MAJLIS HI TEA PENGAKAP KELANA DAERAH

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Kepada :
 
Pesuruhjaya Daerah,
Semua Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah,
Semua Pemimpin Kumpulan Pengakap Sekolah.
 
Tuan/Puan,
 
JEMPUTAN KE MAJLIS HI TEA PENGAKAP KELANA DAERAH BERSEMPENA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-2 SEKRETARIAT PENGAKAP KELANA DAERAH (SPKD) PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA (PPM) DAERAH SUNGAI BESAR
 
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara diatas.
 
2.        Adalah dengan hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa, Sekretariat Pengakap Kelana Daerah dengan kerjasama PPM Daerah Sungai Besar akan menjalankan Majlis Hi Tea Pengakap Kelana Daerah dan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-2 Sekretariat Pengakap Kelana Daerah (SPKD) Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Sungai Besar pada ketetapan yang berikut :
 
Tarikh            : 12 April 2015 (Ahad)
Masa              : 2.00 Petang – 4.00 Petang
Tempat          : Bilik Persidangan
                         Tingkat 1, Blok Pusat Persediaan Universiti (PPU)
                         SMK Sungai Besar, 45300 Sungai Besar, Selangor.
Pakaian         : Uniform Pengakap
 
3.         Untuk makluman pihak Tuan/Puan, Majlis Hi Tea Pengakap Kelana Daerah ini akan dihadiri oleh pemimpin-pemimpin kumpulan dan semua ahli pengakap kelana sekolah/terbuka yang telah berdaftar di bawah Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Sungai Besar  yang mana lain tujuan utamanya adalah berkonsepkan ramah mesra serta mendekatkan ahli bersama pemimpin kumpulan. Dalam pada masa yang sama juga, SPKD akan menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-2 bagi melantik ahli jawatankuasa yang baru bagi sesi 2015/2016 untuk menerajui kepimpinan SPKD PPM Sungai Besar.
 
 
4.     Oleh yang demikian, dijemput Pesuruhjaya Daerah, semua Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah dan pemimpin kumpulan untuk hadir dalam menjayakan program tersebut. Bersama-sama surat ini disertakan Aturcara Program (Lampiran I) untuk perhatian pihak Tuan/Puan selanjutnya.       
 
Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak Tuan/Puan, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Sekian, terima kasih.
 
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI KEPENGAKAPAN”
“DARI KELANA UNTUK KELANA”

 
Yang benar,

Mazzaid bin Mazelan | 9W2VZD


Lampiran 1


PENDAFTARAN KEAHLIAN PENGAKAP 2015

Pendaftaran Tahunan Keahlian PPM adalah termaktub dalam Akta Parlimen No.38, Tahun 1968 dengan Pindaan-pindaan No.143, Tahun 1974 dan No.409, Tahun 1989 dan Dasar Peraturan-Peraturan Persekutuan Pengakap Malaysia seperti berikut:


Perkara 44 Seksyen VII
Bancian tahunan dan pendaftaran semula semua kumpulan dan Persekutuan-Persekutuan Tempatan adalah dijalankan pada tiap-tiap tahun.

Perkara 46 Seksyen VII
Penyata banci dan pendaftaran semula yang lengkap bagi semua kumpulan dan Persekutuan-Persekutuan Tempatan mestilah dihantar ke ibu pejabat sebelum 31 Januari tiap-tiap tahun.

Perkara 47 Seksyen VII
Kegagalan menghantar banci dan pendaftaran semula bagaimana dikehendaki dalam Peraturan 46 akan menyebabkan kumpulan-kumpulan yang berkenaan dengan sendirinya dipotong daripada pendaftaran, dan bagi sesuatu Persekutuan Tempatan yang gagal menghantar penyata-penyata bagi kumpulan-kumpulannya, Persekutuan Tempatan itu akan dengan sendirinya dipotong daripada pendaftaran. Dalam semua perkara di atas, semua Tauliah, Sijil dan Surat Perlantikan,Lencana-lencana, wang dan harta hendaklah dengan tiada berlengah lagi diserahkan kepada Pesuruhjaya Daerah dan Pegawai-pegawai Majlis Pengakap Negeri dan pegawai-pegawai Persekutuan Tempatan, dan kepada Pesuruhjaya Negeri dan pegawai-pegawai Majlis Pengakap Negeri kiranya Persekutuan-Persekutuan Tempatan yang dimansuhkan. Mulai daripada 1 Mac pada tiap-tiap tahun semua kumpulan yang telah dipotong pendaftaran dan semua ahli dalam kumpulan-kumpulan itu tidak lagi menjadi ahli Persekutuan, dan tindakan akan diambil mengikut perbekalan-perbekalan yang tersebut dalam Akta (Perbadanan) Persekutuan Pengakap Malaysia 1968 bekenaan perkara-perkara mengenai mereka dan tidak menjadi ahli Persekutuan.

Kadar bayaran pendaftaran kumpulan dan yuran keahlian pengakap bagi tahun 2015 yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia adalah seperti berikut:
a.      Kumpulan: RM 10.00
b.      Ahli Pengakap Kanak-kanak, Muda dan Remaja: RM   3.00
c.      Ahli Pengakap Kelana : RM   5.00
d.      Pemimpin, Penolong Pemimpin dan Ahli Biasa: RM   5.00         

Sehubungan dengan itu, bagi memastikan proses pembaharuan pendaftaran kumpulan dan yuran keahlian tahun 2015 berjalan lancar, pihak tuan diminta menggunakan Borang PPM 1(A) dan  PPM 1(B) dalam format excel yang boleh didapati:
i. Muat turun di link berikut : https://www.dropbox.com/s/uc16r6kmezcgks0/Borang%20PPM%201A%20dan%20PPM%201B%202015.xls?dl=0

ii. 
atau SMS "Borang PPM1A/1B" dan "alamat email pemimpin" ke 019-2585759.

Seterusnya, pemimpin kumpulan hendaklah mengikut langkah-langkah berikut :-
i.      Pembaharuan pendaftaran keahlian  pemimpin, ahli pengakap dan ahli biasa kumpulan hendaklah dibuat menggunakan 'sheet' Borang PPM 1(A). Sila tambah baris sekiranya baris yang disediakan tidak mencukupi.

ii.     Pindahkan perangkaan keahlian ke borang kawalan ‘sheet’ Borang PPM 1(B).

iii.    Cetak dan hantarkan  2 salinan Borang PPM1(A) dan 2 salinan Borang PPM1(B).  Borang yang telah dicetak dan disahkan oleh kuasa penganjur boleh dihantar  pada 21 Januari 2015 (Rabu – Jam 2.45 petang) semasa Mesyuarat Majlis Pengurusan PPM Daerah Sungai Besar Kali Pertama Tahun 2015.

iv. Soft Copy Borang PPM 1(A) dan Borang PPM 1(B) hendaklah dihantar ke alamat email ppmsungaibesar@gmail.com

v.   
Bayaran pendaftaran hendaklah dimasukkan terus ke akaun Majlis Pengakap Negeri Selangor - Maybank : 014020416589.  Sila sertakan salinan slip bank sebagai tanda bayaran untuk rujukan.

vii.     PPM daerah akan mengeluarkan resit penerimaan pembayaran kepada kumpulan yang telah menjelaskan yuran pendaftaran keahlian 2015.

viii.    Pegawai yang boleh dihubungi bagi urusan pendaftaran keahlian PPM 2015:
- En. Jamali b. Jaruti 013-3986317 (Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sungai Besar)
- En. Mohd Hussairy b. Sidek 019-2585759 (ADC Perhubungan)

Surat Siaran Jabatan Pendidikan Selangor - JOTA/JOTI Pengakap Dunia 2014

Untuk Perhatian Pesuruhjaya Daerah/Pemimpin/Ahli Pengakap yang berminat menyertai JOTA/JOTI, sila berhubung dengan pegawai perhubungan setiap stesen JOTA/JOTI untuk maklumat penyertaan.

Juma di sana...




9M4SJB @ 57th World Scout JOTA 2014


Sempena 57th World Scout JOTA/18th JOTI, PPM Sungai Besar akan membuka stesen radio dengan speciall callsign 9M4SJB pada 18-19 Oktober 2014 bertempat di SMK Sungai Besar.

Program dijalankan secara:
SEHARI ( Pagi - Petang) pada 18 Okt 2014 / Sabtu
atau
BERKHEMAH ( 2 hari 1 malam) pada 18 - 19 Okt 2014 / Sabtu - Ahad

Sumbangan penyertaan sebanyak RM 5.00/peserta dan peserta boleh membeli lencana khas JOTA/JOTI 9M4SJB dengan harga RM 5.00.

Sehubungan dengan itu, ahli pengakap yang berminat menyertai JOTA/JOTI bolehlah menghubungi pemimpin kumpulan masing-masing

Urusan kebenaran penjaga/makan/minum/pengangkutan/alatan berkhemah diurus oleh kumpulan/sekolah masing-masing.

Selain di Sungai Besar, stesen JOTA/JOTI juga dibuka di :
- PPM Gombak di SK Bandar Tasik Puteri (JOTA & JOTI)
- PPM Hulu Langat di SMK BAndar Tun Hussein Onn 2 (JOTA sahaja)
- PPM Petaling di SR Sri Kuala Lumpur (JOTI sahaja)

Pemimpin/Ahli pengakap dari daerah lain boleh menyertai stesen JOTA/JOTI berdekatan. Sila hubungi Pemimpin/Pesuruhjaya Daerah untuk mendapatkan maklumat penyertaaan.

Maklumat/Pertanyaan tentang JOTA/JOTI kepada:
Tn Jamali b Jaruti 9W2JGB 013-3986317
(State JOTA/JOTI Organizer @ SJO Negeri Selangor)

Jumpa di JOTA/JOTI

Mohd Hussairy Sidek 9W2VVH
ADC Perhubungan PPM Sungai Besar
019-2585759




TAKLIMAT JAMSEL 2014 Kontingen PPMD Sungai Besar


Lokasi: Geleri Bestari SMK Sungai Besar
Tarikh : 8 Sep. 2014 / Isnin

Ketua Kontingen : En. Khairul Azman Abd. Hamid (9W2VKH)

Pen. Ketua Kontingen 1 : Tn. Hj. Mohd Radhi Abd Rahim

Pen, Ketua Kontingen 2 : En. Ramli Bayok

Setiausaha Kontingen : Sdri Farah Syazwani Ihzahar

QM Peralatan : En. Ahmad Pauzi Abd. Hamid (9W2APH)

Pen. QM Peralatan: Sdra Norman Zaidi Jalin (9W2VWG)

QM Makanan : Mohamad Haffizudin Misri (9W2VND)


10th Asia Pacific Regional Air Internet Jamboree - APR AIJ 2014

Berita bergambar
Jamboree Udara Internet Rantau Asia Pasifik Ke-10
10th Asia Pacific Regional Air Internet Jamboree
2-3 Ogos 2014
SMK Sungai Besar, Selangor.


Sinar Harian edisi Selangor&KL -  9 Ogos 2014 MS 48

Tuan Haji Mokhtar b Manijo, Pegawai Pendidikan Daerah Sabak
Bernam turut sama memeriahkan Stesyen JOTA APR AIJ 9M4CSB













KURSUS MANIKAYU PENERANGAN

Kursus Manikayu Penerangan.
Terbuka kpd pemimpin/kelana yg berminat...

Tarikh : 8 Mac 20114
Lokasi : SMK Sungai Besar
Masa : 0800 - 1700
Sumbangan penyertaan : RM10
Sasaran penyertaan : Pemimpim/Kelana yang berminat

BULETIN PENGAKAP PPM DAERAH SUNGAI BESAR BIL. 1/2014

Buletin Pengakap
PPM Daerah Sungai Besar Bil 1/2014
Bahagian Perhubungan PPM Daerah Sungai Besar telah menerbitkan Buletin Pengakap edisi 1/2014.

Muat turun Buletin Pengakap PPM Daerah Sungai Besar Bil. 1/2014 di: www.dropbox.com
ID : ppmsungaibesar@gmail.com
Password : ppmsgb

Sumbangan bahan berita/aktiviti pengakap di kumpulan adalah dialu-alukan dab boleh dihantar kepada editor Buletin Pengakap PPMD Sungai Besar melalui email ppmsungaibesar@gmail.com

SENARAI DAFTAR DAERAH DAN KUMPULAN PENGAKAP PPM DAERAH SUNGAI BESAR


 
SENARAI DAFTAR DAERAH DAN KUMPULAN PENGAKAP
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH SUNGAI BESAR
 
 
 
Bil.
 
 
 
 
Institusi
 
Nombor Kumpulan
 
Tarikh
Penubuhan
 
Nombor
 Daftar
1.
    PPM Daerah Sungai Besar
-
04.09.1975
PPM / D / 178
2.
    SK Tok Khalifah
02
03.07.1974
M 4729
3.
    SK Seri Bahagia
03
29.12.1972
M 4386
4.
    SMK Sungai Besar
04
21.07.1971
M 4083
5.
    SJK(C) Sin Min
05
23.06.1968
M 3350
6.
    SK Sungai Haji Dorani
06
13.10.1968
M 3473
7.
    SK Seri Utama
07
29.12.1972
M 4385
8.
    SK Sungai Limau
08
27.07.1969
M 3674
9.
    SK Parit 4
09
22.04.1969
M 3610
10.
    SK Sungai Nibung
10
25.08.1975
M 4913
11.
    SK Pasir Panjang
11
25.08.1975
M 4914
12.
    SK Parit 9 Sekinchan
12
25.08.1975
M 4915
13.
    SK Sungai Leman
13
25.08.1975
M 4916
14.
    SMJK Yoke Kuan
14
23.02.1977
M 5131
15.
    SMK Dato’ Mustaffa
15
25.08.1975
M 4917
16.
    SK Parit 6
16
06.06.1988
M 7526
17.
    SK Seri Makmur
17
23.02.1977
M 5132
18*
    SK Parit 13 Sungai Nibung
 
 
 
19.
    SK Simpang Lima
20
06.06.1988
M 7528
20.
    SK Seri Sekinchan
21
17.03.1990
M 8136
21.
    SMK Seri Bedena
23
15.06.1988
M 7552
22.
    SJK(C) Yoke Kuan
24
17.05.1989
M 7922
23.
    SK Panchang Bedena
25
03.08.1988
M 7637
24.
    SJK(C) Kian Sit
26
17.05.1989
M 7923
25.
    SMK Agama Simpang Lima
27
03.08.1988
M 7638
26.
    SK Binjai Jaya
28
06.06.1988
M 7529
27.
    SJK(C) Hai Ping
32
17.05.1989
M 7924
28.
    Kelana A Sungai Besar
A
22.03.2006
M 9892
29.
    Kelana B Sungai Besar
B
17.05.1989
M 7921