubungi pemimpin kumpulan masing-masing

Urusan kebenaran penjaga/makan/minum/pengangkutan/alatan berkhemah diurus oleh kumpulan/sekolah masing-masing.

Selain di Sungai Besar, stesen JOTA/JOTI juga dibuka di :
- PPM Gombak di SK Bandar Tasik Puteri (JOTA & JOTI)
- PPM Hulu Langat di SMK BAndar Tun Hussein Onn 2 (JOTA sahaja)
- PPM Petaling di SR Sri Kuala Lumpur (JOTI sahaja)

Pemimpin/Ahli pengakap dari daerah lain boleh menyertai stesen JOTA/JOTI berdekatan. Sila hubungi Pemimpin/Pesuruhjaya Daerah untuk mendapatkan maklumat penyertaaan.

Maklumat/Pertanyaan tentang JOTA/JOTI kepada:
Tn Jamali b Jaruti 9W2JGB 013-3986317
(State JOTA/JOTI Organizer @ SJO Negeri Selangor)

Jumpa di JOTA/JOTI

Mohd Hussairy Sidek 9W2VVH
ADC Perhubungan PPM Sungai Besar
019-2585759




Tiada ulasan: