PENDAFTARAN KEAHLIAN TAHUNAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA (PPM) 2021


Kadar bayaran pendaftaran kumpulan dan yuran keahlian pengakap yang baharu bagi tahun 2021 yang telah ditetapkan oleh PPM adalah seperti berikut:

BIL.

PENDAFTARAN KEAHLIAN

YURAN (RM)

1.     

Pengakap Lebah / Kanak - Kanak / Muda / Remaja

RM 7.00

2.     

Pengakap Kelana / Pemimpin / Pen. Pemimpin / Pesuruhjaya / Pen. Pesuruhjaya / Ahli Biasa / Persaudaraan B-P / Persaudaraan Pengakap Raja

RM 10.00

3.     

Kumpulan Baru

RM 50.00

4.     

Kumpulan Baru IPTA/IPTS

RM 100.00

5.     

Salinan Sijil Kumpulan

RM 20.00


Sehubungan itu, untuk memastikan proses membaharui pendaftaran kumpulan dan yuran keahlian bagi tahun 2021 berjalan lancar, pihak tuan diminta menggunakan Borang PPM 1(A) dan  PPM 1(B) 2021 dalam format excel yang boleh di muat turun di melalui link berikut: muat turun di sini.

 Seterusnya, pemimpin kumpulan hendaklah mengikut langkah-langkah berikut:
  • Pembaharuan pendaftaran keahlian  pemimpin, ahli pengakap dan ahli biasa kumpulan hendaklah dibuat menggunakan ‘‘sheet’ Borang PPM 1(A). Sila tambah baris sekiranya baris yang disediakan tidak mencukupi. Pindahkan perangkaan keahlian ke borang kawalan ‘sheet’ Borang PPM 1(B).
  • Bayaran pendaftaran hendaklah dimasukkan terus ke akaun Majlis Pengakap Negeri Selangor - Maybank: 014020416589Sila sertakan salinan slip bank sebagai bukti bayaran untuk rujukan.
  • Cetak dua (2) salinan Borang PPM 1(A) dan dua (2) salinan Borang PPM 1(B). Borang yang telah lengkap dan disahkan oleh kuasa penganjur hendaklah di hantar melalui serahan tangan kepada Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sungai Besar sebelum atau pada 31 Mac 2021 (Rabu) jam 5.00 petang.
  • PPM Daerah Sungai Besar akan mengeluarkan resit penerimaan pembayaran kepada kumpulan yang telah menjelaskan yuran pendaftaran keahlian 2021.
  • Pegawai-pegawai yang boleh dihubungi bagi urusan pendaftaran keahlian PPM bagi tahun 2021:
BIL.
NAMA PEGAWAI
NO. TELEFON
1.     
En. Jamali bin Jaruti
Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sungai Besar
013-3986317
2.     
En. Mazzaid bin Mazelan
Penolong Pesuruhjaya Daerah Sungai Besar (Pengurusan & Pentadbiran)
013-2371955

Sila klik link berikut untuk memuat turun:


Sila klik link berikut untuk memuat turun:


Tiada ulasan: